omniture

MR D.I.Y. Bekerjasama dengan Lark Takrifkan Semula Inovasi Runcit, Berikan Lebih Banyak Penjimatan kepada Pelanggan Harian

Lark
2025-03-05 10:23 23

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Lark, platform produktiviti semua-dalam-satu yang dipercayai oleh jenama-jenama tempatan yang terkemuka di Asia Tenggara, dengan bangganya bekerjasama dengan peruncit pembaikan rumah yang terkemuka, MR D.I.Y. untuk memacu pengembangan antarabangsa mereka melalui transformasi digital.

Komited untuk menyediakan barangan bernilai tinggi pada harga rendah kepada pengguna harian di Malaysia, MR D.I.Y. telah melakar kejayaan dalam pasaran antarabangsa dengan membuka kedai di 13 negara menerusi lebih 4,600 kedai di seluruh Asia dan Eropah.

Melalui perkongsian ini, alat produktiviti Lark akan diperkenalkan kepada 40,000 pekerja MR D.I.Y. dalam tiga pasaran - Malaysia, Indonesia dan Thailand - dan digunakan sebagai platform produktiviti pusat yang menghubungkan semua kedai fizikal.

Lark akan menjadi platform yang dicari-cari, membantu peruncit mengakses maklumat dengan mudah dan melengkapkan senarai semak audit harian dan mingguan menggunakan Lark Base. Lark Moments akan menyokong budaya syarikat, manakala Lark Wiki akan berfungsi sebagai hab pusat untuk menyimpan prosedur operasi standard.

Mengulas mengenai pengumuman ini, Mark Dembitz, Pengurus Besar Lark APAC berkata, "Kolaborasi bersama MR D.I.Y. ini merupakan satu peristiwa penting dalam misi Lark untuk mempercepat pengembangan antarabangsa perniagaan Asia Tenggara melalui transformasi digital. Perkongsian kami bersama MR D.I.Y. merupakan satu contoh sempurna bagaimana teknologi yang betul dapat memperkasakan cita-cita antarabangsa jenama yang semakin berkembang, memastikan pasukan yang tersebar di pelbagai rantau di peringkat global dapat berkolaborasi dengan mudah, mengatasi perbezaan bahasa dan budaya serta meningkatkan tahap produktiviti."

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata "Di MR D.I.Y., matlamat kami adalah sentiasa untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan kami, tidak kira di mana mereka berada di dunia. Bekerjasama dengan Lark merupakan langkah yang penting dalam perjalanan digital kami, membantu kami meningkatkan komunikasi, kecekapan operasi dan skala dengan lancar merentas pasaran antarabangsa. Ia turut menyokong pelan hala tuju pendigitalisan tiga tahun kami untuk mengukuhkan perniagaan dan daya saing kami. Platform inovatifnya membantu pasukan kami bekerja dengan lebih pintar dalam persekitaran yang mengutamakan digital, meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan. Ia juga menarik bakat terbaik yang berkembang maju di tempat kerja yang bergerak pantas dan dipacu teknologi. Dengan menerima transformasi digital, kami memperkasakan kakitangan kami untuk kekal fokus dalam merealisasikan 'Harga Sentiasa Rendah' dan menjadikan produk yang berkualiti dan mampu milik boleh diakses oleh semua orang."

Latar Belakang Lark

Lark ialah alat kolaboratif generasi seterusnya yang meningkatkan kecekapan, kreativiti dan penglibatan dengan mengintegrasikan Pembawa Mesej, Dokumen, Kalendar, Panggilan video, E-mel dan banyak lagi ke dalam satu aplikasi yang mudah digunakan. Lark membantu organisasi-organisasi mencipta, mengedar dan menggunakan maklumat dengan cepat dan cekap, tidak kira di mana kakitangan berada, peranti yang mereka gunakan atau bahasa yang mereka tuturkan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.larksuite.com

Latar Belakang MR D.I.Y.

MR D.I.Y. ialah peruncit pembaikan rumah yang terbesar dengan lebih daripada 4,600 kedai di peringkat global termasuk Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, India dan Bangladesh, serta Turkiye, Sepanyol dan Poland. Peruncit pembaikan rumah ini berdedikasi untuk mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan pelanggannya yang dihargai dengan menawarkan kemudahan di kesemua kedainya di seluruh negara.

Semua kedai MR D.I.Y. diurus secara langsung dan syarikat sering berkolaborasi dengan peruncit barangan besar-besaran yang lain atau pemilik pusat beli belah atau hartanah depan kedai. Kedai MR D.I.Y. menawarkan seleksi barangan yang luas dalam 10 kategori utama, iaitu perkakasan; isi rumah dan kelengkapan rumah; barangan elektrik; alat tulis serta produk peralatan sukan; dan lain-lain (mainan, aksesori kereta, barang kemas dan kosmetik).

Syarikat ini berusaha untuk mengutamakan pelanggan dengan mengendalikan perniagaan inovatif yang fleksibel apabila melibatkan penyediaan rangkaian produk yang luas, kualiti yang bagus dan nilai untuk wang, berpegang teguh kepada moto syarikat iaitu "HARGA RENDAH SETIAP MASA".

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., sila kunjungi www.mrdiy.com

Source: Lark
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail