![]() |
- Dikuasakan oleh infrastruktur awan AWS yang selamat dan berskala, penyelesaian menyeluruh membolehkan CSP, Peruncitan dan BFSI memacu promosi dan program kesetiaan berasaskan ganjaran
- Menyampaikan saranan ganjaran yang diperibadikan dan komunikasi yang disesuaikan berdasarkan tingkah laku pelanggan individu yang memacu keterlibatan pelanggan.
BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam pengalaman pelanggan dan penyelesaian penjanaan pendapatan data, pada hari ini mengumumkan pelancaran Ganjaran MobiLytix™ 5.0, Platform Kesetiaan SaaS yang disatukan dan dipacu AI, serta mempercepat penggunaan AI untuk kesetiaan dan membolehkan pelaksanaan program kesetiaan yang lancar dengan gamifikasi dan pemberibadian merentasi saluran digital. Ganjaran MobiLytix™ ialah penyelesaian menyeluruh untuk CSP, Peruncitan dan BFSI menyampaikan promosi dan program kesetiaan berasaskan ganjaran kepada pengguna, perusahaan dan pekerja.
Platform kesetiaan SaaS era baharu menawarkan pendekatan dinamik yang dipacu data dengan penyepaduan lancar merentasi saluran web, mudah alih dan di kedai, membina hubungan pelanggan yang berkekalan. Platform ini berfungsi sebagai alat berkuasa bertujuan memupuk pengekalan pelanggan dan memacu pertumbuhan hasil. Dibina di atas infrastruktur awan AWS yang selamat dan fleksibel, platform ini akan memastikan keselamatan dan privasi data, menyediakan ketelusan dan kepercayaan dalam transaksi program kesetiaan dan interaksi pelanggan.
Platform Ganjaran MobiLytix™ membolehkan program tersuai yang menawarkan mata dalam masa nyata, ganjaran segera, konfigurasi tahap dinamik, berbilang dompet, gamifikasi, papan pemuka yang mantap, pelaporan fleksibel dan ganjaran merentasi banyak kategori. Ini ialah platform agnostik industri yang memenuhi kes penggunaan yang mudah dan rumit merentasi kitaran hayat pelanggan; pemerolehan, keterlibatan, pengekalan dan sokongan jenama.
Amit Sanyal, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi, Martech Solutions di Comviva, berkata, "Kami berbangga dapat memperkenalkan Ganjaran MobiLytix Generasi Akan Datang kami, penyelesaian yang berpotensi menyumbang kepada kesan besar, serta memanfaatkan keupayaan AI yang canggih bagi mengubah landskap kesetiaan. Pelancaran ini menegaskan komitmen kami untuk menyediakan alatan terkini kepada pelanggan yang memacu keterlibatan pelanggan dan mewujudkan pengalaman yang bermakna, serta diperibadikan. Melalui penyepaduan infrastruktur awan AWS, Ganjaran MobiLytix 5.0 memastikan platform yang mantap dan berskala untuk memupuk hubungan pelanggan yang mendalam di seluruh dunia."
Mengulas mengenai kejayaan program kesetiaan itu, Michael Wright, Ketua Pegawai Eksekutif Kedai Makanan Gourmet, Mesir, berkata, "Kami memperkenalkan program kesetiaan mengikut tahap direka bentuk secara strategik dan dinamik yang dikuasakan oleh Ganjaran MobiLytix Comviva dan dihoskan di atas Awan AWS Cloud, memberikan pencapaian luar biasa. Dengan menawarkan pengalaman hiper diperibadikan dan nilaiyang dipertingkat, program ini telah mengukuhkan keterlibatan pelanggan, meningkatkan persepsi jenama dan memacu pertumbuhan hasil yang besar."
Baru-baru ini, Comviva dinobatkan sebagai Syarikat Berwawasan dalam Gartner Magic Quadrant 2024 untuk AI dalam laporan Operasi Pelanggan dan Perniagaan CSP. Visi Comviva ialah untuk merevolusikan industri telekomunikasi dengan memanfaatkan kuasa transformatif AI dan AI Generatif. Bersama kes penggunaan AI merentasi penyelesaian MobiLytix™, Comviva membolehkan perniagaan mencipta, mengurus dan menyampaikan pemperibadian dan pengalaman pelanggan berkonteks dalam masa nyata.
Platform Ganjaran MobiLytix™ pada masa ini memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pelanggan akhir, dengan katalog ganjaran global yang luas merangkumi lebih 10 juta item. Platform ini digunakan merentasi 15 negara dan mengeluarkan lebih daripada 8 bilion mata ganjaran setiap minggu, menandakan impak dan jangkauan global buat masa ini.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/5050412/Comviva_Logo.jpg?p=medium600