omniture

ZTE perjuang strategi "AI untuk Semua" merentas peranti terminal di MWC Barcelona 2025

ZTE Corporation
2025-03-05 17:51 134

BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu memperkenalkan barisan telefon pintar AI yang diperluas di bawah strategi produk "AI untuk Semua". Ini termasuk telefon pintar unggulan skrin penuh sebenar revolusioner nubia Z70 Ultra, nubia Neo 3 series berpusatkan permainan yang menerima konsep "Born to Win" ("Lahir untuk Menang"), nubia Focus 2 series yang berpusatkan fotografi. Barisan ini juga menampilkan peranti lebih inovatif yang memenuhi keperluan penggemar permainan, fotografi, fesyen dan muzik. Di samping itu, ZTE mempamerkan barisan penyelesaian FWA & MBB No.1 Dunia yang dikuasakan oleh AI, 5G-Advanced dan Wi-Fi 7, seterusnya menunjukkan kepimpinan globalnya dengan bahagian pasaran No.1 selama empat tahun berturut-turut, menurut laporan TSR terkini.

ZTE accelerates AI transformation with Google
ZTE accelerates AI transformation with Google

Visi Berani "AI untuk Semua" melalui Perkongsian Global Strategik

ZTE komited untuk mewujudkan Ekosistem Pintar Senario Penuh dengan interaksi berbilang mod dipacu AI dan rangkaian penuh peranti AI, menghubungkan individu, kenderaan dan ekosistem rumah bagi memastikan setiap pengguna boleh mendapat manfaat daripada kecekapan, resonans emosi dan nilai fungsian dipertingkat yang dibawa oleh AI.

Dalam era AI, telefon pintar berkembang menjadi platform pintar komprehensif yang mengintegrasikan ketersambungan, interaksi, perkhidmatan dan hiburan dengan lancar. "Melalui kerjasama dengan rakan kongsi global kami, kami komited untuk mengintegrasikan keupayaan AI yang utama di dunia di bawah rangka kerja AI OS kami," kata Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE, Presiden ZTE Mobile Devices. "Dengan menghubungkan seni bina berbilang mod dengan lancar bersama-sama AI LLM termaju, kami mentransformasikan cara pengguna berinteraksi dengan telefon pintar. Di pasaran luar negara, ZTE mempercepat transformasi AI dengan Google. Semua produk nubia baharu akan mengintegrasikan Gemini, model AI Google yang paling berkebolehan, digabungkan dengan infrastruktur Google Cloud boleh skala, selamat dan berprestasi tinggi."

Tambahan istimewa kepada ekosistem AI ZTE ialah fon telinga AI pertama seumpamanya nubia LiveFlip, direka untuk tugasan seperti Soal Jawab Pengetahuan, Tempahan Perjalanan & Tiket AI, Terjemahan AI Masa Nyata dan banyak lagi. Selain daripada peningkatan fungsian, ia menawarkan kehadiran teman dan resonans emosi melalui sembang suara yang tertumpu pada telefon pintar AI, menjadikan telefon pintar AI yang mampu mendengar, memahami dan mengambil berat tentang pengguna.

nubia Kuasai Dunia dengan Pantas menerusi Fokus pada Permainan dan Fotografi

Sejak berkembang di peringkat global pada tahun 2024, ZTE menyaksikan lonjakan penghantaran telefon pintar ke luar negara sebanyak lebih 60%, menyaksikan peningkatan bahagian pasaran yang ketara di seluruh wilayah utama seperti Amerika Latin, Asia Tenggara, Afrika dan Eropah. nubia mempercepat pengembangan globalnya dengan penawaran peranti dipacu AI, terutamanya didorong oleh portfolio produk berpusatkan permainan dan fotografi, serta tahap produk yang tinggi, saluran jualan yang luas, ekosistem yang diperkaya dan usaha pemasaran setempat yang diperkukuh. Semua ini dijayakan sambil memupuk penetapan minda jenama "Be yourself" ("Jadilah diri sendiri"). nubia kini terdapat di lebih 30 negara dan wilayah.

nubia Neo series, dibangunkan dengan mengutamakan peminat sukan, direka untuk memberikan pengalaman permainan yang luar biasa untuk semua orang, dikuasakan oleh ciri-ciri AI yang canggih seperti AI Companion Demi, AI Performance Engine NeoTurbo, AI Game Space baharu, AI Translate dan AI Photography. Ia juga menawarkan penaiktarafan perkakasan yang komprehensif, seperti pencetus bahu dwipermainan yang unik, bateri besar 6000mAh dan reka bentuk e-sukan yang dinamik. Berpegang kepada misi untuk memperkasakan pemain dengan moto "Born to Win", nubia Neo 3 series amat sesuai sebagai pencapaian hasrat sendiri generasi baharu.

nubia Z70 Ultra mentakrifkan semula fotografi telefon pintar dengan paparan skrin penuh sebenar 1.5K revolusioner dan peningkatan fotografi dipacu AI. Menampilkan sistem Neovision AI Photography, telefon pintar unggulan ini menawarkan prestasi pengimejan yang tiada tandingan untuk jurugambar profesional dan juga jurugambar kasual. Dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Elite, bateri 6150mAh dan penarafan kalis habuk dan kalis air IP68/IP69, ia dapat memastikan pengalaman pengguna yang luar biasa.

nubia Neo 3 GT 5G bermula pada harga €299, manakala nubia Neo 3 5G berharga daripada €249. ZTE turut memperkenalkan nubia Flip 2 5G, berharga daripada €699, menampilkan engsel yang lebih tahan lama, paparan luaran 3-inci yang lebih besar, keupayaan pengimejan yang lebih baik dan ciri-ciri AI yang luar biasa seperti Terjemahan Panggilan AI, Terjemahan Perbualan AI, Penjana Hiasan Latar AI dan Haiwan Peliharaan AI yang akan datang. Harga produk mungkin berbeza-beza berdasarkan spesifikasi dan pasaran serantau. Produk ini akan tersedia di seluruh dunia bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) atau terokai: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc25.html

PERTANYAAN MEDIA:

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence