BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2025 /PRNewswire/ -- China Unicom dan Huawei bergandingan menganjurkan sidang kemuncak inovasi bertemakan 5G-A Empowering, AI Transforming, Digital Living (5G-A Memperkasakan, AI Mentransformasikan, Kehidupan Digital). Di sidang kemuncak ini, China Unicom memperkenalkan Pelan "AI Unites All" ("AI Menyatukan Semua") kepada khalayak global, mencetuskan minat yang meluas.
Jian Qin, Pengurus Besar China Unicom Group, berkata, "China Unicom tetap komited kepada inovasi teknologi sebagai prinsip panduan kami, menerima revolusi Al secara aktif dan menyumbang 'Unicom Intelligence' dan 'Unicom Solutions' kepada transformasi pintar global."
Yang Chaobin, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif ICT Business Group, Huawei, turut menyatakan, "Kami berharap dapat bekerjasama dengan China Unicom untuk menyokong strategi 'AI Unites All' ('AI Menyatukan Semua') mereka. Kami akan melaksanakannya dengan memudahkan rangkaian luas aplikasi pengguna pintar dengan teknologi AI yang terkini. Ini akan membolehkan China Unicom mencipta portal perkhidmatan AI baharu dengan impak global dan menjadikan kecerdasan lebih inklusif buat semua."
Pelan "AI Unites All" yang dilancarkan oleh China Unicom akan mencipta pengalaman pintar yang tidak pernah terjadi sebelum ini kepada pengguna. Berdasarkan platform perkhidmatan AI, China Unicom membangunkan Ejen AI yang dipanggil Tone, yang berfungsi sebagai kembar digital untuk pengguna. Ia dapat memahami dengan tepat hasrat pengguna dan mengintegrasikan berbilang aplikasi untuk memenuhi keperluan pengguna individu dan pengguna di rumah dengan lancar. Platform ini juga menyokong pengagregatan yang cekap dengan model dan aplikasi pihak ketiga seperti DeepSeek bagi membina model perniagaan yang fleksibel.
Di samping itu, telefon awan China Unicom, sebagai portal AItoX baharu, merupakan ukuran penting bagi kuasa pengkomputeran AI yang inklusif. Telefon awan menggunakan AI Agent Tone untuk menyediakan pengguna dengan kehidupan digital berasaskan awan, termasuk apabila melibatkan privasi, keselamatan, hiburan dan alatan pejabat. Semasa Sukan Musim Sejuk Asia di Harbin bulan lalu, China Unicom melancarkan telefon AI berasaskan awan yang diperibadikan dengan pembantu AI peribadi untuk menyampaikan pengalaman pintar yang baharu kepada pengguna.
Di sidang kemuncak ini, disebutkan bahawa Huawei akan bekerjasama erat dengan China Unicom untuk membangunkan platform perkhidmatan AI, yang digelar ejen tertumpu C&H. Ini bertujuan untuk menggunakan ejen AI bagi menaik taraf awan rumah secara komprehensif, mempercepat inkubasi perkhidmatan AI yang inovatif dan mencapai penumpuan penuh AI merentas senario individu dan rumah. Platform ini merealisasikan penyatuan dalam empat cara: Pertama, seni bina disatukan membantu mengagregat dan mengagihkan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan AI yang cekap merentas seluruh rangkaian; kedua, pengalaman disatukan menyokong perkhidmatan AI tertumpu merentas peranti dan aplikasi; ketiga, penyatuan rangkaian-AI menggabungkan perkhidmatan AI dengan rangkaian pembawa untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan; dan keempat, penyatuan data membantu menyepadukan data senario rumah. Di samping itu, algoritma data pintar akan digunakan untuk menyesuaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk pengguna individu dan pengguna di rumah.
Pelancaran pelan "AI Unites All" oleh China Unicom menandakan susun atur yang mendalam dan amalan inovatif dalam bidang AI untuk rangkuman digital dalam dunia pintar.