Dengan menggunakan kad siri Viper Neuchips, kolaborasi ini turut memberikan kecekapan kuasa dan LLM luar talian untuk memberikan privasi dan keselamatan maksimum kepada perusahaan.
TAIPEI, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Menjelang Embedded World 2025, Neuchips, penyedia bagi Litar Bersepadu Khusus Aplikasi (ASIC) Kecerdasan Buatan (AI) yang terkemuka, mengumumkan satu kolaborasi bersama Vecow dan ShareGuru Golden Smart Home (GSH) Technology Corp. Perkongsian ini bertujuan untuk merevolusikan pemprosesan data SQL menggunakan penyelesaian AI peribadi, selamat dan cekap kuasa yang menyampaikan cerapan masa nyata daripada pangkalan data dalaman melalui permintaan bahasa tabii.

Neuchips partners with GSH and Vecow to launch AI solution that converts conversations to SQL for seamless database queries.
Sila sertai Neuchips dan Vecow di Dewan 3, Reruai #3-449 semasa Embedded World 2025 (11-13 Mac, Nuremberg, Jerman).
"Kolaborasi kami bersama Vecow dan GSH mewakili masa depan penggunaan AI industri," kata Ken Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Neuchips. "Di Embedded World 2025, pengunjung ke gerai Vecow akan dapat merasai bagaimana keupayaan unik kad pemecut AI Viper kami—termasuk sokongan model parameter 12B dengan penggunaan kuasa hanya 45W—melengkapkan Edge AI Computing Systems industri Vecow yang teguh dan penyelesaian ShareGuru SLM daripada GSH. Kombinasi yang berkuasa ini memberikan pemprosesan AI yang selamat dan cekap bagi data proprietari yang memenuhi keperluan yang mendesak dalam persekitaran industri moden. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Vecow untuk membawakan inovasi AI generatif ini ke dalam bidang aplikasi berfokuskan perusahaan."
"Tatkala aplikasi AI generatif atas premis berkembang, permintaan terhadap model bahasa besar multimod (LLM) semakin berkembang dengan pesat," kata Joseph Huang, Naib Presiden Eksekutif di Vecow. "Sebagai penyedia perkhidmatan penyelesaian pengkomputeran AI termaju, Vecow bekerjasama dengan Neuchips untuk membangunkan penyelesaian LLM berasaskan RAG yang canggih bagi membolehkan pengguna mengakses data terkini tanpa model latihan, seterusnya memberikan hasil yang lebih relevan dan berkualiti tinggi. Ia penting untuk pelanggan kami yang mencari stesen kerja AI yang berkesan kos, kompak dan berkuasa rendah yang dapat mengatasi prestasi penyelesaian GPU berasaskan awan tradisional."
Menggabungkan kuasa untuk penyelesaian pemprosesan data dipacu AI terunggul
Tatkala kerumitan pangkalan data berkembang dan kepakaran SQL masih terhad, perniagaan menghadapi kelewatan yang ketara dalam mengekstrak cerapan yang kritikal daripada data. Walau bagaimanapun, model AI dalam talian tidak dapat digunakan ekoran kurangnya perlindungan terhadap maklumat proprietari.
Bagi menyelesaikan masalah utama untuk perusahaan merentas industri-industri ini, penyelesaian rintis ini memanfaatkan Vecow ECX-3100 RAG Edge AI Inference Workstation, platform pengkomputeran LLM didayakan RAG (Penjanaan Dapatan-Semula-Imbuhan). Platform ini mengoperasikan penyelesaian ShareGuru QA 2.0 GSH, dikuasakan oleh ShareGuru SLM Platform, menggunakan satu kad LLM Neuchips—kad Gen AI siri Viper.
Apabila digabungkan, penyelesaian ini mengupayakan penggunaan bahasa manusia untuk menjana pertanyaan SQL, menjadikannya lebih mudah diakses dan cekap sekali gus mengurangkan kos kepakaran SQL. Selain itu, ia menawarkan:
Kad pemecut AI siri Viper Neuchips
Dilancarkan di COMPUTEX 2024, siri Viper melepaskan lebih daripada 90% sumber yang diperlukan untuk AI generatif daripada CPU bagi menyerlahkan potensi penuh LLM. Ia mencapai perbezaan di pasaran dengan menawarkan:
Memandang ke hadapan menuju tahun 2026, Neuchips merancang untuk memfokuskan pada ASIC berbilang mod yang berkuasa rendah demi peningkatan prestasi selanjutnya.
Latar Belakang Neuchips
Neuchips berada di barisan hadapan dalam penyelesaian AI ASIC, merintis pembangunan perkakasan dibina khas untuk DLRM dan LLM. Dengan pasukan pakar kami yang berdedikasi, komitmen terhadap inovasi dan kehadiran yang kukuh dalam organisasi industri, kami bersedia untuk terus membentuk masa depan perkakasan AI dan memulakan era baharu kecekapan dan prestasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: http://www.neuchips.ai/