omniture

Huawei Cloud Stack Umum Enam Penyelesaian khusus-Senario untuk Pembawa Dorong Kecekapan, Pertumbuhan Hasil dan Rangkuman Digital

HUAWEI CLOUD
2025-03-06 13:14 22

BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di MWC 2025, semasa Forum Pembawa Huawei Cloud yang bertemakan "Take a Cloud Leap to Transform from Telco to Techco" ("Lakukan Lonjakan Awan untuk Berubah daripada Syarikat Telekomunikasi kepada Syarikat Teknologi"), Huawei memperkenalkan enam penyelesaian khusus senario yang berasaskan Huawei Cloud Stack untuk pembawa di seluruh dunia, serta Program Telco2Techco Cloud Leap. Ia bertujuan untuk membantu pembawa meningkatkan kecekapan operasi dan menjana aliran hasil yang baharu melalui inovasi awan.

Shang Haifeng, President of Huawei Hybrid Cloud, delivering an opening speech through digital human
Shang Haifeng, President of Huawei Hybrid Cloud, delivering an opening speech through digital human

Hari ini, semakin banyak pembawa yang mengalami transformasi daripada syarikat telekomunikasi (telco) tradisional kepada syarikat teknologi (atau techco). Shang Haifeng, Presiden Huawei Hybrid Cloud, berkata: "Transformasi [telco-kepada-techco] ini bukan sahaja tentang penerimaan teknologi baharu; ia berkaitan mentakrifkan semula peranan pembawa dalam dunia yang mengutamakan digital. Di Huawei Cloud, kami berbangga dapat bekerjasama dengan pembawa global dalam perjalanan mereka untuk menjadi syarikat teknologi."

Johnny Lyu, CTO of International Business, Huawei Cloud Stack, delivering a keynote
Johnny Lyu, CTO of International Business, Huawei Cloud Stack, delivering a keynote

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, transformasi pembawa biasanya bermula dengan transformasi seluruh-awan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memperkaya perkhidmatan demi pengalaman pelanggan yang dipertingkat. Johnny Lyu, Ketua Pegawai Teknologi Perniagaan Antarabangsa di Huawei Cloud Stack, berkata: "Huawei Cloud Stack menawarkan asas awan yang andal. Hari ini, kami memperkenalkan enam penyelesaian khusus senario untuk pembawa, bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan perniagaan, platform dan perkhidmatan mereka serta memulakan keluk pertumbuhan kedua."

Enam penyelesaian khusus senario Huawei Cloud Stack untuk pembawa termasuk tiga penyelesaian untuk meningkatkan kecekapan operasi dalaman dan tiga penyelesaian di luar kotak yang bertujuan memacu pertumbuhan hasil luaran.

Lonjak ke Awan untuk meningkatkan kecekapan

  • Teknologi Kewangan (FinTech): Penyelesaian ini menyokong keupayaan operasi yang selamat, berprestasi tinggi dan fleksibel untuk Mobile Money. Ia membantu memastikan pematuhan perkhidmatan dan data kewangan mudah alih sambil meningkatkan pengalaman pengguna untuk pelanggan mereka.
  • Data raya pemasaran: Penyelesaian ini menawarkan asas data yang cekap, sehenti dan natif-awan dengan 200 model data terbina dalam untuk pembangunan yang dipermudah. Ia menjamin 99.999% ketersediaan pada awan, menyokong pemerolehan dan pengekalan pelanggan oleh pembawa.
  • AICC: Asas awan yang kukuh dan diurus secara berpusat untuk Pusat Hubungan Kecerdasan Buatan (AICC) memastikan ketersediaan 24/7 bagi perkhidmatan seperti duta digital untuk khidmat pelanggan, penjadualan AI dan analitis suara AI.

Mencetuskan inovasi dengan penyelesaian di luar kotak

  • Kerajaan pintar: Huawei Cloud Stack menyediakan platform operasi awan disatukan, meningkatkan keupayaan dalam penyenaraian produk, pemeteran dan pengebilan serta pengurusan pelanggan. Ini mendayakan perkhidmatan awam yang lebih baik untuk perniagaan dan juga penduduk serta tadbir urus bandar yang didigitalkan dan dimodenkan.
  • Pendidikan pintar: Penyelesaian ini menawarkan pengurusan kursus, bilik darjah jarak jauh dan pengurusan peperiksaan pada awan. Platform dengan keserempakan yang tinggi, berprestasi tinggi menyokong kapsyen langsung yang dijana AI dalam berbilang bahasa serta graf pengetahuan.
  • Telefon awan: Huawei Cloud Stack menyokong telefon maya berasaskan awan dengan aplikasi prapasang, seperti alat permainan dan pejabat. Telefon maya ini boleh berfungsi sebagai sandaran data untuk pengguna, dengan kawalan kebenaran yang fleksibel, lalu membantu pembawa memacu penukaran 4G dalam kalangan pelanggan.

Launch ceremony of Huawei's Telco2Techco Cloud Leap Program
Launch ceremony of Huawei's Telco2Techco Cloud Leap Program

Huawei Cloud Stack, bersama-sama dengan Orange, Zain Kuwait, iSoftStone dan ULearning, melancarkan secara bersama Program Telco2Techco Cloud Leap yang disokong oleh enam penyelesaian khusus senario untuk pembawa. Memfokuskan pada lebih 10 senario perkhidmatan yang inovatif, program ini menawarkan sokongan projek, sokongan pemasaran, latihan, pengupayaan dan banyak lagi bagi membantu pembawa mempercepat peralihan daripada syarikat telekomunikasi kepada syarikat teknologi.

MWC Barcelona 2025 akan diadakan mulai 3 Mac hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via.

Pada tahun 2025, penggunaan 5G-Advanced komersial akan menjadi pantas dan AI akan membantu pembawa membentuk semula perniagaan, infrastruktur dan O&M. Huawei aktif bekerjasama dengan pembawa dan rakan kongsi di seluruh dunia bagi mempercepat peralihan ke arah dunia pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2025

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things