SINGAPURA, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Platform pengurusan kekayaan global Noah Holdings Limited ("Noah" atau "Syarikat") (NYSE: NOAH, HKEX: 6686) yang baru dilancarkan untuk pelabur Cina global, ARK Group, hari ini membuka ibu pejabat luar negara baharunya di Singapura, meningkatkan jejak fizikal sedia ada firma di negara kota ini sebanyak tiga kali ganda. Pembukaan ibu pejabat ini merupakan langkah yang terkini dalam inisiatif pengembangan global oleh firma dan mengukuhkan keupayaannya bagi memenuhi keperluan sofistikated pelanggan Cina global tatkala mereka mengemudi landskap pelaburan yang semakin rumit.
Kemudahan canggih yang baharu ini terletak di 333 North Bridge Road, Odeon dan berada tengah-tengah hab kekayaan global yang terulung di dunia. Pemindahan ibu pejabat firma ini ke Singapura akan menyediakan peluang yang luas kepada ARK Group di salah satu lokasi yang paling pesat berkembang untuk aset peribadi Cina di luar negara.
"Ekosistem pengurusan kekayaan Singapura yang dinamik, digabungkan dengan persekitaran kawal selianya yang kukuh, menawarkan ARK Group dengan platform yang tiada tandingan untuk mencapai pertumbuhan antarabangsa," kata Cik Jingbo Wang, Pengasas Bersama dan Pengerusi Noah. "Setelah mengukuhkan kehadiran kami di Singapura enam tahun lalu, ibu pejabat luar negara yang baharu ini menyaksikan satu peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk menyediakan penyelesaian yang komprehensif, inovatif dan relevan dengan budaya yang disesuaikan khusus untuk pelanggan Cina global."
Di samping hab baharu ini, ARK Group melabur dengan banyak dalam pemerolehan bakat bagi mengembangkan pasukannya berserta penambahbaikan kepada perkhidmatan berpusatkan pelanggannya yang sudahpun tidak dapat ditandingi.
"Pelaburan kami di Singapura meluaskan pintu masuk yang amat penting untuk pelanggan kami, membolehkan kami menyampaikan penyelesaian pengurusan kekayaan yang lancar merentas koridor Cina global," kata Zander Yin, Ketua Pegawai Eksekutif Noah Holdings. "Dengan membuat pelaburan yang banyak dalam bakat dan keupayaan operasi, ARK Group mendapat kedudukan di barisan hadapan dalam industri yang mengalami transformasi yang mendalam."
Institusi-institusi kewangan yang terkemuka termasuk J.P. Morgan, Goldman Sachs, HSBC, DBS, Macquarie, Blackstone dan Vista Equity Partners menyertai ARK Group untuk pengumuman pengembangannya. Acara ini turut melibatkan ucapan daripada Robert F. Smith, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vista Equity Partners berhubung AI Generatif dan persekitaran pasaran semasa.
Kehadiran kukuh ARK Group di Singapura disokong oleh lesen pengawalseliaan yang utama, termasuk Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, Lesen Penasihat Kewangan (Pengecualian) dan Lesen Perkhidmatan Amanah daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura. Sejak tahun 2018, firma ini mengukuhkan kehadirannya di negara kota ini di bawah nama Noah Singapore.
Pejabat ARK Group Hong Kong akan terus berfungsi sebagai hab serantau yang kritikal bagi memastikan kesinambungan yang lengkap untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Dalam masa yang sama, firma ini membuat pelaburan selanjutnya untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan merentas semua pejabat termasuk lokasi Hong Kong, Tokyo, New York dan Los Angeles.
Latar Belakang ARK Group
ARK Group ialah penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan pengurusan kekayaan global di bawah Noah Holdings Limited (NYSE: NOAH, HKEX: 6686). ARK Group menyediakan perkhidmatan kewangan sehenti untuk keluarga dan institusi Cina global dengan nilai bersih yang tinggi. Dengan falsafah berpusatkan pelanggan yang menekankan kebebasan dan profesionalisme, ARK Group menginovasi penawaran produk dan perkhidmatannya secara konsisten bagi memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang, menyampaikan strategi pengurusan kekayaan yang sofistikated dengan matlamat untuk menjadi platform pengurusan kekayaan pilihan untuk pelabur Cina global.
Ketika ini, ARK Group memiliki lebih USD 8.7 bilion aset di bawah nasihat (AUA). Dengan pusat perkhidmatan di pelbagai negara dan wilayah, pasukan ARK Group yang terdiri daripada lebih 140 penasihat pelaburan global memfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan setempat yang disesuaikan untuk pelanggan.