omniture

Huawei: Bantu Pembawa Bentuk Semula Perniagaan, Infrastruktur dan O&M dengan AI

HUAWEI
2025-03-06 13:52 126

BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2025, Huawei menghimpunkan pembawa, rakan industri dan pemimpin pendapat dari seluruh dunia untuk meneroka persimpangan antara rangkaian 5G dan AI serta bagaimana mereka dapat menyokong satu sama lain demi membuka peluang pertumbuhan yang baharu.

Syarikat ini mempamerkan pelbagai jenis penyelesaian yang luas:

  • AI-ke-X – Trengkas untuk AI-ke-Pengguna, AI-ke-Perniagaan dan AI-ke-Rumah, termasuk satu siri penyelesaian yang dapat membantu pembawa berkembang dalam perkhidmatan AI untuk domain baharu yang lebih bersasar dan mencapai pertumbuhan perniagaan
  • Penyelesaian Rangkaian Berpusatkan-AI – Membantu pembawa membina rangkaian yang boleh memenuhi permintaan yang mencabar daripada aplikasi AI baharu demi memastikan pengalaman yang lancar dan unggul
  • O&M berkuasa-AI – Menggunakan AI untuk menghidupkan semula O&M rangkaian dan membantu pembawa mencapai rangkaian autonomi (AN) L4 untuk O&M pintar sepenuhnya

Perbincangan ini dibuat tatkala model AI sumber terbuka yang berkualiti tinggi berkembang pantas, memperkasakan gelombang inovasi baharu yang lebih pelbagai dalam aplikasi AI.

Huawei's booth at MWC Barcelona 2025
Huawei's booth at MWC Barcelona 2025

Tema Huawei pada tahun ini ialah "Accelerating the Intelligent World" ("Mempercepat Dunia Pintar") dan reruai mereka yang bertatahkan bintang di Dewan 1 direka untuk menonjolkan banyak elemen kecerdasan yang menerangi langit malam. Syarikat ini mempamerkan inovasinya dalam infrastruktur digital dan aplikasi perkhidmatan untuk individu, rumah dan perusahaan, serta kisah kejayaan yang dicipta bersama-sama pelanggan dan rakan kongsinya.

Mengembangkan rangkaian 5G untuk merebut peluang baharu   

Menjelang akhir tahun 2024, terdapat lebih daripada 2.1 bilion pengguna 5G di seluruh dunia dan bilangan ini terus bertambah. Huawei bekerjasama dengan pembawa untuk memacu pembangunan 5G melalui inovasi perniagaan dan juga rangkaian, membantu mereka beralih daripada Internet mudah alih kepada AI mudah alih.

Pada tahun 2024, beberapa pembawa perintis telahpun memulakan 5G-Advanced (5G-A) komersial, melancarkan pakej 5G-A untuk pengguna di lebih 200 bandar di serata dunia. Bagi pengguna, pakej ini memanfaatkan keupayaan 5G-A yang dipertingkat untuk memberikan pengalaman pengguna yang dioptimumkan untuk senario seperti penstriman langsung dan permainan, serta perjalanan metro dan perniagaan. Bagi pembawa, pakej ini merupakan satu peluang untuk melangkah melangkaui ketersambungan tradisional dan mula mengewangkan pengalaman yang lebih diperibadikan untuk pengguna yang berbeza. Kemajuan pembawa dalam domain ini mendorong industri ini melangkah ke era ketersambungan 5G-A yang dikuasakan oleh AI.

Huawei aktif bekerjasama dengan pembawa di China, Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik untuk meneroka model pengewangan pengalaman inovatif, mentakrifkan senario aplikasi, mereka bentuk tawaran baharu dan membina kumpulan pengguna mereka. Peralihan fokus daripada ketersambungan kepada pengalaman ini telah dapat menambah baik pengalaman pengguna dan juga meningkatkan hasil pembawa.

Rangkaian Berpusatkan-AI 

Huawei melancarkan penyelesaian Rangkaian Berpusatkan AI yang dapat membantu pembawa menaik taraf infrastruktur rangkaian ICT mereka bagi memenuhi permintaan baharu ke atas lebar jalur, kependaman, liputan dan O&M yang disebabkan oleh banyaknya aplikasi AI baharu. Ia direka untuk membantu membentuk semula model perkhidmatan dan perniagaan telekomunikasi dengan pantas bagi merebut peluang baharu dalam era AI.

Menerusi perkembangan teknologi yang pesat seperti 5G-A, awan dan AI, pembawa akan perlu menaik taraf daripada penyedia perkhidmatan sambungan kepada penyedia perkhidmatan digital. Bagi membimbing proses ini, Huawei melancarkan seni bina teknologi tiga lapisan untuk pembawa yang ingin mencapai transformasi daripada syarikat telekomunikasi kepada syarikat teknologi, seterusnya membantu mereka memanfaatkan domain perniagaan baharu dan membuka pintu kepada peluang pertumbuhan yang baharu.

Mempercepat Kecerdasan Industri 

Di MWC pada tahun ini, Enterprise Business Huawei mendemonstrasikan bagaimana industri-industri yang berbeza boleh menggabungkan AI ke dalam senario perniagaan mereka yang unik menggunakan seni bina rujukan kecerdasan industri syarikat ini.
Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei memperkenalkan 83 pameran industri yang berbeza dengan pelanggan dan melancarkan 10 penyelesaian utama demi mempercepat transformasi pintar bersama-sama rakan kongsinya.

Menerobos sempadan peranti dan pengalaman pengguna

Perniagaan pengguna Huawei akan memaparkan barisan produk unggulan yang berkualiti tinggi, amat bergaya dan dipacu teknologi di acara ini. Melalui pelbagai zon pengalaman berasaskan senario, syarikat ini akan berkongsi inovasinya yang terkini pada telefon boleh lipat, kecergasan dan kesihatan, fotografi dan kreativiti, memfokuskan pada bagaimana teknologi dapat memperkaya lagi kehidupan seharian orang ramai.

Huawei percaya pada pendekatan berpusatkan insan untuk membangunkan teknologi yang membentuk masa depan. Pada tahun 2025, syarikat ini akan terus membangunkan produk pengguna yang menerobos sempadan teknologi, memberikan pengalaman pintar terunggul untuk semua senario pengguna dan membina jenama berkualiti tinggi yang disukai dan dipercayai oleh pengguna.

MWC Barcelona 2025 akan diadakan mulai 3 Mac hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via.

Pada tahun 2025, penggunaan 5G-Advanced komersial akan menjadi pantas dan AI akan membantu pembawa membentuk semula perniagaan, infrastruktur dan O&M. Huawei aktif bekerjasama dengan pembawa dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk mempercepat peralihan ke arah dunia pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2025

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things