omniture

Huawei Perkenal Seni Bina Kemudahan Kuasa Tapak Generasi Seterusnya dan Garis Panduan Pembinaan Pusat Data AI

Huawei Digital Power
2025-03-06 15:24 140

BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di Acara Pelancaran Produk & Penyelesaian semasa berlangsungnya MWC Barcelona 2025, He Bo, Presiden Kemudahan Pusat Data & Barisan Produk Kuasa Kritikal Huawei, memperkenalkan seni bina kemudahan kuasa tapak generasi seterusnya "Single SitePower" dan garis panduan pembinaan pusat data AI RASTM bagi membantu pengendali berkembang maju sebagai pengeluar swaguna tenaga dan membina kemudahan ICT yang lebih baik dalam era baharu AI.

He Bo, President of Huawei Data Center Facility & Critical Power Product Line
He Bo, President of Huawei Data Center Facility & Critical Power Product Line

"Peningkatan seni bina rangkaian yang tertumpu pada pusat data dalam era pintar mendorong permintaan yang lebih tinggi terhadap tenaga digital dan pintar." Menurut He Bo, Huawei Digital Power melaksanakan inovasi yang berterusan dalam seni bina dan penyelesaian bagi membantu pengendali berkembang maju sebagai pengeluar swaguna tenaga.

Single SitePower: Seni Bina Pintar Generasi Seterusnya untuk Kemudahan Kuasa Tapak

Single SitePower ialah seni bina penyelesaian pintar generasi seterusnya untuk kemudahan kuasa tapak. Ia mengguna pakai mekanisme sinergi tiga peringkat unik yang meliputi kemudahan kuasa tapak, rangkaian tanpa wayar dan grid kuasa bagi melaksanakan interaksi dua arah bagi aliran kuasa dan maklumat dalam proses hujung-ke-hujung bermula daripada sumber kuasa, grid dan muatan ke storan. Seni bina ini menyokong penderiaan pautan penuh, visualisasi dan pengurusan, meningkatkan kecekapan tenaga tapak (SEE) dan ketersediaan kuasa (PAV) dan dalam masa yang sama mengurangkan tenaga keamatan karbon rangkaian (NCIe). Seni bina ini menawarkan tiga ciri yang berbeza:

Bingkas: Huawei mengintegrasikan rangkaian tanpa wayar dan rangkaian kemudahan kuasa tapak untuk melaksanakan sinergi sumber-grid, sinergi storan-sumber dan sinergi muatan-storan serta membina kemudahan yang bingkas sepanjang proses.

Hijau: Teknologi canggih seperti sambungan siri voltan tinggi, pengoptimum, algoritma pintar dan pengganggu litar kerosakan arka (AFCI) serta peranti penutupan pantas (RSD) boleh digunakan untuk membina tapak hijau dan mempercepat pengewangan nilai tenaga hijau.

Andal: Huawei percaya bahawa bateri litium yang berkualiti tinggi dan selamat harus menjadi pertimbangan yang utama untuk memastikan komunikasi yang andal.

RASTM: Garis Panduan Pembinaan Pusat Data AI

Bermula daripada pengkomputeran tujuan am kepada pengkomputeran AI, pusat data perlu menyelesaikan empat cabaran utama: keandalan, ketidakpastian, penghantaran pantas dan permintaan kuasa yang tinggi. Melalui inovasi bersama dengan pelanggan global, Huawei mencadangkan garis panduan pembinaan pusat data AI RASTM:

Andal: Tatkala nilai kemudahan AI meningkat secara mendadak, keandalan menjadi satu cabaran yang besar. Pusat data AI harus mengguna pakai seni bina, produk, pengurusan pintar dan perkhidmatan profesional yang dipertingkat untuk memastikan keandalan sepanjang kitaran hayatnya.

Tangkas: Pusat data AI harus menjadi tangkas dan menerima pakai reka bentuk modular dan penyahgandingan elektromekanik untuk memenuhi keperluan yang tidak menentu secara fleksibel dan membolehkan penghantaran yang pantas.

Mampan: Kecekapan bekalan kuasa akan menjadi kebimbangan utama untuk pusat data. Fokus terhadap peningkatan kecekapan tenaga akan beralih daripada kecekapan peralatan individu kepada kecekapan sistem selari dan kemudian kepada aplikasi mod operasi kawalan ekonomi super (S-ECO) berskala besar.

"Kami menyokong konsep Kuasa untuk AI & AI untuk Kuasa dan akan melabur secara berterusan dalam inovasi teknologi bagi menggalakkan integrasi yang lebih mendalam bagi teknologi digital, pintar dan rendah karbon, serta membina kemudahan ICT yang bingkas, hijau dan andal demi membantu pengendali mencapai transformasi daripada pengguna tenaga kepada pengeluar swaguna," kata He Bo.

MWC Barcelona 2025 diadakan mulai 3 Mac hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di gerai pameran 1H50 di Dewan 1Fira Gran Via. Pada tahun 2025, penggunaan 5G-Advanced komersial akan menjadi pantas dan AI akan membantu pembawa membentuk semula perniagaan, infrastruktur dan O&M. Huawei aktif bekerjasama dengan pembawa dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk mempercepat peralihan ke arah dunia pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://carrier-back.huawei.com/en/events/mwc2025 

Source: Huawei Digital Power
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Oil/Energy Telecommunications Utilities