omniture

Huawei Keluarkan Kertas Putih Proses Pemasangan dan Panduan Pembinaan untuk LAN Optik Pasif

Huawei
2025-03-07 15:26 21

BARCELONA, Sepanyol, 7 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2025, Huawei mengeluarkan kertas putih Installation Process and Construction Guidance for Passive Optical LAN (Proses Pemasangan dan Panduan Pembinaan untuk LAN Optik Pasif). Dokumen ini menyeragamkan proses pembinaan rangkaian gentian ke pejabat (FTTO) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembinaan FTTO dan menggalakkan aplikasi FTTO di serata dunia.

Huawei Released the Installation Process and Construction Guidance for Passive Optical LAN White Paper
Huawei Released the Installation Process and Construction Guidance for Passive Optical LAN White Paper

Tatkala pendigitalan menjadi semakin pantas, penyelesaian FTTO memainkan peranan penting dalam pembinaan rangkaian kampus pintar dengan adanya lebar jalur yang tinggi dan kependaman yang rendah. Dengan mengintegrasikan teknologi canggih seperti AI, pengkomputeran awan, IoT dan data raya, FTTO dapat merealisasikan pertukaran data yang cekap dan menyediakan perkhidmatan rangkaian yang lebih baik kepada pengguna. Pada masa ini, seluruh industri melabur dengan banyak dalam pembinaan rangkaian FTTO, dengan senario aplikasi baharu terus muncul.

Dalam industri pendidikan, FTTO dapat menyediakan lebar jalur ultra-besar dan sambungan yang stabil bagi memastikan transmisi data pengajaran dan akses berbilang terminal, lalu memudahkan interaksi pengajaran. Dalam industri penjagaan kesihatan, FTTO dapat memastikan transmisi data perubatan pada masa nyata dan tepat, seterusnya meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan. Dalam industri perhotelan, FTTO dapat membawa pelbagai perkhidmatan, menaik taraf lebar jalur, menjimatkan tenaga, mengurangkan kos O&M dan meningkatkan pengalaman tetamu. Dalam industri pembuatan, gentian ke mesin yang merupakan varian bagi penyelesaian FTTO, boleh digunakan untuk menghapuskan masalah jarak transmisi kabel tembaga tradisional, mengelakkan gangguan elektromagnet dan menyokong pemantauan peranti serta pengumpulan data, lalu meningkatkan kualiti pengeluaran dan pengurusan.

Kertas putih ini bertujuan untuk menyeragamkan reka bentuk dan pembinaan rangkaian FTTO yang meliputi pemasangan, ujian, penerimaan dan O&M. Bagi membantu kakitangan yang berkaitan memahami keperluan teknikal dengan lebih baik, kertas putih ini turut menerangkan tentang pengetahuan asas, seni bina serta ciri-ciri teknikal rangkaian FTTO.

Pengurus projek, kakitangan teknikal, kakitangan pembinaan, penyelia pembinaan dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan rangkaian FTTO boleh merujuk kertas putih ini untuk membina rangkaian FTTO yang lebih terpiawai dengan cekap, seterusnya memanfaatkan kelebihan rangkaian FTTO dengan lebih baik dalam transformasi digital, meningkatkan prestasi rangkaian dan meletakkan asas kukuh untuk membina sebuah masyarakat digital yang lebih bijak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

https://e.huawei.com/en/material/enterprise/9aa64882539e43d39b5db00d8b8f8609 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Cloud Computing / Internet of Things