SHANGHAI, 7 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pertandingan Palladium Global Science Award tahunan pertama kini berlangsung, dengan dana hadiah berjumlah $350,000. Para saintis, syarikat pemula dan kumpulan penyelidik yang terlibat dalam kajian, analisis dan pembangunan aplikasi baharu untuk paladium perlu menyerahkan penyertaan mereka sehingga 31 Julai 2025. Jawatankuasa Industri Logam Berharga China (CPMIC) merupakan rakan kongsi yang utama bagi pertandingan ini.
Pertandingan ini bertujuan untuk mencari dan menyokong idea saintifik dan gunaan yang cemerlang, serta usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meneliti bahan berasaskan paladium dengan sifat unik yang boleh membawa kepada aplikasi perindustrian baharu untuk paladium dan menyumbang kepada pembangunan teknologi masa depan.
Pencalonan anugerah:
Wang hadiah bagi Palladium Global Science Award akan dibahagikan antara pemenang bagi setiap pencalonan:
Permohonan akan disemak oleh panel antarabangsa yang terdiri daripada saintis dan pakar terkemuka daripada universiti dan pusat penyelidikan yang utama di seluruh dunia.
Bian Jiang, Pengerusi Eksekutif CPMIC:
"Paladium penting untuk pembangunan banyak sektor, termasuk industri berteknologi tinggi dan hijau. Ia amat penting untuk industri logam berharga, bukan sahaja dari segi status paladium sebagai logam strategik, tetapi juga kerana kemungkinan dalam meneroka cara baharu menggunakannya. Pewujudan Palladium Global Science Award memberikan peluang unik untuk menyokong saintis dan kumpulan penyelidik yang mengusahakan inovasi yang boleh mempengaruhi pasaran logam berharga dengan ketara dan mempercepat penyesuaiannya terhadap teknologi yang cerah masa depannya."
Anda boleh memohon dan mengetahui butiran lanjut di laman web Palladium Global Science Award rasmi di www.palladiumaward.com.
Jangan lepaskan peluang untuk mempersembahkan idea anda di pentas global dan menjadi sebahagian daripada revolusi yang akan membentuk masa depan teknologi dan sains!