![]() |
LONDON, 10 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Häagen-Dazs dengan bangganya mengumumkan lima pemenang luar biasa The Rose Project, Class of 2024, dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Bulan Sejarah Wanita. Inisiatif global, yang diwujudkan untuk meraikan pengasas bersama wanita jenama itu, Rose Mattus, mencari pencalonan dari seluruh dunia untuk meraikan wanita yang memberi impak kepada masyarakat atau komuniti mereka.
Pemenangnya ialah Philomena Nwajagu dari Nigeria, Faith Ida, Lorna Phillip dan Dr Nirja Joshi semuanya dari United Kingdom dan Judit Giró Benet dari Sepanyol.
Setiap pemenang Kelas 2024 akan menerima bahagian yang sama daripada geran biasiswa USD100,000 untuk membantu mereka meneruskan usaha dalam sumbangan kemasyaraktan dan potensi mereka. Daripada beratus-ratus permohonan, pemenang dipilih atas usaha perintis dan sumbangan kemasyarakatan mereka oleh panel penilai global yang terdiri daripada kaum wanita. Butiran lanjut mengenai The Rose Project, pemenang dan 50 wanita teratas yang dicalonkan pada tahun 2024 boleh didapati di https://iwd.haagen-dazs.global/.
Pemenang dipilih oleh wakil panel penilai antarabangsa The Rose Project dan memberi tumpuan kepada meraikan wanita yang memecahkan halangan. Tahun ini, panel itu termasuk pengarang, penyiar dan tajaan yang berpangkalan di UK, Katie Piper, pemenang pingat Olimpik berganda dalam Diving for Mexico, Alejandra Orozco Loza, dengan Pengarah Urusan Global Häagen-Dazs Shops Aurélie Lory dari Perancis mewakili jenama itu.
Aurélie Lory, Pengarah Urusan Global Häagen-Dazs Shops dan ahli panel juri The Rose Project, berkata: "Merupakan satu penghormatan untuk terlibat dengan The Rose Project sebagai juri untuk tahun kedua berturut-turut. Kami berbangga untuk terus meraikan impak pengasas bersama wanita kami dalam membentuk jenama terkenal di seluruh dunia dengan menyokong dan memperkasakan wanita dari seluruh pelusuk dunia."
Untuk maklumat lanjut mengenai lima pemenang Kelas 2024 dan kisah luar biasa mereka, serta maklumat lanjut mengenai The Rose Project layari https://iwd.haagen-dazs.global/ atau pergi ke Instagram melalui @haagendazs_roseproject.
Video: https://mma.prnasia.com/media2/2636936/TRP2025_WINNERS_REEL.mp4
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2636937/TRP_WINNERS_COLLAGE.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2634394/Haagen_Dazs_The_Rose_Project_Logo.jpg?p=medium600