![]() |
SINGAPURA, 11 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pine Labs, sebuah platform teknologi kewangan, telah mengumumkan kerjasama dengan Visa (NYSE: V) untuk memperkenalkan Penyelesaian Ansuran Visa (VIS) pada penyelesaian pembayaran berbilang pengeluar Pine Labs di pasaran utama Asia Tenggara.
Sebelum ini, peniaga perlu mendaftar dengan pelbagai pengeluar dan menggunakan beberapa terminal pembayaran untuk memproses transaksi ansuran di tempat jualan. Kerjasama antara Pine Labs dan Visa akan memberikan peniaga lebih fleksibiliti dan kemampuan untuk menawarkan pilihan pembayaran ansuran yang lancar bagi transaksi domestik dan rentas sempadan. Peniaga di Asia Tenggara, termasuk Courts, Hooga, dan Chicco, akan dapat menawarkan penyelesaian ansuran bersepadu ini.
Penyelesaian Ansuran Visa akan diperkenalkan terlebih dahulu pada rangkaian peniaga Pine Labs di Singapura, Malaysia dan Filipina, sebelum diperluaskan ke Thailand, Indonesia dan pasaran lain di Asia Tenggara.
Dheeraj Chowdhry, Ketua Pegawai Perniagaan - Asia Tenggara, Pine Labs, berkata, "Kerjasama ini memanfaatkan kekuatan rangkaian global Visa yang luas dan keupayaan teknologi Pine Labs untuk menyediakan pilihan pembayaran ansuran yang fleksibel dan intuitif bagi pengguna. Memanfaatkan garis kredit yang telah diluluskan melalui kad kredit sedia ada dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua pemegang kad dan peniaga. Ini membolehkan peniaga dan jenama terus meningkatkan nilai transaksi serta saiz pembelian dengan menawarkan pilihan pembayaran yang lebih mampu milik. Ciri ini diperhebat lagi dengan keupayaan untuk membolehkan ansuran rentas sempadan semasa pembelian – satu inovasi yang bakal menjadi 'yang pertama di pasaran' dalam landskap pembayaran ansuran."
Mengulas tentang kerjasama tersebut, Kim Hak J, Ketua Produk & Penyelesaian untuk Asia Tenggara Serantau, Visa, berkata, "Menurut Kajian Radar Green Shoots Visa[1], penggunaan penyelesaian ansuran di Asia Tenggara jauh lebih tinggi daripada Asia Pasifik secara purata. Kajian yang sama menunjukkan bahawa dalam tempoh dua tahun lepas, terdapat peningkatan ketara dalam penggunaan pembayaran ansuran, terutamanya di Malaysia, Thailand dan Filipina. Trend ini menekankan peningkatan keutamaan pengguna terhadap pilihan pembayaran yang fleksibel di pasaran ini, dan kami teruja untuk menyokong permintaan ini melalui kerjasama kami dengan Pine Labs."
Sebagai peserta dalam program ini, Harry Higashiura, Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia dan Singapura, berkata, "Sebagai peruncit omni-saluran terkemuka dalam produk elektrik, IT, dan perabot di Singapura, Malaysia, dan Indonesia, kami melihat permintaan tinggi untuk pembayaran ansuran dalam pembelian pelanggan. Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini oleh Visa dan Pine Labs bagi memberikan pelanggan kami lebih banyak pilihan untuk membayar pembelian mereka di rangkaian kedai kami di rantau ini."
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.pinelabs.com.
[1] Kajian Visa Green Shoots Radar – Wave 13 telah dijalankan pada Januari 2024 di 14 Pasaran Asia Pasifik terhadap lebih 8,000 pengguna berusia 18-65 tahun untuk mendedahkan pandangan mengenai sentimen pengguna, pemilikan produk kewangan, tingkah laku pembayaran dan topik lain.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2636532/Pine_Labs_Logo.jpg?p=medium600