omniture

MiTAC Computing Pamer Pelayan AI dan HPC Termaju di Supercomputing Asia 2025

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-03-11 14:22 98

Pelayan G4520G6 dan TN85-B8261 Bawakan Prestasi Tiada Tandingan untuk Beban Kerja AI, ML dan HPC.

SINGAPURA, 11 Mac 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings Corp. (TSE:3706) dan peneraju global bagi reka bentuk dan pembuatan pelayan, akan mempamerkan inovasi AI dan HPC terkininya di Supercomputing Asia 2025, yang berlangsung mulai 11 Mac di Reruai #B10. Acara ini menonjolkan komitmen MiTAC untuk menyampaikan teknologi termaju dengan pengenalan kepada pelayan AI G4520G6 dan pelayan HPC TN85-B8261—kedua-duanya direkayasa untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan aplikasi pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC).

Join MiTAC Computing in SCA25 to Empower the Future of AI and HPC
Join MiTAC Computing in SCA25 to Empower the Future of AI and HPC

Pelayan AI G4520G6: Prestasi, Kebolehskalaan dan Kecekapan Ditakrifkan Semula

Pelayan AI G4520G6 mentakrifkan semula prestasi pengkomputeran dengan seni bina termaju yang disesuaikan untuk beban kerja yang intensif. Ciri-ciri utama termasuk:

  • Kuasa Pengkomputeran Luar Biasa – Menyokong dwipemproses Intel® Xeon® 6 dengan TDP sehingga 350W, memberikan pemprosesan berbilang teras berprestasi tinggi untuk aplikasi dipacu AI.
  • Prestasi Ingatan Dipertingkat – Dilengkapi dengan 32 slot DIMM DDR5 (16 setiap CPU) dan 8 saluran ingatan, menyokong sehingga 8,192GB DDR5 RDIMM/3DS RDIMM pada 6400 MT/s untuk lebar jalur atan yang unggul.
  • Sokongan GPU Tiada Tandingan – Menyokong sehingga lapan NVIDIA H200 NVL, NVIDIA H100 NVL, atau NVIDIA L40S dwislot berketinggian penuh untuk latihan AI skala kecil, ML dan aplikasi rendering. Menampilkan NVIDIA H200 GPU dengan ingatan 141GB HBM3e dan hampir 27 petaflop pengkomputeran pembelajaran mendalam FP8, ia mempercepat beban kerja AI dan HPC dengan kelajuan dan kecekapan yang luar biasa.
  • Ketersambungan Unggul – Dilengkapi dengan tiga slot pertambahan PCIe 5.0 x 16 standard dan tiga slot mezanin OCP v3.0, platform MiTAC G4520G6 membolehkan sambungan rangkaian berprestasi tinggi, seperti NVIDIA ConnectX NIC, BlueField-3 SuperNIC dan DPU, untuk pengkomputeran berkelompok.
  • Kecekapan Penyejukan & Kuasa Termaju – Direkayasa untuk pengurusan terma unggul, ia termasuk lapan kipas sistem pertukaran panas dan empat modul kipas pertukaran panas luaran. Empat bekalan kuasa CRPS pertukaran panas memberikan lewahan (3+1), menghasilkan sehingga 9,600W dengan kecekapan 80+ Titanium.

TN85-B8261: Pelayan 2U Serba Boleh untuk Beban Kerja HPC dan AI

TN85-B8261 ialah pelayan 2U serba boleh yang direka untuk menyampaikan prestasi luar biasa untuk pengkomputeran berprestasi tinggi dan aplikasi AI. Sorotan utama termasuk:

  • Prestasi Dwisoket Berkuasa – Menyokong pemproses AMD EPYC 9005 / 9004, memberikan kuasa pengkomputeran yang luar biasa untuk beban kerja AI dan HPC.
  • Seni Bina Ingatan Boleh Skala – Mempunyai (12+12) slot DIMM DDR5, menyokong sehingga 6,144GB DDR5-6000 RDIMM/LRDIMM untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi.
  • Keupayaan Pengembangan Fleksibel – Menyokong sehingga empat GPU H100 NVL dan L40S perusahaan dwislot berketinggian penuh, untuk latihan AI boleh skala, pembelajaran mesin dan aplikasi rendering. Selain itu, dua slot PCIe 5.0 x16 separa tinggi separa panjang membolehkan penggunaan rangkaian kluster berprestasi tinggi.
  • Ketersambungan & Pengurusan Dioptimumkan – Dwiport LAN 10GBase-T untuk rangkaian jalur lebar tinggi dan BMC AST2600 dengan sokongan IPMI 2.0 & Redfish untuk pengurusan pelayan jarak jauh.
  • Kecekapan Kuasa Andal – (1+1) bekalan kuasa CRPS pertukaran panas 2,700W lewah dengan kecekapan 80+ Titanium, memberikan tenaga mampan dan keandalan operasi.

Memacu Inovasi dalam AI dan HPC 

MiTAC Computing berdedikasi untuk menerobos sempadan teknologi AI dan HPC. Pelayan G4520G6 dan TN85-B8261 direka untuk memperkasakan perusahaan dan institusi penyelidikan dengan kuasa pengkomputeran, kebolehskalaan dan kecekapan tenaga yang luar biasa, demi memastikan prestasi optimum untuk beban kerja generasi akan datang.

Kunjungi MiTAC Computing di Supercomputing Asia 2025

MiTAC Computing mengundang para hadirin untuk merasai kuasa Pelayan AI G4520G6 dan Pelayan HPC TN85-B8261 secara langsung di Supercomputing Asia 2025. Kunjungi reruai kami #B10 untuk meneroka bagaimana inovasi kami yang terkini dapat mempercepat aplikasi AI dan HPC.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pautan di bawah:

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation

MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan kaedah yang ketat untuk menjamin kualiti tanpa kompromi bukan sahaja pada peringkat asas, tetapi yang lebih penting, pada peringkat sistem dan rak—di mana prestasi sebenar dan integrasi adalah paling penting. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing daripada yang lain dalam industri. Syarikat menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI demi menjamin prestasi dan kebolehskalaan optimum.

Dengan kehadiran global dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan kepada sokongan global—MiTAC Computing menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Memanfaatkan kemajuan yang terkini dalam AI dan penyejukan cecair, bersama-sama dengan integrasi produk pelayan Intel DSG dan TYAN baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol lantaran inovasi, kecekapan dan keandalannya, memperkasakan perniagaan untuk menangani cabaran masa depan.

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Related Stocks:
Taiwan:3706 Tokyo:3706
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things