omniture

Medit Bakal Lancar Pengimbas Intraoral Baharu, Medit i900 classic

Medit
2025-03-11 15:00 103

SEOUL, Korea Selatan dan NEWPORT BEACH, California, 11 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), peneraju global bagi pergigian digital, dijangka akan memperkenalkan tambahan baharu kepada barisan pengimbas intraoral i900 pada 25 Mac ini. Direka untuk meningkatkan kebolehgunaan dan kecekapan, Medit i900 classic yang akan datang menawarkan kawalan intuitif, pengimbasan jitu dan integrasi aliran kerja yang lancar, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada golongan profesional pergigian di seluruh dunia. 

Medit Set to Launch a New Intraoral Scanner, Medit i900 classic
Medit Set to Launch a New Intraoral Scanner, Medit i900 classic

Dengan kedalaman imbasan yang dilanjutkan, ketepatan ultra-pantas dan reka bentuk ergonomik yang ringan, i900 classic meneruskan komitmen Medit terhadap inovasi dalam pergigian digital. Tambahan baharu ini direka untuk mengoptimumkan aliran kerja klinikal, meningkatkan komunikasi pesakit dan memperkemas kolaborasi makmal, kesemuanya sambil mengekalkan kemudahan penggunaan khas Medit.

Selain itu, Medit i900 classic turut didatangkan dengan penyelesaian aliran kerja All-on-X yang inovatif dan serba baharu, Medit SmartX. Ia merupakan penyelesaian aliran kerja yang terkini daripada Medit untuk mempermudah aliran kerja digital All-on-X dari mula hingga akhir, menghapuskan keperluan terhadap perkakasan dan perisian tambahan. Doktor gigi yang memiliki i900Family, i700, i700w dan i600 juga boleh mengakses aliran kerja All-on-X baharu ini dengan kemas kini perisian yang ringkas.

Butiran lanjut akan didedahkan tidak lama lagi. Nantikan pelancaran rasmi Medit SmartX pada 18 Mac dan Medit i900 classic pada 25 Mac.

Latar Belakang Medit 

Medit ialah penyedia global bagi pengimbas intraoral 3D dan platform pergigian digital semua-dalam-satu, berdasarkan teknologi canggihnya yang dipatenkan. Syarikat turut membangunkan perisian inovatif untuk pergigian digital, menyokong aliran kerja kolaboratif antara klinik pergigian dan makmal.

Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, sejak penubuhannya pada tahun 2000, Medit mempunyai wakil di benua Amerika dan Eropah serta rangkaian pengedar global di lebih 100 negara.

Untuk butiran lanjut mengenai produk dan perisian Medit, kunjungi laman web rasmi.

Untuk lebih banyak kandungan, lihat Medit di YouTube (youtube.com/user/meditcompany) dan ikuti kami di Instagram (instagram.com/meditcompany).

Source: Medit
Related Stocks:
Korea:261200
Keywords: Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services