BARCELONA, Sepanyol, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2025, Huawei, melalui kolaborasi bersama Wuhan City Operation & Management Center (selepas ini "Wuhan City Operation Center") dan rakan kongsinya, melancarkan tapak demonstrasi global bagi transformasi digital komprehensif di Wuhan.
Para tetamu yang menghadiri acara ini termasuk: Geng Feng, Timbalan Pengarah Wuhan City Operation Center; Dong Botao, Pengarah Jabatan Rangkaian Kerajaan Wuhan Information Center; Zhong Shoucheng, Pengerusi Wuhan Cloud Computing Technology Co., Ltd; Xu Fei, Pengarah Pasaran Luar Negara Huawei Government Public Services Digitalization BU (selepas ini "GPSD"); Jiang Hulin, Ketua Pegawai MKT Huawei GPSD; Yao Chuanlei, Pengurus Besar Jabatan Perniagaan Wuhan Huawei; dan Bai Rubing, Pengarah MKT Luar Negara Raychange. Berorientasikan global, mereka saling bekerjasama untuk meneroka pengalaman dalam transformasi digital tadbir urus bandar, menggalakkan perkongsian global standard teknologi dan amalan tadbir urus serta menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan.
Bai Rubing, Pengarah MKT Luar Negara Raychange, menyampaikan ucapan yang bertajuk Kembar Pintar Digital Memperkasakan Pembangunan Bandar Mampan. Seperti yang diketengahkan olehnya, "Wuhan menonjol sebagai contoh paling jelas dalam gelombang pembinaan bandar pintar semasa. Kemajuan pantas teknologi digital seperti kembar digital dan AI tekal menggiatkan semula bandar, memudahkan peralihannya ke arah tadbir urus yang lebih sofistikated dan pintar, serta mendorong lonjakan yang ketara dalam pembangunan bandar."
Wuhan City Operation Center bekerjasama dengan Huawei dan Raychange untuk membina platform operasi dan pengurusan bandar yang berasaskan ICT yang utama seperti kembar digital, AI, data raya, ketersambungan dan storan. Platform ini mengintegrasikan pelbagai sistem (baik di atas tanah mahupun di bawah tanah) dan menghubungkan jabatan-jabatan yang berbeza. Melalui usaha ini, bandar tersebut mencapai pengurusan divisualisasikan, pemprosesan masa nyata dan keupayaan membuat keputusan yang bijak, lalu menggalakkan pembangunan mampan.
Kembar Digital: Divisualisasikan, Boleh Diurus dan Cekap
Tadbir urus bandar sememangnya kompleks, dipacu oleh faktor-faktor yang sentiasa berubah-ubah. Wuhan City Operation and Management Platform memanfaatkan teknologi kembar digital Huawei untuk memaparkan status operasi bandar pada satu skrin, lalu mengupayakan ketersambungan masa nyata dan integrasi yang lancar antara dunia fizikal dan dunia maya.
Dibina dengan asas kembar digital 3D yang menjangkau keluasan 1,200 kilometer persegi, platform ini menggabungkan penderiaan jarak jauh satelit, pemodelan tepat dan teknologi BIM untuk menjejaki lebih 900 penunjuk masa nyata, meliputi 12 jenis insiden bandar seperti kebakaran atau kemalangan lalu lintas. Apabila sesuatu insiden berlaku, platform ini mengeluarkan amaran secara automatik dan memaklumkan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk respons terselaras, lalu mengurangkan risiko dengan berkesan.
AI: Pengupayaan Teknologi untuk Bandar Pintar
Teknologi kembar digital Huawei mengintegrasikan algoritma AI dengan senario industri untuk memacu inovasi dalam simulasi dinamik, pengenalpastian risiko pintar dan integrasi data berbilang sumber. Dengan menggunakan data trafik dan cuaca, platform ini meramalkan kesesakan percutian, manakala AI memantau hampir 1,000 jambatan dan saluran paip gas setiap hari bagi mengenal pasti lebih 100,000 risiko berpotensi.
Dengan menggabungkan data kerajaan, IoT dan dalam talian, ia mewujudkan profil operasi bandar yang komprehensif untuk membuat keputusan yang pantas. Transformasi digital Wuhan telah maju dengan aplikasi untuk ramalan cuaca pintar, kawalan banjir, pemadaman kebakaran dan pengurusan genang air bandar. Usaha ini telah mengurangkan kemalangan gas sebanyak 60%, kesesakan lalu lintas sebanyak 15% dan meningkatkan kepuasan rakyat kepada 98%.
Pada masa depan, Huawei akan terus bekerjasama dengan Wuhan untuk memajukan transformasi digital dan pintar bandar berkenaan melalui penyelesaian ICT yang inovatif. Selain itu, Huawei akan turut bekerjasama di peringkat global untuk berkongsi kepakaran Wuhan dalam membina bandar yang lebih pintar yang boleh memahami, berfikir, mengambil berat dan berkembang, seterusnya memastikan teknologi digital memberi manfaat kepada bandar-bandar di seluruh dunia.