omniture

CGTN: Pesanan Hainan kepada Dunia: Wawancara Eksklusif CGTN dengan Gabenor Liu Xiaoming

CGTN
2025-03-12 05:22 18

BEIJING, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Satu Pencapaian Bersejarah untuk Hainan


Hainan's Message to the World: CGTN's Exclusive Interview with Governor Liu Xiaoming

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan (FTP Hainan) semakin menghampiri satu pencapaian bersejarah menerusi pelaksanaan operasi kastam bebas, objektif utama yang digariskan dalam Master Plan for Building the Hainan Free Trade Port (Pelan Induk untuk Membina Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan). Pencapaian ini menandakan langkah asas dan simbolik dalam pembangunan berterusan Hainan, memandangkan inisiatif ini telahpun ditulis dalam laporan kerja kerajaan wilayah selama tujuh tahun berturut-turut. Presiden China Xi Jinping menekankan kepentingan inisiatif ini, menekankan keperluan terhadap peralihan yang lancar, teratur dan bebas risiko.

Dalam wawancara eksklusif bersama Liu Xin daripada CGTN, En. Liu Xiaoming, Gabenor Wilayah Hainan mengesahkan bahawa persiapan sedang berjalan dengan baik untuk memastikan peralihan yang lancar dan berjaya sebelum akhir tahun ini.

Bertentangan dengan tanggapan salah tentang pengasingan, kerangka kastam mengikuti model "barisan depan terbuka, barisan kedua dikawal dan pergerakan bebas di dalam". Struktur ini memudahkan perdagangan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan pengawasan kawal selia yang diperlukan antara Hainan dan tanah besar.

"Kemajuan berjalan lancar, dengan lima sistem utama – dasar, infrastruktur, kawalan risiko, industri dan sokongan organisasi – terbentuk secara beransur-ansur," kata En. Liu. "Kami sudah bersedia."

Persekitaran Perniagaan Dibuka kepada Dunia

Selain daripada operasi kastam, Hainan komited untuk meningkatkan persekitaran perniagaannya, mengiktirafnya sebagai "tiket emas" untuk mencapai kejayaan. Usaha telah dibuat untuk membangunkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berasaskan undang-undang dan bersifat global. Hainan menjadi peneraju negara dalam memperkemas perkhidmatan kerajaan, memperkenalkan platform perkhidmatan perusahaan sehenti dengan pemadanan dasar pintar, pembaikan kredit dan sokongan kawal selia. Perusahaan asing yang berdaftar di Hainan dapat menikmati akses yang sama rata kepada perkhidmatan ini.

Menangani kebimbangan mengenai pengalaman pelabur asing di Hainan, Liu Xiaoming menekankan kepentingan menambah baik akses internet dan kemudahan pembayaran. Dasar telahpun dilaksanakan untuk memudahkan transaksi dan kehidupan harian yang lebih lancar untuk perniagaan dan penduduk asing.

Industri-industri Strategik Memacu Pertumbuhan

Wilayah ini memfokuskan pada empat industri utama: pelancongan, perkhidmatan moden, industri berteknologi tinggi dan pertanian tropika. Bahagian gabungan sektor-sektor ini dalam ekonomi Hainan meningkat daripada 52.4% pada tahun 2018 kepada 67% pada tahun 2023. Selain itu, Hainan menerima lima hala tuju strategik: pertanian, maritim, aeroangkasa, pembangunan hijau dan ekonomi digital.

Pembangunan maritim khususnya, menonjol sebagai satu keutamaan. "Memanfaatkan kuasa lautan" ialah inisiatif utama untuk Hainan yang mengawasi kira-kira 2 juta kilometer persegi lautan yang kebanyakannya laut dalam. Dengan hampir 1,000 perusahaan dan institusi penyelidikan sudahpun terlibat dalam teknologi laut dalam dan industri marin, ekonomi maritim Hainan mengekalkan pertumbuhan dua angka, menyumbang kepada lebih satu pertiga daripada KDNK wilayah ini. Rancangan sedang dijalankan untuk meluaskan lagi tenaga laut dalam, pembuatan peralatan berkualiti tinggi, akuakultur luar pesisir, bioperubatan marin dan pelancongan maritim. "Matlamat kami adalah untuk mencipta 'Hainan baharu di lautan' dalam dekad akan datang," ujar Liu Xiaoming.

Menerajui Jalan dalam Pembangunan Hijau

Selain daripada pembangunan ekonomi, kelestarian alam sekitar kekal menjadi keutamaan tertinggi. Hainan diiktiraf kerana memiliki persekitaran ekologi yang terbaik di China.

Contoh paling jelas bagi inisiatif hijau Hainan ialah zon demonstrasi karbon hampir sifar Bo'ao. Melalui pengubahsuaian bangunan cekap tenaga, penggantian tenaga boleh baharu dan sistem agrofotovolta, emisi karbon di Pulau Dongyu, tempat tetap untuk Bo'ao Forum for Asia, telah dikurangkan sebanyak 96.2%. German Energy Agency memperakui tempat ini sebagai zon demonstrasi karbon hampir sifar serantau pertama China.

Dengan operasi kastam bebas yang bakal terlaksana, persekitaran perniagaan yang sentiasa bertambah baik, pembangunan industri yang strategik dan komitmen ekologi yang teguh, Hainan dijangka akan menjadi peneraju global dalam perdagangan, inovasi dan kemampanan. Masa depan Pelabuhan Perdagangan Bebas menjanjikan pertumbuhan yang dinamik dan peningkatan penglibatan antarabangsa, memastikan pembangunannya sejajar dengan matlamat negara dan juga trend ekonomi global.

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation Broadcast feed announcements New products/services