omniture

ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS MENGUMUMKAN RESTORAN YANG DIUNDI MASUK KE DALAM SENARAI 51 - 100 YANG DILANJUTKAN UNTUK TAHUN 2025

50 Best
2025-03-12 16:00 217

LONDON, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Asia's 50 Best Restaurants, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, mengumumkan senarai lanjutan restoran yang berada pada kedudukan antara 51-100 menjelang majlis anugerah secara langsung. Senarai yang diidamkan ini disusun berdasarkan undian daripada Asia's 50 Best Restaurants Academy: kumpulan berpengaruh yang seimbang dari segi jantina, terdiri daripada lebih 350 pemimpin dalam industri makanan yang merangkumi penulis dan pengkritik makanan, chef, pemilik restoran dan pakar masakan serantau.

Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, announces the extended 51-100 list for 2025
Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, announces the extended 51-100 list for 2025

Senarai 51-100: gambar

  • Senarai 51-100 ini merangkumi restoran dari 23 bandar, dengan 13 daripadanya merupakan penyertaan baharu
  • Bangkok, Hong Kong, Singapura dan Seoul mendahului senarai lanjutan ini dengan enam tempat setiap satu
  • Enam penyenaraian Seoul termasuk Soigné, pendatang baharu tertinggi pada senarai lanjutan tahun ini di No.57
  • Farmlore di Bengaluru, penerima anugerah American Express One To Watch tahun 2025, berada di No.68
  • Naar (No.66) di Kasauli dan Inja, New Delhi (No.87) ialah pendatang baharu dari India, dengan Naar turut menjadi destinasi baharu di senarai ini
  • Antara enam restoran Hong Kong dalam senarai ini, pendatang baharu termasuk Testina (No.60) dan Feuille (No.93)
  • Pendatang baharu dari Tanah Besar China termasuk Ru Yuan (No.59) di Hangzhou dan La Bourriche 133 (No.96) di Shanghai
  • Tokyo meraih empat tempat dalam senarai tersebut, termasuk pendatang baharu Harutaka di No.76.
  • Vientiane, Ubud, Hanoi, dan Penang membuat penampilan sulung sebagai destinasi baharu dengan Doi Ka Noi (No.86), Locavore NXT (No.92), Gia (No.97) dan Au Jardin (No.100) masing-masing.

William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Kini dalam edisi kelima, kami dengan sukacitanya memperkenalkan senarai 51-100, menyambut kedatangan restoran-restoran cemerlang ini ke dalam ranking 50 Best tahun ini. Sejak memperkenalkan senarai ini, Academy telah mengetengahkan banyak restoran yang menunjukkan bakat luar biasa di rantau ini. Sebanyak 13 restoran baharu tahun ini dan penyertaan keseluruhan dari 23 bandar – termasuk 10 destinasi baharu – mencerminkan landskap gastronomi yang dinamik dan berkembang pesat di rantau ini. Senarai lanjutan ini berfungsi sebagai panduan dan jemputan kepada penggemar makanan dari seluruh dunia untuk meneroka pelbagai pengalaman luar biasa yang ditawarkan."

Senarai Asia's 50 Best Restaurants 2025 akan diumumkan semasa majlis anugerah yang akan diadakan pada 25 Mac 2025 di Seoul, dengan kerjasama rakan destinasi hos, Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs (MAFRA) dan Seoul Metropolitan Government. Majlis ini akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube 50 Best, bermula pada 20:00 KST.

Pusat media: https://mediacentre.theworlds50best.com/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2639361/50_Best.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2618655/Asia_50_Best_2025_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Pusat media: https://mediacentre.theworlds50best.com

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Awards New products/services