BARCELONA, Sepanyol, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan Digital Training 2.0 Solution semasa forum Cultivating ICT Talent to Amplify Digital Education (Memupuk Bakat ICT untuk Memperkukuh Pendidikan Digital) di MWC tahun ini. Penyelesaian ini bertujuan untuk membantu universiti-universiti memupuk bakat ICT yang lebih baik dan memenuhi keperluan bakat di seluruh dunia.
Li Junfeng, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Public Sector BU, menyatakan bahawa "Teknologi pintar mempercepat kemajuan produktiviti digital, dengan ekonomi pintar kini berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan yang utama."
Ramon Iriarte, Pakar Pendidikan Kanan UNESCO dan Soledad Patiño, Penyelaras UNESCO Global Skills Academy, menyatakan bahawa ICT Academy melalui perkongsian bersama Huawei menyediakan latihan yang berkualiti tinggi kepada 300,000 orang pelajar setiap tahun.
Frank Huang, Ketua Pegawai Teknologi Industri Pendidikan di Huawei Global Public Sector BU memperkenalkan Digital Training 2.0 Solution. Ia menawarkan kursus dalam 22 hala tuju teknikal dan pengurusan projek di peringkat global yang merangkumi makmal latihan luar negara dalam 11 disiplin teknikal, seperti AI, pengkomputeran awan dan data raya.
Menyampaikan Hasil Ketara dengan Mentakrifkan Semula Pendidikan Melalui Pengupayaan Digital dan Pintar
Profesor Justin Mendes daripada Institut Teknologi Shenyang menyatakan dalam ucapannya bahawa sebagai sebuah kolej industri antarabangsa yang ditubuhkan bersama-sama dengan Huawei, pusat pengajian ini meninjau laluan pemupukan bakat yang progresif bagi memudahkan pelajar mencapai guna tenaga yang berkualiti tinggi.
Daniele Cesarini, Pengurus Projek CINECA & Pakar Teknologi HPC, berkongsi pengalaman Itali dalam membina infrastruktur untuk penyelidikan superkomputeran.
Flora Ng, Ketua Pegawai Maklumat dan Pustakawan University of Hong Kong, penyelesaian kampus pintar Huawei menggunakan teknologi Wi-Fi 7 untuk mengoptimumkan rangkaian tanpa wayar, aplikasi dan pengalaman O&M, seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih cekap dan diperibadikan untuk pelajar dan guru.
Tea Wang, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa di Quanzhou Vocational and Technical University, memperkenalkan kolej dan pusat latihan industri inovasi bersama yang ditubuhkan melalui kolaborasi bersama Huawei. Hasilnya, pada tahun 2024, seramai 790 orang pelajar memperoleh pensijilan Huawei dalam pelbagai disiplin ICT.
Bersatu untuk Memacu Pendidikan Pintar demi Masa Depan Lebih Cerah
Huawei melancarkan penyelesaian berasaskan senario "1+3", termasuk Latihan Digital, Bilik Darjah Pintar, Pengkomputeran Penyelidikan Saintifik dan Kampus Pintar. Penyelesaian ini dilaksanakan di lebih 120 negara dan wilayah yang memberi manfaat kepada lebih daripada 7800 pelanggan dalam industri pendidikan.
Huawei bermatlamat untuk memperdalam perkongsian dengan pihak berkepentingan global bagi mempercepat integrasi teknologi dalam pendidikan, memupuk masa depan di mana pendidikan pintar memperkasakan individu serta memacu kemajuan yang mampan.