BARCELONA, Sepanyol, 13 Mac 2025 /PRNewswire/ -- HUAWEI eKit mencetuskan gelombang di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2025, dengan majlis pelancaran produk luar biasa yang bertemakan Explore New Horizons and Create a Better Future Together (Terokai Perbatasan Baharu dan Cipta Masa Depan Lebih Baik Bersama-sama). Acara ini menampilkan lebih 20 produk agihan yang direka untuk sembilan sektor utama termasuk pejabat, hospitaliti dan pendidikan. HUAWEI eKit bermatlamat untuk memacu transformasi digital dan pintar serta memupuk strategi pertumbuhan yang cekap melalui inovasi produk yang berterusan untuk perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS).
Dengan PKS yang semakin mencari produk pintar berprestasi tinggi, HUAWEI eKit memulakan langkah untuk memenuhi permintaan ini dengan melancarkan lebih 20 produk baharu merentas pelbagai domain. Domain datacom menyaksikan HUAWEI eKit memperkenalkan eKitEngine AP572 dan AP673E untuk liputan Wi-Fi 7 berketumpatan tinggi di dalam bilik darjah dan juga bilik persidangan besar. Ia juga mencipta suis eKitEngine S310 dengan kelajuan 2.5 Gbit/s, akses semua-optik dan PoE pada kesemua 48 port, memenuhi keperluan kampus bersaiz sederhana seperti sekolah dan hotel perniagaan. Selain itu, Huawei memperkenalkan tembok api AI berkesan kos eKitEngine USG6000F-S. Dalam domain MiniFTTO, HUAWEI eKit membangunkan titik capaian (AP) Wi-Fi 7 optik tiga-dalam-satu – eKitOptix F700D, AP Wi-Fi 7 generasi seterusnya – eKitOptix FG736, pemacu keadaan pepejal yang cekap – eKitStor Xtreme 200E dan peranti storan mudah alih – eKitStor Shield 210 yang terkenal dengan prestasinya yang luar biasa serta ciri-ciri perlindungan terkini. Domain kolaborasi pintar menyaksikan HUAWEI eKit melancarkan IdeaHub S3 yang mentakrifkan semula pengalaman persidangan kelas tinggi dengan kamera 4K gred profesional, bunyi sinematik fideliti tinggi dan keupayaan AI termaju. Produk ini menawarkan PKS dengan pelbagai jenis penyelesaian berasaskan senario dan pengalaman penyelenggaraan premium, memacu transformasi digital yang lancar dan mempercepat pertumbuhan perniagaan.
HUAWEI eKit turut menaik taraf penyelesaian rangkaian pejabat PKS untuk memenuhi keperluan industri dengan lebih baik. Penyelesaian baharu dan dipertingkat ini kini menampilkan kombinasi antara port 2.5GE berketumpatan tinggi dan Wi-Fi 7, sebagai tambahan kepada Wi-Fi 6 aras permulaan sedia ada dan suis berkesan kos yang menyokong kedua-dua GE dan 2.5GE. Ia juga berupaya menyokong 120 strim sidang video HD serentak dengan jeda sifar, yang menyediakan PKS dengan keupayaan yang lebih maju. Di samping itu, aplikasi HUAWEI eKit dan Pusat Rangkaian PKS (SNC) memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti penyelesaian masalah dipermudah 2.0 dan pengembangan diperkemas bagi meningkatkan kecekapan penyelenggaraan keseluruhan untuk pemasang.
Melangkah ke hadapan, HUAWEI eKit akan berkolaborasi di peringkat global untuk memacu inovasi dan meneroka trend dalam teknologi komunikasi baru muncul. Dengan fokus untuk membangunkan produk baharu dan penyelesaian berasaskan senario, Huawei akan terus menawarkan sokongan padu untuk PKS dan membuka jalan demi masa depan yang pintar.
MWC Barcelona 2025 diadakan mulai 3 Mac hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via.
Pada tahun 2025, penggunaan 5G-Advanced komersial akan menjadi pantas dan AI akan membantu pembawa membentuk semula perniagaan, infrastruktur dan O&M. Huawei bekerjasama secara aktif dengan pembawa dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk mempercepat peralihan ke arah dunia pintar.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2025