omniture

StarHub umum pensijilan sebagai Rakan Kongsi Jualan dan Penghantaran OutSystems rasmi

Starhub
2025-03-13 18:13 20

StarHub meluaskan penawaran kepada perusahaan dengan penyelesaian perisian tempoh-ke-pasaran dipercepat dan cekap kos daripada Outsystems

SINGAPURA, 13 Mac 2025 /PRNewswire/ -- StarHub dengan bangganya mengumumkan pensijilannya sebagai Rakan Kongsi Jualan dan Penghantaran OutSystems rasmi, lalu mengukuhkan kepakarannya dalam menyampaikan penyelesaian perusahaan yang komprehensif. Hal ini menggariskan komitmen StarHub untuk memanfaatkan platform kod rendah berkuasa AI daripada OutSystems yang utama dalam industri bagi meningkatkan penawaran perkhidmatannya, seterusnya membolehkan perniagaan mempercepat langkah dan menyesuaikan pembangunan aplikasi dengan kelajuan dan kecekapan yang lebih tinggi.


"StarHub memahami kesegeraan yang dihadapi oleh perniagaan untuk berinovasi dan mencapai transformasi secara digital," kata Tan Kit Yong, Ketua Kumpulan Perniagaan Perusahaan, StarHub. "Perkongsian kami bersama OutSystems membolehkan kami menyampaikan penyelesaian kod rendah termaju yang mempercepat inovasi, memacu kecekapan dan memperkasakan perniagaan untuk kekal berada di hadapan dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini serta membebaskan golongan profesional perniagaan daripada kitaran pembangunan yang panjang untuk menumpukan pada urusan yang benar-benar penting. Kami bersama-sama membongkar kemungkinan baharu untuk pelanggan kami mencapai peningkatan, berinovasi dan berkembang maju dalam era digital."

OutSystems ialah peneraju global bagi platform pembangunan aplikasi kod rendah berkuasa AI. Dengan sejarah yang panjang dan pengalaman berharga dalam menyediakan kepada organisasi-organisasi dengan platform untuk membina, melaksanakan dan mengurus aplikasi gred perusahaan dengan cepat menerusi tahap kecekapan yang tinggi dengan pengekodan tangan yang minimum.

"StarHub menjadi rakan kongsi yang berharga sejak menyertai kami pada Februari 2024. Dalam tempoh kurang daripada setahun, mereka telah mencapai pensijilan Keizinan Jualan dan Penghantaran, seterusnya menunjukkan komitmen kukuh mereka bukan sahaja untuk memacu perniagaan baharu, tetapi juga membina pasukan penghantaran yang mantap di OutSystems," kata Mark Weaser, Naib Presiden Asia Pasifik, OutSystems. "Dedikasi mereka ditunjukkan selanjutnya melalui kejayaan pelaksanaan pelbagai projek dalam organisasi mereka sendiri. Kami teruja untuk terus mengembangkan pasaran Singapura bersama-sama dengan pasukan berbakat StarHub."

Pensijilan ini mengiktiraf kepakaran StarHub dalam menyediakan pelanggan perusahaan dengan penyelesaian kod rendah berkuasa AI tersuai daripada OutSystems untuk mencapai transformasi digital yang dipercepat. Dengan menangani masalah utama yang biasa seperti kitaran pembangunan yang panjang, kos yang tinggi dan integrasi sistem yang kompleks, StarHub memperkasakan perniagaan untuk memfokuskan pada inovasi dan memperkemas operasi mereka melalui OutSystems, kesemuanya sambil mengekalkan ketangkasan. Kefleksibelan ini membolehkan organisasi-organisasi mencapai penyesuaian dengan pantas terhadap permintaan pasaran yang berubah-ubah dan menyampaikan penyelesaian yang memberi impak dengan pantas dan cekap. Digabungkan dengan kedudukan unik StarHub untuk menawarkan pemahaman kepada syarikat telekomunikasi, pelanggan akan menerima penyelesaian yang lebih termaklum dan dipacu data dengan kejituan dan keandalan yang lebih tinggi bagi memastikan mereka memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi yang tangkas, boleh skala dan cekap agar terus berada di hadapan keluk.

Di samping itu, StarHub akan turut mengukuhkan proses dan sistemnya sendiri dengan platform kod rendah OutSystems yang berkuasa, termasuk dalam pembangunan aplikasi, pemprototaipan dan memperkemas penggunaan, lalu mempercepat penyampaian penyelesaian kepada pelanggan perusahaannya dengan ketara untuk memberi tumpuan yang lebih baik dalam memenuhi pelbagai keperluan mereka.

StarHub komited untuk mengenal pasti dan membangunkan penyelesaian termaju yang dapat menangani cabaran perniagaan dunia sebenar dan yakin bahawa penyelesaian yang dibina pada platform OutSystems ini akan membolehkan mereka kekal kompetitif.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian perusahaan StarHub termasuk penyelesaian daripada OutSystems, kunjungi https://www.starhub.com/business/enterprise

Latar Belakang StarHub 

StarHub ialah syarikat Singapura tempatan terkemuka yang menyampaikan perkhidmatan komunikasi, hiburan dan digital bertaraf dunia. Dengan infrastruktur gentian dan tanpa wayar yang meluas serta perkongsian global, kami membawakan kepada orang ramai, kediaman dan perusahaan dengan perkhidmatan mudah alih dan tetap yang berkualiti, rangkaian kandungan premium yang luas dan pelbagai jenis penyelesaian komunikasi. Kami membangunkan dan menyampaikan penyelesaian kepada pelanggan korporat dan kerajaan yang menggabungkan kecerdasan buatan, keselamatan siber, analitis data, Internet Pelbagai Benda dan robotik. Kami komited untuk menjalankan perniagaan kami dengan cara yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Disenaraikan di papan utama Bursa Singapura, StarHub ialah stok komponen SGX iEdge Singapore Low Carbon Index, iEdge-OCBC Singapore Low Carbon Select 50 Capped Index; serta FTSE4Good Index series. StarHub berada di kedudukan 184 dalam FORTUNE Southeast Asia 500 sulung pada tahun 2024 dan diiktiraf sebagai penyedia telekomunikasi tanpa wayar paling mampan di dunia pada Corporate Knights Global 100 2025. Kunjungi www.starhub.com untuk maklumat lanjut. 

 

 

Source: Starhub
Related Stocks:
OTC:SRHBY Singapore:CC3
Keywords: Computer Software Computer/Electronics