omniture

Kandao Meeting Ultra Capai Pensijilan Penuh oleh Zoom, Benar-benar Serasi dengan Zoom Rooms

Kandao Technology Co., Ltd.
2025-03-14 10:50 23

SHENZHEN, China, 14 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Kandao dengan gembiranya mengumumkan bahawa Kandao Meeting Ultra telahpun mencapai pensijilan penuh oleh Zoom bagi memastikan keserasian yang lancar dengan Zoom Rooms. Penyelesaian sidang video semua-dalam-satu ini ideal untuk bilik bersaiz kecil hingga sederhana (2-18 peserta) dan menyampaikan kualiti video dan audio yang luar biasa demi pengalaman mesyuarat yang imersif sepenuhnya. Selain itu, ia menyokong penggabungan sehingga 4 unit dengan perisian Kandao Meeting Omni bagi memenuhi keperluan bilik mesyuarat yang lebih besar untuk penyelesaian persidangan yang boleh diskala dan fleksibel.

Kandao Meeting Ultra Achieves Full Certification by Zoom
Kandao Meeting Ultra Achieves Full Certification by Zoom

Kandao Meeting Ultra menampilkan kamera panoramik 360-darjah, dwitangkapan HDR 4K dan dwiskrin sentuh FHD 15.6" bagi memberikan visual dan kawalan intuitif masa nyata yang jelas. Dilengkapi dengan penjejakan wajah dan gerakan AI, ia menonjolkan pembicara aktif secara automatik, manakala pembatalan hingar termaju memastikan audio yang benar-benar jelas. Reka bentuk 5-dalam-1nya menggabungkan skrin sentuh, kamera, mikrofon semua arah, pembesar suara hi-fi dan AI termaju demi pengalaman mesyuarat yang mudah dan profesional.

Menerusi Android OS terbina dalam yang ringkas, Kandao Meeting Ultra dapat berfungsi baik sebagai peranti kendiri mahupun kamera USB, menawarkan keserasian penuh dengan platform popular seperti Zoom, Tencent Meeting, Skype dan Microsoft Teams.

"Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Zoom untuk membawakan Kandao Meeting Ultra kepada organisasi-organisasi yang mencari penyelesaian sidang video yang inovatif dan andal," kata Dan, Ketua Pegawai Eksekutif di Kandao.

Kandao Meeting Ultra menerima pelbagai anugerah yang berprestij, termasuk CES Innovation Award 2023, GOOD DESIGN AWARD 2023 dan iF Design Award 2023 yang mengiktiraf kecemerlangannya dalam reka bentuk dan fungsian.

Kandao Meeting Ultra boleh didapati sekarang, bersedia untuk mengubah cara pasukan berkolaborasi dalam persekitaran hibrid dan jarak jauh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.kandaovr.com/meeting-ultra

Latar Belakang Kandao

Kandao ialah peneraju bagi teknologi video dan kamera 360°, komited untuk menyampaikan penyelesaian termaju untuk komunikasi, kolaborasi dan kreativiti.

Untuk pertanyaan perniagaan, sila hubungi:
sales@kandaovr.com 

Source: Kandao Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services