omniture

V CAPITAL CONSULTING GROUP BANTU SAGTEC GLOBAL LIMITED PEROLEH IPO DI NASDAQ, PENYENARAIAN KELIMANYA

V Capital Consulting Group
2025-03-14 12:42 13

Firma Perunding Peroleh IPO di Nasdaq Kelima, Membantu Pembekal Perkakasan Perkhidmatan Perisian Tempatan Mengumpul AS$7 Juta Melalui IPO Nasdaq

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Mac 2025 /PRNewswire/ -- V Capital Consulting Group Limited ("VCCG", atau "Syarikat") dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan tawaran awal permulaan (IPO) bagi pelanggannya, Sagtec Global Limited ("Sagtec"). Penyeneraian ini menandakan kejayaan kelima VCCG secara keseluruhan di Nasdaq dan IPO ketiga dalam tempoh masa setahun. Kejayaan ini juga telah menonjolkan kepakaran VCCG dalam membimbing perusahaan ke pasaran modal global.   

Firma penasihat korporat tersebut juga merupakan sebuah anak syarikat VCI Global Limited (NASDAQ:VCIG). VCCG menawarkan perkhidmatan sehenti bagi syarikat-syarikat yang ingin melantai di Nasdaq. Dengan kejayaan penyenaraian Sagtec di bursa Nasdaq, VCCG telah mengukuhkan kedudukan selanjutnya dalam sektor perundingan IPO. Percapaian ini menekankan komitmen VCCG untuk membimbing lebih banyak perusahaan Asia Tenggara memasuki pasaran modal global.

Sebagai perunding IPO Sagtec, VCCG menyediakan panduan strategik sepanjang proses penyenaraian dengan membantu penyedia penyelesaian perisian tersebut mengumpul sejumlah AS$7 juta (kira-kira RM31 juta) dan meraih penilaian pasca penyenaraian lebih AS$50 juta (kira-kira RM221.4 juta).

Sagtec, sebuah syarikat tempatan yang membekalkan perkakas perkhidmatan perisian kepada sektor makanan dan minuman (F&B) mencatatkan pertumbuhan 47 peratus dengan lebih 10,000 pelanggan menerusi produk utamanya Speed+. Pada 2024, Sagtec meraih pendapatan sehingga AS$11.63 juta (kira-kira RM51.38 juta), iaitu peningkatan sebanyak 82.29 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"IPO ini merupakan langkah selanjutnya ke arah mengukuhkan kehadiran perusahaan Malaysia di Nasdaq, dan kami berasa bangga dapat membantu Sagtec dalam mencapai tahap ini. Dengan rekod pencatatan yang semakin berkembang dan komitmen untuk membimbing lebih banyak syarikat Asia Tenggara ke IPO Nasdaq, VCCG terus membuka jalan bagi perniagaan serantau yang mencari kejayaan di pasaran modal global," Dato' Victor Hoo, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif VCI Global.

"Pencapaian ini mencerminkan dedikasi pasukan kami dan panduan yang tidak dapat dinilai daripada penasihat kami. Kepakarannya sangat penting dalam menavigasi kerumitan proses penyenaraian dan meletakkan Sagtec untuk kejayaan jangka panjang. Dengan penyenaraian Nasdaq ini, kami bukan sahaja mengembangkan secara global tetapi juga mentakrifkan semula apa yang mungkin bagi inovator teknologi Asia Tenggara. Ini akan menjadi permulaan bab baharu yang menarik bagi Sagtec," kata Kevin Ng, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sagtec.

Mengenai V Capital Consulting Group Limited

V Capital Consulting Group, sebuah anak syarikat VCI Global (NASDAQ:VCIG), yang menawarkan perkhidmatan penasihat pasaran modal merangkumi fasa pra-IPO, IPO dan pasca-IPO, serta penasihat penggabungan dan pengambilalihan.

Dengan pasukan teras pakar dalam kewangan korporat, pasaran modal, dan nasihat undang-undang, kami memberdayakan pelanggan untuk menavigasi landskap pasaran yang kompleks, meramalkan cabaran, dan merebut peluang perniagaan.

Setakat ini, VCCG telah berjaya membantu syarikat-syarikat terkemuka dalam mendapatkan penyenaraian Nasdaq, termasuk Founder Group Limited, YY Group Holding Limited, dan lain-lain.

Tentang Sagtec Global Limited

Sagtec, sebuah syarikat tempatan yang membekalkan perkakas perkhidmatan perisian kepada sektor makanan dan minuman (F&B), menawarkan pesanan meja, pesanan QR, dan aplikasi kiosk layan diri untuk meningkatkan kecekapan operasi.  Syarikat ini juga menyediakan pembangunan perisian, CRM, pengeluaran invois, pengurusan data, dan pengurusan media sosial untuk pelbagai industri, termasuk Pemimpin Pendapat Utama (KOL).  Melalui anak syarikat yang dimiliki majoriti, CL Technologies, Sagtec mengendalikan stesen pengecasan bank kuasa di 300 lokasi di seluruh Malaysia.  Produk utamanya, Speed+, sebuah sistem pesanan pintar pada mesin POS sewa, memperkemas pengurusan pesanan dan melepasi 6,800 pelanggan pada tahun 2024, mencerminkan penerimaan pasaran yang semakin meningkat.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.sagtec-global.com/ .

Nota Peringatan Mengenai Kenyataan Akan Datang

Kenyataan media ini mengandungi kenyataan masa depan yang tertaluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Pernyataan-pernyataan tersebut termasuk pernyataan mengenai keupayaan Syarikat untuk mengembangkan perniagaannya dan pernyataan lain yang bukan fakta sejarah, termasuk pernyataan yang mungkin disertakan dengan kata-kata "berniat," "mungkin," "akan," "merancang," "mengharapkan," "menjangka," "meramalkan," "menganggarkan," "bertujuan," "percaya," "berharap," "potensi" atau kata-kata serupa. Pernyataan-pernyataan prospektif ini hanya berdasarkan kepercayaan, jangkaan, dan keadaan masa depan kami yang sedia ada. Oleh kerana kenyataan prospektif berkaitan dengan masa depan, ia tertakluk kepada ketidakpastian, risiko, dan perubahan keadaan yang sukar diramalkan dan banyak daripadanya berada di luar kawalan kami. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana kenyataan prospektif ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara ketara daripada yang diterangkan dalam kenyataan prospektif ini disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, keupayaan Syarikat untuk mencapai operasi yang menguntungkan, penerimaan pelanggan terhadap produk baru, kesan penyebaran coronavirus (COVID-19) dan langkah-langkah masa depan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara-negara di mana Syarikat mempunyai rakan kongsi rantaian bekalan, permintaan untuk produk Syarikat dan keadaan ekonomi pelanggan Syarikat, kesan produk dan penetapan harga pesaing, pengurusan yang berjaya dan, keadaan ekonomi umum serta faktor risiko lain yang terperinci dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat ("SEC"). Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini dibuat pada tarikh siaran akhbar ini, dan Syarikat tidak mengambil sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan prospektif dalam siaran ini, kecuali mengikut undang-undang yang berkenaan.

Source: V Capital Consulting Group
Related Stocks:
NASDAQ:VCIG
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics