omniture

Siri Pembersih Udara NOBLE 2.0 Coway Terima iF Design Award 2025 untuk Reka Bentuk Produk

Coway Co., Ltd.
2025-03-14 14:42 17
  • Siri Pembersih Udara NOBLE 2.0 Coway diberi pengiktirafan oleh iF International Forum atas reka bentuk sofistikated dan teknologi pembersihan udara inovatif
  • 2025 menyaksikan tahun ke-18 berturut-turut Coway mendapat pengiktirafan daripada iF Design Award

SEOUL, Korea Selatan, 14 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa siri Pembersih Udara NOBLE 2.0 (NOBLE 2.0 Air Purifier series) diberi pengiktirafan oleh International Forum (iF) Design Award 2025 dalam kategori Reka Bentuk Produk.

Coway NOBLE 2.0 Air Purifier Series
Coway NOBLE 2.0 Air Purifier Series

Ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai Die Gute Industrieform e.V., iF Design Award ialah salah satu pertandingan reka bentuk yang paling berprestij di dunia, menilai penyertaan melalui lima kriteria utama: idea, bentuk, fungsi, pembezaan dan kemampanan.

Pengiktirafan ini menyaksikan tahun ke-18 berturut-turut Coway menerima iF Design Award, seterusnya menekankan kepimpinan global syarikat ini dalam inovasi reka bentuk.

Beberapa ciri yang mendapat pujian bagi siri Pembersih Udara NOBLE 2.0 termasuk struktur menara segi empat sama produk ini yang diperhalusi dan teknologi pembersihan udara termaju. Dilengkapi dengan penapis 4D empat sisi untuk pembersihan udara 360°, barisan Pembersih Udara NOBLE 2.0 mampu menangkap dan mengedarkan udara bersih dengan cekap ke seluruh ruang sehingga 133㎡. Dari segi nilai estetik, saiz kompak dan sampel warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi bagi rangkaian ini membolehkan produk berintegrasi ke dalam mana-mana bahagian dalam dan dalam masa yang sama mempertingkat dekorasi dengan lancar.

Selain daripada Siri Pembersih Udara NOBLE 2.0, tiga lagi produk Coway yang lain turut mendapat pengiktirafan di iF Design Award dalam kategori Reka Bentuk Produk, dengan satu penerima pengiktirafan berkenaan ialah penulen air akan datang yang dinamakan buat sementara waktu sebagai 'SWITCH' (P-2200N). 'SWITCH' menawarkan pilihan konfigurasi atas kaunter dan bawah sinki serba boleh bersama-sama dengan keupayaan penulenan air bukan elektrik. Syarikat ini mempamerkan 'SWITCH' di Aquatech Amsterdam 2025, menonjolkan ciri-ciri inovatifnya kepada khalayak global.

Seorang pegawai Coway berkata, "Anugerah ini merupakan bukti komitmen Coway terhadap reka bentuk yang inovatif dan daya saing global. Kami akan terus membangunkan produk yang bukan sahaja merangkum falsafah reka bentuk kami yang unik, bahkan turut memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan kami."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.  

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards New products/services