omniture

Uwe Vath Bakal Naib Presiden Operasi Schenck Process

Schenck Process Group
2015-04-02 08:00 129

DARMSTADT, Jerman, 2 April 2015 /PRNewswire/ -- Uwe Vath (43) akan mengambil alih kawalan ke atas Operasi Schenck Process Group berkuat kuasa 1 April 2015. Bagi jawatan ini, beliau akan bertanggungjawab untuk pengilangan global, rantaian bekalan serta pembelian, dan akan melapor kepada Andreas Evertz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. Pada masa yang sama, beliau akan menjadi PengarahUrusan Bersama bertindak daripada ibu pejabat Schenck Process GmbH yang memainkan peranan memimpin dan menyelaras bagi semua negara Eropah selain Rusia dan bahagian-bahagian Afrika. Uwe Vath hadir daripada firma perakaunan PricewaterhouseCoopers dan berpindah secara terus ke syarikat itu.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150330/736638-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150330/736638-b)

Pelantikan ini mencerminkan kepentingan besar Operasi bagi Schenck Process Group. Pada masa akan datang, Horst Klein akan mengambil tanggungjawab sebagai Naib Presiden Pembelian dan seterusnya memastikan kesinambungan dan pembangunan lanjut. Dalam kapasiti ini, beliau akan melapor terus kepada Uwe Vath.

"Dengan kepakaran meluasnya dan pengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang Operasi, beliau akan memacu pembangunan Schenk Process Group secara intensif untuk maju ke hadapan. Melalui aktivitinya sebagai perunding di PricewaterhouseCoopers, beliau telah pun memperoleh pengetahuan tentang syarikat kami, bermakna kedua-dua syarikat dapat membina daripada kerjasama ini dengan lancar. Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan ini," kata Andreas Evertz.

Jurutera berijazah, Uwe Vath bekerja di PricewaterhouseCoopers AG di Frankfurt am Main selama bertahun-tahun, yang mana beliau menjadi rakan kongsi sejak 2011. Beliau juga telah membina divisyen Strategi dan Operasi serta menyelia projek-projek bersama pasukannya dalam bidang pembelian, rantaian bekalan, pengeluaran dan juga pengilangan alatan, kualiti, dan logistik. Pelanggan antarabangsa,  perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta syarikat korporat, yang aktif dalam bidang pengeluaran industri, industri proses dan pemprosesan plastik diberi khidmat di sini.

Daripada dunia korporat, beliau mendapat pengalaman yang luas di Braun AG yang kini merupakan sebuah anak syarikat Procter and Gamble Group, dan paling terkini sebagai Ketua Proses dan Kualiti Pengeluaran Kejuruteraan. Selain itu, beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Boston University/University of Wurzburg.

Latar Belakang Schenck Process 

Schenck Process merupakan peneraju pasaran global dalam penyelesaian bagi pengukuran dan teknologi proses untuk timbangan industri, suapan, penyampaian, tapisan dan automasi. Schenck Process membangunkan, mengilangkan, dan memasarkan rangkaian penuh bagi penyelesaian, produk, sistem, serta komponen yang menggabungkan kepakaran kejuruteraan proses dan juga teknologi terbukti. Syarikat ini telah diasaskan pada 1881 oleh jurutera mekanikal Carl Schenck dan berpangkalan di Darmstadt, Jerman.

Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.schenckprocess.com

Maklumat Perhubungan Media:
Schenck Process Holding GmbH
Martina Seefeld
Ketua Komunikasi Antarabangsa
Pallaswiesenstr. 100
64293 Darmstadt, Jerman
T +49-61-51-1531-31-28
F +49-6151-1531-2754
press@schenckprocess.com 

SUMBER  Schenck Process Group

Source: Schenck Process Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Personnel announcements