omniture

Rangsangan Ganglion Sfenopalatin dalam Kajian Laluan CH-1 Kurangkan Beban Sakit Kepala Sebelum dan Selepas Tempoh Berterusan Remisi Serangan Kluster

Autonomic Technologies
2015-04-08 20:39 114

BUDAPEST, Hungary, 8 April 2015 /PRNewswire/ -- Semasa kongres dunia bagi kontroversi dalam Neurologi, CONy, Autonomic Technologies[TM] membentangkan data jangka panjang* (hasil 18 bulan) tentang segmen pesakit kajian CH-1 yang mengalami tempoh Remisi Sakit Kepala Kluster. Sementara rangsangan Ganglion Sfenopalatin (SPG) dengan perangsang mikro Pulsante[TM] telah pun menunjukkan keselamatan dan keberkesanan terhadap sakit kepala kluster kronik, manfaat jangka panjang rangsangan SPG dalam pesakit kluster dengan remisi mencadangkan terapi tersebut bermanfaat semasa fasa episodik serangan kluster pesakit.

"Data ini menunjukkan dengan jelas bahawa rangsangan SPG mungkin bermanfaat kepada pesakit kluster episodik", ulas Prof. Miguel Láinez, Ketua Jabatan Neurologi di Universiti Katolik Valencia dan Profesor Neurologi di Universiti Katolik Valencia yang membentangkan data itu pada 28 Mac.

Perangsang mikro Pulsante merupakan peranti elektroseutikal pertama yang mempunyai keberkesanan didokumenkan dalam RCT jangka panjang untuk rawatan sakit kepala kluster. Perangsang mikro Pulsante adalah Bersyarat MR sejak 2012. Peranti ini dimasukkan melalui gusi dengan teknik kurang invasif yang tidak meninggalkan parut yang kelihatan.

Autonomic Technologies

Autonomic Technologies, Inc. (ATI[TM]) merupakan sebuah syarikat peranti perubatan berfokuskan pembangunan dan pengkomersilan terapi inovatif untuk rawatan sakit kepala teruk. Produk awal syarikat itu, perangsang mikro Pulsante, ditanda CE di Eropah untuk rawatan sakit kepala kluster. Peranti itu juga di bawah kajian IDE di AS untuk rawatan sakit kepala kluster kronik.

ATI beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan disokong oleh para pelabur yang diiktiraf: Kleiner Perkins Caufield and Byers, InterWest Partners, Versant Ventures, Novartis Ventures, Aberdare Ventures, serta Cleveland Clinic. http://www.pulsante.eu

Wakil:
Eva Birle
+49(0)891395782711
birle@bskom.de

*Pembentangan Poster di Kongres CONy ke-9, Budapest, 28 Mac 2015

SUMBER  Autonomic Technologies

Source: Autonomic Technologies
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries