omniture

Telepizza Kukuhkan Keberadaan Antarabangsanya: Tegaskan Komitmennya terhadap Pasaran Pertumbuhan Tinggi dengan Memulakan Operasi di Nigeria

Telepizza
2015-04-09 16:30 98

MADRID9 April 2015 /PRNewswire/ --

  • Syarikat tandatangani perjanjian dengan pemberi francais utama tempatan dengan perniagaan di negara tersebut untuk buka 30 kedai dalam masa lima tahun
  • Telepizza melangkah setapak lagi dalam strategi perluasan antarabangsanya dalam pasaran dengan potensi pertumbuhan tinggi, yang telah bertapak sejak 2014
  • Dengan keberadaan mantap di 15 negara, jualan antarabangsa syarikat itu telah pun mewakili lebih 30% daripada jumlah keseluruhan   

Telepizza memajukan strategi antarabangsanya dengan melabur dalam salah satu pasaran berpotensi pertumbuhan tertinggi di Afrika. Syarikat itu menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) dengan pemberi francais utama dengan perniagaan di negara tersebut untuk membuka 30 kedai dalam lima tahun akan datang.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150408/738931 )

Perjanjian persefahaman itu, yang melibatkan seluruh pasaran Nigeria, menetapkan bahawa kedai-kedai terawal akan dibuka di bandar Lagos sebelum penghujung tahun.

"Operasi ini akan memperkukuh keberadaan kami di Afrika, dengan kawasan berpotensi pertumbuhan tinggi di lokasi syarikat ini beroperasi sejak 2014, di Angola. Kami telah membuka kedai keempat kami di negara ini dalam masa kurang setahun," terang Pablo Juantegui, Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza.

Nigeria merupakan salah satu pasaran paling dinamik di benua ini yang kemajuannya dikaitkan dengan potensi pertumbuhan populasi (negara paling ramai penduduk di Afrika dengan purata umur 18.5 tahun), pertumbuhan sosioekonomi dan pembangunan infrastruktur yang pantas serta sektor-sektor lain seperti runcit dan juga tekstil. Selain itu, industri makanannya merupakan yang kedua terbesar selepas Afrika Selatan, di kalangan negara-negara sub-Sahara.

Kepakaran, fleksibiliti dan pengetahuan tempatan, kunci pertumbuhan antarabangsa

Perjanjian dengan rakan kongsi tempatan yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap pasaran baharu adalah kunci kepada perluasan antarabangsa. "Kami mengalu-alukan pelabur antarabangsa baharu dan pengendali yang berminat untuk memperkembangkan jenama antarabangsa kami. Pizza Mediterranean segar buatan tangan kami membezakan kami daripada industri, bersama perkhidmatan mesra yang pantas," terang Giorgio Minardi, Presiden Antarabangsa.

Komitmen mantap Telepizza terhadap perluasan antarabangsa tertumpu kepada pertumbuhan di negara-negara yang ia beroperasi pada masa kini selain memasuki pasaran baharu, terutamanya di Amerika Latin, Eropah Tengah dan Afrika, sama ada secara organik, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat tempatan atau melalui francais utama. Jualan Telepizza di luar negara kini mewakili lebih 30% daripada jumlah keseluruhan.

Telepizza mempunyai model yang kukuh dan jenama yang dikenali serta tergabung, yang boleh diskalakan kepada pasaran berbeza dengan tahap fleksibiliti yang tinggi untuk pemberi francais. "Kami mempunyai kelebihan daya saing yang hebat: kapasiti tindak balas kami dan fleksibiliti untuk melaksanakan konsep tempatan dalam perniagaan yang merupakan kunci kepada kejayaan kedua-dua bahagian," simpul Minardi.

Rakan kerjasama tempatan Telepizza dalam operasi ini merupakan kumpulan perniagaan pelbagai dengan kepentingan dalam beberapa syarikat, dalam sektor-sektor seperti makanan dan minuman, selain pasaran hartanah serta pembangunan infrastruktur. Selain Nigeria, kumpulan itu beroperasi di beberapa buah negara di Timur Tengah.

Perjanjian ini akan membenarkan Telepizza memanfaatkan sinergi aktiviti industrinya. Selain itu, kedua-dua rakan kerjasama tidak menafikan kemungkinan menganalisis gabungan untuk memasuki pasaran Afrika lain secara bersama.

Latar Belakang Telepizza

Telepizza merupakan sebuah syarikat penghantaran pizza utama yang dikenali kerana pizza segar buatan tangannya yang berkualiti dengan gaya Mediterranean, dihidangkan mesra di mana-mana jua, pada bila-bila masa dengan nilai hebat.

Kedudukan perintisnya dalam sektor tersebut dengan model pengurusan dan laluan 30 tahun, membolehkannya mengalami pertumbuhan antarabangsa yang kukuh dengan kehadiran mantap di 15 buah negara Eropah, Amerika Latin serta Afrika, 1,300 tempat jualan dan juga 25,000 kakitangan di seluruh dunia.

Telepizza memiliki model pengurusan dan perhubungan dengan pemberi francaisnya berasaskan fleksibiliti - untuk menyesuaikan kepada citarasa dan tabiat pemakanan tempatan - serta sokongan pasukan berpengalaman dan juga berbilang disiplin yang memastikan operasi harian dalam setiap pasaran.

http://www.telepizza.com   
http://www.facebook.com/telepizza
http://www.twitter.com/telepizza_es   

Maklumat lanjut:

Kreab / T. +34-917027170
Susana Sanjuan / ssanjuan@kreab.com / M. +34-677-946-805
Francisco Calderon / fcalderon@kreab.com / M. +34-654-642-160
Luis Meseguerlmeseguer@kreab.com

Sumber: Telepizza

Source: Telepizza
Keywords: Food/Beverages Corporate Expansion