omniture

Fragrance Du Bois Berbangga Umumkan Kemunculannya di TANGS Orchard

Fragrance Du Bois
2015-04-10 10:01 291

SINGAPURA, 10 April 2015 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois berbesar hati mengumumkan kemunculan sulungnya di gedung utama TANGS, selama sebulan, mulai 27 Mac hingga 26 April 2015.

Perunding minyak wangi Du Bois yang mesra memastikan ia benar-benar kekal pada etos asasnya; menyediakan perkhidmatan peribadi yang sama serta menawarkan rangkaian wangian komprehensif yang sama.
Perunding minyak wangi Du Bois yang mesra memastikan ia benar-benar kekal pada etos asasnya; menyediakan perkhidmatan peribadi yang sama serta menawarkan rangkaian wangian komprehensif yang sama.

 

Kedai "pop up" yang terletak di Centrestage, direka untuk mereplikasi butik utama Du Bois yang elegan di The Fullerton Hotel Singapura.
Kedai "pop up" yang terletak di Centrestage, direka untuk mereplikasi butik utama Du Bois yang elegan di The Fullerton Hotel Singapura.

Terletak di tengah kawasan Orchard Road – kawasan beli-belah dan hiburan premier Singapura – TANGS Orchard merupakan tempat yang ideal bagi Fragrance Du Bois mendapatkan pembeli barangan mewah yang semakin pesat.

Sejak penubuhannya pada 1932, TANGS telah digelar syurga beli-belah bagi warga tempatan, ekspatriat, dan pelancong. Dengan beberapa gedung telah muncul dalam arena membeli-belah sejak beberapa tahun lalu, TANGS kekal sebagai salah satu emporium paling kukuh dan disegani di Singapura pada masa kini.

"Kami teruja berada di tengah-tengah Singapura, menambahkan keceriaan kepada hab beli-belah kota raya ini," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama di Fragrance Du Bois. "Ini merupakan peluang hebat untuk memperluas produk-produk kami kepada warga tempatan yang masih belum mengenali Fragrance Du Bois. Ini juga memberikan peluang hebat untuk warga Singapura dan lain-lain, pengalaman sendiri dengan minyak wangi nic, selain minyak Oud penuh magis yang digunakan untuk menghasilkan kesan istimewa dalam semua ciptaan kami."

Beliau menambah, "TANGS merupakan destinasi runcit ideal, kerana ia menampilkan pelbagai jenama yang terkenal di seluruh dunia. Sasaran kami adalah menjadikan Fragrance Du Bois salah satu jenama tersebut, dan perkaitan itu pasti dapat meningkatkan prospek kami untuk masa hadapan."

Terletak di Centrestage, berhadapan pintu masuk utama, kedai 'pop up' itu direka untuk mereplikasi, dalam bentuk miniatur, butik utama Du Bois yang elegan di The Fullerton Hotel Singapura. Dihiasi kemasan hitam dan emas khasnya, butik 'pop up' itu akan turut menyertakan ciri utama Du Bois – meja wangian dengan klosye berserta bauan daripada wangian khas Du Bois.

Walaupun kedai tersebut merupakan versi butik yang dikecilkan, Du Bois akan memastikan ia kekal dengan etos pentingnya; memberikan pengunjung ke TANGS dengan perkhidmatan terperibadi yang sama, dan menawarkan rangkaian wangian komprehensif yang sama seperti yang ditawarkan di semua butiknya.

Sebagai sebahagian pelibatan media sosialnya, pelanggan akan mendapat peluang memenangi botol 15ml wangian Du Bois, apabila mereka memaparkan gambar diri mereka bergaya dengan salah satu botol wangian istimewa Du Bois.

Fragrance Du Bois kini membawakan jenama tamu yang terkenal seperti Xerjoff, House of Sillage, Illuminum, Sue Wong, dan Isabey, dengan lebih banyak jenama akan datang dalam bulan-bulan seterusnya. Ia kini mempunyai butik di Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok, serta turut mengendalikan ruang wangian di Dubai dan juga Hong Kong – yang mana seni wangian buatan khas menghasilkan pengalaman yang benar-benar intim dan unik untuk pelanggan, dengan lebih banyak lagi dirancang untuk Timur Tengah serta Asia dalam masa terdekat.

Fragrance Du Bois boleh didapati di TANGS Orchard mulai 27 Mac hingga 26 April 2015.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan jenama wangian mewah nic yang bekerjasama erat dengan ladang-ladang lestari di Asia, membawakan minyak Oud organik 100% baharu yang mengujakan ke pasaran eksklusif di seluruh dunia. Mendapatkan sumber lestari bagi bahan-bahan mentah terbaik di seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis untuk menghasilkan rangkaian penuh produk, serta turut menyediakan perkhidmatan wangian buatan khas, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi bersifat prihatin. Dengan ruang wangian eksklusif di seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois menghasilkan hanya pengalaman yang terbaik dalam pembuatan wangian khas.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan di pasaran bukan berbahasa Perancis, sebagai Fragrance Du Bois.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta – nilai aset dimiliki dan di bawah pengurusan digabungkan  
  • AS$ 53.5 juta – pulangan dalam tahun kewangan yang lalu
  • AS$ 100 juta – ramalan pulangan bagi tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 – pokok Aquilaria hari ini, di ladang Gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali rangkaian pelbagai ladang komersial dan perniagaan perladangan di seluruh rantau Asia Pasifik serta seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Ia menumpukan kepada projek perladangan yang berbilang budaya dan pelbagai khusus untuk keperluan domestik dan komersial negara-negara di mana ia beroperasi. Bekerjasama erat dan menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras penting bagi perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan kebudayaan, selain pelaburan, untuk mengelakkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dianggap sumber pendapatan utama di sesetengah kawasan di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak 2002), kumpulan tersebut kini memiliki ladang dan projek pertanian di empat benua, dengan projek beroperasi dalam pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Dengan menggalakkan penggunaan kayu lestari dan disahkan, merupakan cara terbaik mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor pembuatan kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang berusaha meraih kecemerlangan dan terlibat dalam usaha pemeliharaan alam sekitar, ini juga merupakan cara bagi memastikan kayu daripada pembalakan haram tidak digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Samantha Tham
Eksekutif Pemasaran
E-mel:samantha.tham@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit:
+65 9144 0933
Pejabat: +65 6299 4998

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit:
+65 9750 7440
Pejabat: +65 6299 1778

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150330/8521502010-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150330/8521502010-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services