GUANGZHOU, China, 10 April 2015 /PRNewswire/ -- Airwheel, pembuat skuter terkemuka yang terkenal seluruh dunia, bakal memperkenalkan untuk kali pertama skuter imbang sendiri S3 mereka semasa Pesta Import dan Eksport China Ke-117 (Pesta Canton), pesta perdagangan dua kali setahun yang terbesar di China.
http://www.airwheel.net/scooters/scooters_Q3_outdoor_007.jpg
Pesta Canton tahun ini dijangka akan dilangsungkan seperti biasa di Daerah Haizhu, Bandar Guangzhou. Tapak khususnya adalah di No.380 Yuejiang Middle Road. Airwheel bakal mempamerkan rangkaian luas skuter elektrik imbang sendiri mereka semasa sesi ke-2 tetapi tumpuan akan diberikan kepada model terbaharu, skuter imbang sendiri pintar S3, yang bakal membuat kemunculan pertama.
Sejak tarikh penubuhannya, Airwheel berusaha tanpa jemu untuk menghasilkan gaya ringkas terkini, teknologi mesra alam dan rekaan mesra pengguna. Ia mengeluarkan siri-X dan siri-Q mereka secara besar-besaran yang mendapat sambutan hangat seluruh dunia. Baru-baru ini, ia baru selesai membangunkan model serba baharu, skuter imbang sendiri pintar S3. Model ini diangkat sebagai yang terunggul dalam rekaan dan teknologi Airwheel.
Daripada luaran ekasikal elektrik S3, memang cukup mudah untuk melihat betapa Airwheel begitu mementingkan butiran halus, daripada cengkaman hendal hinggalah kepada keseluruhan konturnya. Kerangkanya diperbuat daripada rekaan yang rapi dan anggun, didatangkan dalam warna putih dan biru. Dua warna utama ini menampilkan peribadi S3 yang ringan dan santai.
http://www.airwheel.net/scooters/scooters_S3_outdoor_006.jpg
Dengan menggayakan rekaan minimalis, S3 menggunakan teknologi yang kompleks. Teras bateri litiumnya yang terbina dalam mengandungi momentum yang mencukupi, dengan skuter imbang sendiri S3 berbangga dengan kelajuan jajap sebanyak 16 km/j. Pengekalan keseimbangan bergantung kepada sistem giroskop di bawah papan diri. Kelajuan pemanduan yang boleh dikawal itu bergantung kepada sudut condong tubuh si pemandu. Lebih penting lagi, skuter berkuasa elektrik ini tidak menghasilkan sebarang pembebasan gas semasa digunakan.
Jika anda penggemar teknologi dan berminat dengan S3, kami mengalu-alukan anda untuk datang sendiri bagi menikmati pengalaman pemanduan mengujakan di tapak pameran kami di Pesta Canton.
HUBUNGI:
Skuter elektrik imbang sendiri Airwheel
Laman sesawang: http://www.airwheel.net