PALO ALTO, California, 13 April 2015 /PRNewswire/ -- Eiger BioPharmaceuticals Incorporated, hari ini mengumumkan, abstrak daripada program pembangunan Virus Hepatitis Delta (HDV) akan dibentangkan di Pertubuhan bagi Kajian Hati Eropah (EASL) di Vienna, Austria, pada 22 hingga 26 April 2015. Data daripada kajian lonafarnib Fasa 2 yang diperkukuhkan dengan ritonavir dalam pesakit yang dijangkiti HDV akan dibentangkan buat kali pertama. Abstrak yang diterima, ucapan jemputan berkaitan dan sesi simposium disenaraikan di bawah dan kini boleh didapati dalam talian.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141221/165715LOGO
Abstrak, Poster dan Pembentangan Lisan Lonafarnib di EASL
Latar Belakang Lonafarnib
Lonafarnib merupakan agen aktif oral berciri baik, tahap lewat yang menyasarkan farnesiltransferase, enzim yang terlibat dalam pengubahsuaian protein melalui proses yang dikenali sebagai pemprenilan. HDV menggunakan proses sel perumah ini dalam sel hati untuk menyempurnakan langkah penting dalam kitar hayatnya. Lonafarnib merencat langkah pemprenilan replikasi HDV di dalam sel hati dan merencat kebolehan virus untuk mengganda. Oleh kerana pemprenilan dijalankan oleh enzim perumah, turut terdapat penghadang yang lebih tinggi secara teori untuk membentuk mutasi ketahanan virus dengan terapi lonafarnib.
Lonafarnib merupakan produk yang dikaji dan keselamatan serta keberkesanannya masih belum ditentukan untuk sebarang indikasi.
Latar Belakang HDV
Hepatitis Delta disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis D (HDV) dan dianggap sebagai bentuk hepatitis bawaan virus paling teruk di kalangan manusia. Hepatitis D berlaku hanya sebagai jangkitan bersama dalam individu dengan hepatitis B (HBV), membawa kepada penyakit hati yang lebih teruk daripada HBV sahaja, dan dikaitkan dengan fibrosis hati, barah hati, dan kegagalan hati yang dipercepatkan. HDV merupakan penyakit dengan kesan signifikan terhadap kesihatan global yang memberi kesan kepada ~15 juta orang di seluruh dunia. Prevalens HDV berbeza antara bahagian dunia yang berlainan. Di peringkat global, jangkitan HDV dilaporkan di kalangan 5-6% pembawa hepatitis B kronik. Lonafarnib telah diberikan Designasi Ubat Yatim oleh US FDA dan Agensi Perubatan Eropah (EMA). Di beberapa kawasan di dunia, termasuk sesetengah bahagian China, Rusia, Asia Tengah, Turki, Afrika dan Amerika Selatan, prevalens setinggi 40% telah dilaporkan dalam pesakit dengan jangkitan HBV.
Latar Belakang Eiger
Eiger merupakan syarikat bioteknologi milik persendirian yang berfokuskan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan terapi inovatif dalam hepatitis bawaan virus. Syarikat itu memberi tumpuan untuk membangunkan lonafarnib untuk rawatan Virus Hepatitis Delta (HDV), bentuk paling teruk bagi hepatitis bawaan virus. Lonafarnib tidak diluluskan untuk sebarang indikasi. Program penyelidikan Eiger tertumpu kepada penemuan terapeutik dan penanda bio bermolekul kecil yang bersasaran untuk merawat serta memantau penyakit hati yang serius. Untuk maklumat lanjut tentang Eiger dan saluran penyelidikan dan pembangunannya (R&D), sila lawati www.eigerbio.com.
Pelabur: Jim Shaffer, Eiger BioPharmaceuticals, Inc., +1-919-345-4256, jshaffer@eigerbio.com