LONDON, 16 April 2015 /PRNewswire/ -- Hello Markets telah meningkat sejak penubuhan syarikat itu, dan perubahan terkini platform dagangannya telah mendatangkan hasil yang menggalakkan, terutamanya di China dan Eropah Timur.
Evolusi Semula platform Hello Markets yang memenangi anugerah termasuk beberapa ciri prabersepadu baharu yang mengujakan termasuk perkhidmatan bualan & e-mel proprietari, robot dagangan, isyarat, dagangan sosial, serta perisian pencartaan interaktif dengan petunjuk - antara lainnya. Kemas kini ini merupakan penambahan yang dialu-alukan bagi versi platform sebelumnya yang mana broker perlu melanggan setiap ciri secara berasingan melalui penyedia pihak ketiga dan kemudian menyepadukannya secara manual ke dalam platform tersebut.
Bahagian pentadbiran Hello Markets juga menyaksikan perubahan yang luas, memberikan broker dengan autonomi hampir sepenuhnya ke atas setiap aspek kumpulan pelanggan dan platform dagangan syarikat tersebut.
Berikutan Evolusi Semula platform dagangannya, Hello Markets kini mengalami perluasan yang besar di Eropah Timur. Syarikat tersebut kini memberi khidmat kepada 142 jenama, 24% daripadanya tertumpu kepada pasaran Asia dan Eropah Timur. Kebanyakannya diperoleh sebagai kesan langsung perubahan platform Hello Markets. Syarikat tersebut mengunjurkan peningkatan lanjut sebanyak 150% dalam portfolio pelanggan geografi ini menjelang penghujung 2015.
Jumlah dagangan keseluruhan bagi seluruh jenama label putih Hello Markets juga menyaksikan peningkatan besar sebanyak 420% sejak 2014. Ini sebahagian besarnya adalah hasil kematangan beberapa jenama label putih syarikat itu dan penukaran pelanggan baharu yang telah pun beroperasi dalam perniagaan selari.
Sebagai sebahagian daripada berita terkini Syarikat, Hello Markets juga mengumumkan pelantikan Hod Keret sebagai Ketua Pegawai Operasi baharu syarikat itu. Sejak Oktober 2014, En. Keret telah bertanggungjawab untuk menyelia operasi harian Syarikat, mengendalikan pertumbuhannya dan menyediakan Syarikat untuk menangani cabaran strategik dan sasaran pada masa akan datang. Sebelum ini, En. Keret memegang jawatan sebagai ahli lembaga Jawatankuasa Pelaburan Dana Lindung Nilai BNP Paribas Fortis dan Pengurus Kanan di jabatan dagangan proprietari bank tersebut. Sebelum peranan itu, En. Keret merupakan Pengurus Dana Lindung Nilai pendapatan tetap di GAM London Ltd.
Jeremy Dahan, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Markets, menyimpulkan: "Pelaburan kami dalam teknologi baharu ini mendatangkan hasil kerana kami menyaksikan pertumbuhan keseluruhan yang mengagumkan. Kami juga telah mengagihkan semula sumber kami dengan lebih pintar untuk mencapai sasaran kami dengan lebih berfokus dan cekap. Syarikat ini sedang menuju ke arah masa depan yang mengujakan dan penuh potensi."
London:
Khaled Slim
+44-2035140351
khaled@hello-markets.com
Limassol:
Wassim Khateeb
+35725030513
wassim@hello-markets.com
Sumber: Hello Markets