- Presiden CONCACAF Jeffrey Webb Dilantik Semula Tanpa Tentangan Untuk Penggal Kedua
NASSAU, Bahamas, 18 April 2015 /PRNewswire/ -- Persekutuan Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Caribbean (CONCACAF) hari ini meraikan Kongres Biasa mereka yang ke-30 dan Kongres Luar Biasa mereka yang ke-21 di Kepulauan Bahamas, mengesahkan pelantikan Presiden Jeffrey Webb untuk penggal kedua sambil memfokuskan kepada pembaharuan berterusan yang telah mengukuhkan organisasi mereka. Ahli-ahli lain bagi Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF turut dilantik.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199297
"CONCACAF kini – lebih berbanding sebelum ini – disatukan dengan satu wawasan," kata Presiden Webb, yang dilantik tanpa tentangan. "Kami mewakili rantau kami di pentas dunia dengan satu suara yang kuat dan bersatu. Sempadan yang tidak kelihatan yang mengekang kemajuan rantau ini selama puluhan tahun kini semakin pudar, dan kami sedang melihat tahap kejayaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam dan di luar padang permainan."
Mesyuarat itu, yang dihadiri perwakilan kesemua 41 Ahli Persatuan, menampilkan orang kehormat termasuk Presiden FIFA Joseph Blatter, Menteri Pelancongan Bahamas Obediah Wilchcombe, selain calon Presiden FIFA Putera Ali bin Al-Hussein, Luis Figo dan Michael van Praag.
"Apa yang membina kekuatan Persekutuan ini adalah perpaduan dan sifat setiakawan," kata Presiden Blatter, yang berkata CONCACAF patut menerima tempat keempat dalam Piala Dunia akan datang. "Untuk kepimpinan yang cemerlang ini, kami mengucapkan tahniah kepada Jeffrey Webb dan menyatakan penghargaan untuk Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF serta Ahli Persatuan."
Kongres itu turut mengesahkan perwakilan untuk menjawat pelbagai jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif CONCACAF dan FIFA:
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/199298
Kongres itu menyorot laporan yang memfokuskan kepada tahap pentadbiran CONCACAF yang semakin bagus serta kekuatan kewangan yang semakin meningkat, termasuklah:
Bidang tumpuan am Kongres itu adalah perpaduan dan demokrasi, sambil 41 Ahli Persatuan menyuarakan sokongan terbuka terhadap usaha Presiden Webb sepanjang tiga tahun lepas, sebelum melantik semula beliau untuk penggal seterusnya secara sebulat suara.
"Tiga tahun lalu, saya berkempen atas platform kesatuan, pembangunan, dan peningkatan, dengan janji untuk memajukan sukan kita serta menyatukan rantau dengannya. Ini semua merupakan matlamat yang terlalu bercita-cita tinggi – dan saya akui, mungkin mustahil dicapai – tanpa anda semua," kata Webb sewaktu menyampaikan ucapan beliau.
Tambahan lagi, Jawatankuasa Integriti CONCACAF, panel bebas yang menilai fungsi organisasi, melaporkan yang berikutan pengeluaran Laporan Penyiasatan, Persekutuan itu telah memenuhi lebih 30 pembaharuan yang disarankan yang diisytiharkan Jawatankuasa itu.
Melalui kelulusan sebulat suara Statut yang dipinda semasa Kongres Luar Biasa, CONCACAF turut mewujudkan kerangka kerja perundangan yang akan membenarkan pelaksanaan saranan yang diberikan sebelum ini serta pelaksanaan polisi pentadbiran yang patut.