- Paten ini adalah bagi teknologi yang dicipta oleh mendiang Dr. Praveen Chaudhari, penerima Pingat Teknologi dan Inovasi A.S., serta merangkumi teknologi bagi pelbagai aplikasi elektronik termasuk sel solar filem nipis, LED, TFT, FET, inverter solar dan juga peranti nanowire.
BRIARCLIFF MANOR, New York, 24 April 2015 /PRNewswire/ -- Solar-Tectic LLC ("ST") hari ini mengumumkan Pejabat Paten dan Tanda Niaga Amerika Syarikat (United States Patent and Trademark Office, USPTO) telah mengeluarkan paten utama (lebih 50 tuntutan) untuk pelbagai teknologi termasuk pertumbuhan filem semikonduktor kristal tunggal, bertekstur tinggi atau berbutir besar pada substrat yang tidak mahal, seperti kaca biasa. Teknologi tersebut telah dicipta oleh mendiang Dr. Praveen Chaudhari, pemenang Pingat Teknologi A.S. 1995 dan pemilik permohonan dalam pelbagai industri seperti solar, paparan serta LED.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150422/200409LOGO
Paten AS (12/774,465) bertajuk "Kaedah Menumbuhkan Kristal Tunggal Heteroepitaxial atau Filem Semikonduktor Berbutir Besar dan Peranti Di Atasnya" menerangkan teknik pertumbuhan filem nipis (TF) Wap-cecair-pepejal (VLS) terubah yang buat kali pertama membolehkan pemendapan suhu rendah bagi filem semikonduktor berkualiti tinggi daripada pelbagai bahan seperti silikon, germanium dan GaN, pada substrat yang tidak mahal.
Proses penumbuhan filem nipis menyerupai nanowire yang melibatkan aloi eutetik dan menjimatkan kos itu amat sesuai untuk aplikasi industri berskala besar dan dapat dijalankan menggunakan proses pemendapan biasa yang kini digunakan dalam pelbagai industri, seperti e-beam, CVD, dll.
Untuk sebarang pertanyaan umum atau untuk melesenkan teknologi tersebut, sila hubungi Carter Ledyard & Milburn LLP (davis@clm.com), +1-212-238-8850.
Latar Belakang Solar-Tectic LLC ("ST"): Solar-Tectic LLC merupakan pakar filem nipis dengan fokus utama terhadap membangunkan teknologi berpaten untuk filem semikonduktor kristal tunggal atau bertekstur tinggi pada kaca atau pita logam. Syarikat ini mempunyai portfolio yang luas bagi teknologi dan harta intelek (IP) dalam bidang ini, semuanya berasaskan ciptaan mendiang Dr. Praveen Chaudhari, saintis bahan dan pemenang Pingat Kebangsaan A.S. bagi Teknologi dan Inovasi (1995). Tahun lalu, beberapa kertas kajian telah diterbitkan untuk melaporkan kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk "Highly textured silicon [111] crystalline thin-film on buffered soda-lime glass by e-beam evaporation" oleh S. McMahon et al. dan "Crystalline Al203 on buffered soda-lime glass by e-beam" oleh A Chaudhari et al.