omniture

Swiff Umum Pensijilan EMV L2 Untuk Platfom Pembayaran Mudah Alih

SCCP Payment Services Holdings
2012-10-10 10:00 237

SINGAPURA, 10 Okt, 2012 /PRNewswire/ --

Penyelesaian perdagangan mudah alih label putih mengubah strategi pembayaran mudah alih oleh bank pada masa akan datang

Swiff, pembangun penyelesaian perdagangan mudah alih terjamin global, hari ini mengumumkan bahawa platform titik jualan mudah alihnya (mPOS)  sudah memperoleh pensijilan pematuhan Tahap 2 EMV ;  "standard emas" dalam pensijilan keselamatan pembayaran kad. Ini membolehkan bank dan pelanggan bank saudagar memperkenalkan pengalaman runcit baharu, dengan pembayaran terjamin secara mudah alih.

Sistem pembayaran yang memenuhi standard EMV  - yang biasanya dikenali sebagai "cip & pin (chip & Pin) - menjanjikan penambahbaikan dari segi keselamatan selain menangani kebimbangan dalam keseluruhan industri itu membabitkan pengesanan penipuan dan pencegahan. Mana-mana bank saudagar yang menggunakan peralatan yang diupayakan cip dan mematuhi standard EMV  serta proses, menikmati fi tukaran transaksi yang lebih rendah.   EMVCo  yang dimiliki bersama oleh Visa, MasterCard, American Express dan JCB - mengurus dan menguji serta meluluskan proses bagi pengesahan pematuhan dengan standard  EMV . Platform Swiff juga memperoleh Tahap 1, PCI DSS, standard tertinggi pensijilan pemprosesan pembayaran terjamin daripada Majlis Standard Keselamatan Industri Pembayaran Kad

"Kami membangunkan Swiff sejak dari peringkat permulaan lagi, dengan hasrat untuk meletakkan bank-bank dan para pelanggan daripada bank-bank saudagar, di tengah-tengah revolusi m-dagang terjamin," kata Jerome Cle, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas  SCCP Group. "Kami kini bergerak ke atas dunia tanpa tunai namun keselamatan mesti menjadi keutamaan dalam semua proses inovasi pembayaran. Atas sebab inilah kami sangat teruja untuk menyertai kelab elit para penyedia teknologi pembayaran mudah alih yang memperoleh pensijilan Tahap 2 EMV."

Mengulas mengenai impak perniagaan ke atas Swiff, Erik Host-Roness, Naib Presiden Eksekutif SCCP Group berkata , "Pengumuman mengenai pensijilan  EMV kami telah meningkatkan pemintaan untuk platform Swiff oleh bank-bank di Asia dan menjangkauinya memandangkan mereka memperakui pengalaman pembayaran yang lebih baik yang dapat meningkatkan kesetiaan dan perolehan. Para pelanggan dan bank saudagar di mana-mana sahaja kini oleh memperoleh teknologi baharu dengan penuh yakin, keselamatan tinggi serta kaedah pembayaran yang berkos lebih rendah selain memperoleh bayaran."

Beberapa negara di rantau Asia Pasifik - termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina - sudahpun menyelesaikan peralihan kepada penerimaan kad kredit dan debit yang dilengkapi cip.  "Sebagai syarikat teknologi pembayaran global yang sentiasa berusaha untuk membolehkan mata wang digital yang pantas, terjamin dan boleh dipercayai, Visa menyambut baik teknologi yang meningkatkan kesan penerimaan pembayaran tanpa tunai, dan standard keselamatan yang membantu memastikan ekosistem pembayaran terjamin," kata Encik Wei-Han Kim, Ketua Penerimaan Pembayaran,  Asia Tenggara, & Australia/New Zealand bagi Visa International. "Ini terbukti benar apabila ia disokong oleh pensijilan EMVCo, yang akan membantu memacu transaksi kad yang lebih terjamin di rantau ini, satu usaha yang sangat penting bagi membantu memastikan tahap penipuan pembayaran kekal pada paras rendah."

Maklumat lanjut boleh didapati di www.goswiff.com.

Maklumat Mengenai  SCCP Payment Services Holdings

SCCP Payment Services Holdings ialah pembangun global dalam teknologi m-dagang Diperbadankan pada tahun 2010, ia menghimpunkan sut penyelesaian pembayaran terjamin akhir ke akhir kepada pengeluar kad dan bank-bank saudagar yang menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia. Menggunakan teknologi hak milik unik dan berpaten dalam pemprosesan pembayaran  dan pengesahan, pelanggan

bank-bank dagang institusi kewangan dapat menugaskan penyelesaian pembayaran bersepadu. Beribu pejabat di Singapura,  SCCP menawarkan penyelesaian khusus m-dagang berlabel putih untuk para pelanggan di Asia Pasifik, Africa, Eropah dan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai

SCCP, sila layari kami di  www.sccpgroup.com

Untuk pertanyaan media, sila layari:
Liu Jiamin/Andrew Wong, ICON International Communications
sccp@iconinternational.com.sg, +65 6220 2623

SUMBER  SCCP Payment Services Holdings

Source: SCCP Payment Services Holdings
Keywords: Computer Software Electronic Commerce High Tech Security New products/services