omniture

Infosys (NYSE: INFY) Umumkan Keputusan Suku Tahun dan Tahun Berakhir 31 Mac 2015

Infosys
2015-04-27 16:25 232

CHENNAI, 27 April 2015 /PRNewswire-FirstCall/ --

  • Hasil tahun kewangan 2016 dijangka akan bertumbuh antara 10%-12% daripada segi kadar mata wang tetap
  • Nisbah pembayaran dividen meningkat sehingga 50% daripada keuntungan pascacukai berkuat kuasa tahun kewangan 2015
  • Pemberian bonus syer ekuiti 1:1 dan dividen saham 1:1 daripada Syer Depositori Amerika
  • EPS tahun kewangan 2015 bertumbuh sebanyak 15.0% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
  • Margin operasi berkembang sebanyak 190 nilai buku per syer dalam tahun kewangan 2015 menjadi 25.9%
  • Susutan tahunan setiap suku tahun untuk Infosys Limited berkurangan menjadi 13.4% dalam suku tahun keempat berbanding 23.4% dalam suku tahun pertama
  • Mengumumkan persetujuan muktamad untuk mengambil alih Kallidus Inc. (d.b.a Skava) dan melabur dalam Airviz

Sorotan Kewangan

Keputusan disatukan di bawah Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) untuk tahun dan suku yang berakhir 31 Mac 2015

Tahun berakhir 31 Mac 2015

  • Hasil berjumlah $ 8,711 juta untuk tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 7.1% dalam kadar mata wang tetap; 5.6% dalam kadar dilaporkan
  • Keuntungan bersih berjumlah $ 2,013 juta untuk tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 15.0% 
  • Pendapatan per syer (EPS) adalah $ 1.76 untuk tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 15.0% 

Suku tahun berakhir 31 Mac 2015

  • Hasil berjumlah $ 2,159 juta untuk suku tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 3.2%; Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah (2.6%) dalam kadar dilaporkan,
  • Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 7.8% dalam kadar mata wang tetap
  • Keuntungan bersih bernilai $ 498 juta untuk suku tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 2.3%; Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah (4.6%) 
  • Pendapatan per syer (EPS) adalah $ 0.44 untuk suku tahun berakhir 31 Mac 2015
    Pertumbuhan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah 2.3%; Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya adalah (4.6%) 
  • Aset cair termasuk tunai dan kesamaan tunai, aset kewangan yang ada untuk jualan, sijil deposit dan bon kerajaan bernilai $ 5,214 juta setakat 31 Mac 2015 berbanding $ 5,532 juta setakat 31 Disember 2014 dan $ 5,048 juta setakat 31 Mac 2014
  • Lembaga dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 24 April 2015 telah mempertimbangkan, meluluskan, dan menyarankan pemberian bonus sebanyak satu syer ekuiti bagi setiap ekuiti yang dipegang dan dividen saham sebanyak satu Syer Depositori Amerika (ADS) untuk setiap ADS yang dipegang, setakat tarikh yang direkodkan yang bakal ditentukan kelak
  • Polisi semasa syarikat itu adalah untuk membayar dividen sehingga 40% daripada keuntungan pascacukai. Lembaga telah membuat keputusan untuk meningkatkan nisbah pembayaran dividen sehingga menjadi 50% daripada keuntungan pascacukai berkuat kuasa pada tahun fiskal 2015
  • Lembaga Pengarah menyarankan dividen akhir bernilai INR 29.50 per syer untuk tahun fiskal 2015 (bersamaan dengan INR 14.75 per syer berkuat kuasa selepas pemberian bonus 1:1, jika diluluskan oleh pemegang saham). Ini bermakna dividen akhir sebanyak $ 0.47 per syer prabonus dan $ 0.24 per syer pascabonus (pada kadar tukaran USD-INR sebanyak 62.50)
  • Infosys membelanjakan $ 42 juta semasa tahun kewangan 2015 untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang terutamanya dilaksanakan melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya. Yayasan Infosys terlibat dalam beberapa program yang bertujuan untuk menghapuskan kebuluran, menggalakkan pendidikan, celik komputer, menambah baik kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong bidang seni dan membantu mereka yang serba kekurangan

Sorotan Lain 

  • Penambahan kasar kakitangan sebayak lebih 50,000 untuk tahun itu
  • Penggunaan (kecuali pelatih) bertambah 450 nilai buku per syer untuk tahun itu
  • Susutan tahunan setiap suku tahun menurun menjadi 13.4% untuk Infosys Limited semasa suku tahun keempat

"Kami lihat industri sedang melalui peralihan yang penting dan berstruktur. Walaupun berada dalam suku tahun yang mencabar, saya yakin dengan kejayaan awal semasa melaksanakan strategi Baharui Semula-Baharu kami, ke atas asas pembelajaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Dr. Vishal Sikka. "Inisiatif penglibatan kakitangan tertumpu kami dalam masa beberapa bulan lepas mampu membendung susutan kakitangan menjadi antara kadar terendah dalam tempoh masa kebelakangan ini. Selain itu, pelaburan kami dalam inovasi dan dalam memperbaharui semula kemampuan kami membantu meningkatkan hubungan bersama pelanggan kami."

"Pertumbuhan perkhidmatan bagi suku tahun keempat adalah lebih rendah daripada yang kami jangkakan, walaupun kami melihat pertumbuhan yang mantap dalam Finacle dan suite Edge kami. Peletakan harga terus berada di bawah tekanan kerana pengkomoditian dalam perniagaan khidmat luaran tradisional, yang memerlukan kami menggiatkan produktiviti melalui automasi, dan mempertingkat pembezaan kami dalam penglibatan yang besar," kata U.B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Operasi. "Namun begitu, kami berada dalam kedudukan yang bagus untuk mengusahakan pertumbuhan mantap yang menyeluruh dalam tahun fiskal baharu ini."

"Kami berjaya mempertingkat keuntungan semasa tahun itu walaupun kami membuat pelaburan ke atas kakitangan kami dan kawasan strategik lain. Kami berjaya mencapai semua ini kerana kecekapan pengendalian yang meningkat walaupun dalam persekitaran peletakan harga yang mencabar," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Tekal dengan objektif kami untuk meningkatkan pulangan pemegang saham, pihak Lembaga turut meluluskan peningkatan dalam nisbah pembayaran dividen sebanyak 50% daripada keuntungan pascacukai. Lembaga turut menyarankan pemberian bonus daripada syer ekuiti sebanyak 1:1 dan dividen saham daripada Syer Depositori Amerika sebanyak 1:1."

Prospek* 

Prospek syarikat itu (yang disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2016 di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka meningkat 10%-12% dalam kadar mata wang tetap;
  • Hasil dijangka akan bertambah 6.2%-8.2% dalam kadar USD

*

Kadar tukaran: AUD/USD - 0.76; Euro/USD - 1.08; GBP/USD - 1.48 untuk tahun fiskal 2016.

Sorotan Perniagaan 

Sambil kami mengusahakan dwistrategi kami untuk memperbaharui teras dan menginovasi ke arah sempadan baharu, kami menyaksikan penambahan pelanggan yang banyak semasa suku tahun ini. Kami turut mempertingkat pelaburan kami dalam teknologi baharu serta pendidikan bagi menggalakkan budaya pembelajaran dan kreativiti.

Pelanggan baharu 

  • ABN AMRO memilih kami sebagai salah satu rakan kongsi strategiknya bagi memacu perubahan perniagaan. Kami akan menyediakan perkhidmatan merentasi pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, ujian, dan pelaksanaan produk.
  • Western Union Financial Services memilih kami untuk projek sedia guna selama 11 tahun yang mana kami mengambil alih pemilikan sepenuhnya bagi memodenkan, menyelenggara, dan menyokong sistem penyelesaian seluruh dunianya
  • Kami diberikan kontrak berbilang tahun oleh House of Fraser (baru-baru ini diambil alih oleh Sanpower Group China), bagi menukarkan prasarana perniagaan dan IT berbilang saluran mereka

Frank Slevin, Pengerusi House of Fraser berkata, "Program ini akan membantu kami merealisasikan masa ke pasaran yang lebih pantas sambil kami mula menggunakan teknologi baharu dan maju bagi mempertingkat perniagaan berbilang saluran kami. Manfaat daripada program ini akan turut membenarkan kami mencapai matlamat perniagaan kami apabila kami berkembang ke peringkat global. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu membina hubungan strategik jangka masa panjang dengan Infosys."

  • Kami telah terpilih sebagai rakan kongsi strategik oleh peruncit fesyen Amerika bagi mengurus meja perkhidmatannya, prasarana, dan perkhidmatan sokongan aplikasinya. Penyelesaian ini akan memberikan pelanggan dengan penjimatan kos yang banyak, manfaat perniagaan terus dan kemampuan inovasi, lalu membolehkan mereka menumpukan kepada inisiatif perniagaan strategik.
  • Sebuah syarikat penghantaran segera global yang terkemuka telah memilih kami untuk memudahkan dan menukar aplikasi teknologinya. Sebagai sebahagian daripada penglibatan ini, kami akan menyediakan pembangunan aplikasi dan perkhidmatan penyelenggaraan, selain menyediakan teknologi digital bagi mengurangkan kerumitan dan kos, sambil meningkatkan penglibatan pelanggan.

Platform

Platform Maklumat Infosys (IIP) telah melihat kedudukan yang semakin kukuh dalam pasaran. IIP menunjukkan kemampuan kami untuk mencipta platform termaju dengan membawa bersama kepakaran domain, kebolehbelajaran, ekosistem sumber terbuka dan pasukan yang sangat bersemangat.

  • Syngenta, peneraju dunia dalam perniagaan pertanian, menghadapi cabaran prestasi aplikasi dalam Penyelesaian Laporan Pengurusan mereka kerana jumlah data yang sangat besar. Infosys melaksanakan Pembuktian Konsep menggunakan Platform Maklumat Infosys mereka untuk mempertingkat prestasi penyelesaian Laporan Pengurusan itu. IIP itu boleh menyuntik 19 Juta rekod dalam masa 6 minit berbanding selama lebih sejam untuk suntikan separuh juta rekod. Sama juga, IIP boleh melakukan laporan/navigasi papan pemula dalam masa kurang 5 saat berbanding lebih seminit dalam platform semasa mereka.
  • Syngenta, telah memanfaatkan kelebihan platform Automasi Infosys untuk mengautomasikan permintaan pengesahan pengguna SAP, seterusnya menjimatkan $1 juta setiap tahun kos pengendalian IT. Tambahan lagi, ini telah meningkatkan produktiviti pengguna melalui penutupan permintaan pengesahan yang pantas.
  • The Hershey Company, syarikat konfeksi global, melibatkan kami sebagai rakan kongsi strategik untuk perkhidmatan rundingan dan teknologi. Syarikat itu memilih Platform Maklumat Infosys (IIP) untuk menukarkan pelbagai data menjadi pengetahuan dan maklumat sambil ia mengutamakan pemahaman pengguna, pelanggan, pasaran, dan industri semasa membuat keputusan.

Carlos E. Amesquita, Ketua Pegawai Maklumat The Hershey Company, berkata, "Di terasnya, Hershey merupakan syarikat pengetahuan. Infosys dan platform IIP baharunya membawakan kemampuan dan kepantasan yang dipertingkat bagi mengambil set data, mengharmonikan dan menyambungkan semuanya bersama untuk menukarkan data berasingan menjadi pengetahuan dan maklumat yang boleh dilaksanakan."

Finacle

Finacle™ mengekalkan momentum perniagaannya dengan 23 pelanggan baharu dan 11 aplikasi berjaya guna dalam suku tahun ini. Discover Financial Services, sebuah syarikat perkhidmatan bank dan pembayaran langsung yang terkemuka di A.S., yang mengupah Finacle tahun lepas, meraih anugerah Celent Model Bank untuk program perubahan perbankan teras mereka. Sewaktu suku tahun itu, penilaian bebas untuk 1,000 buah bank dunia terbaik, menunjukkan bank-bank yang diperkasakan Finacle menikmati pulangan sebanyak 50 peratus lebih tinggi bagi aset, 30 peratus pulangan lebih tinggi bagi modal, dan 8.1 peratus kos kepada pendapatan yang lebih rendah berbanding yang lain. Kajian itu dilakukan oleh Feedback Business Consulting berdasarkan data yang diterbitkan oleh 'The Banker' untuk 1000 bank dunia terbaik[1].

  • Qantas Credit Union merupakan kejayaan pelanggan baharu yang signifikan untuk Finacle bagi suku tahun ini dalam pasaran Australia. Diminta bercakap tentang penglibatan itu, Scott King, Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Credit Union berkata, "Pendigitalan sedang mengubah persekitaran perbankan dengan pantas. Untuk bersaing dan kekal sama maju secara berkesan dengan permintaan ahli kami yang berubah, kami perlu menukarkan teknologi dan operasi kami. Selepas berbulan-bulan menjalankan penilaian yang menyeluruh, kami telah bekerjasama dengan Infosys. Saya yakin Infosys dengan platform Finacle mereka yang berjaya di seluruh dunia akan mencipta asas bagi kejayaan masa hadapan kami dan akan membantu kami memberikan perkhidmatan perbankan terbaik dalam kategorinya kepada ahli kami."

[1]

1000 bank dunia terbaik The Banker - http://www.thebanker.com/Top-1000-World-Banks

EdgeVerve

EdgeVerve telah melihat pertumbuhan daripada segi hasil dan kumpulan pelanggan. Kami mendapat 12 pelanggan baharu dan tiga aplikasi berjaya guna dalam suku tahun ini.

  • Syngenta dilancarkan dengan Sistem Pengurusan Peniaga TradeEdge untuk mengurus pengedar di dua buah negeri di India. Ini akan mula digunakan secara besar-besaran oleh para pengedar untuk negeri-negeri lain pada tahun hadapan.
  • Dua syarikat gergasi perkhidmatan kewangan utama A.S. memilih CreditFinanceEdge untuk menyokong sebahagian daripada portfolio global mereka. Sebuah syarikat telekomunikasi A.S. yang besar telah meningkatkan jejak AssistEdge mereka dan melangkah setapak lagi bagi membuat perubahan ke atas pusat hubungan pelanggan mereka, memperbaiki pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos perkhidmatan pelanggan. AssistEdge juga turut digunakan untuk automasi proses robotik bagi mempertingkat proses pengurusan pesanan untuk para pelanggan industri berteknologi tinggi.

Pengambilalihan, Pelaburan, dan Perkongsian

  • Pada suku tahun ini, kami telah menyelesaikan pengambilalihan Panaya, penyedia terkemuka bagi teknologi automasi. Suite CloudQuality™ Panaya akan membolehkan kami memanfaatkan automasi untuk beberapa aturan perkhidmatan kami melalui model SaaS yang tangkas, dan membantu menangani risiko, mengurangkan kos dan menyingkatkan masa ke pasaran untuk pelanggan.
  • Kami memeterai persetujuan muktamad bagi mengambil alih Kallidus Inc. (d.b.a Skava) dan syarikat sekutunya, penyedia terkemuka untuk penyelesaian pengalaman digital, termasuk perdagangan mudah alih dan pengalaman membeli-belah dalam kedai kepada pelanggan runcit besar. Pengambilalihan ini merupakan persetujuan tunai sepenuhnya untuk pertimbangan sejumlah $120 juta termasuk bonus pengekalan dan satu komponen tertangguh. Skava menyediakan platform dihoskan awan untuk laman sesawang mudah alih, aplikasi, dan pengalaman membeli-belah digital lain bagi telefon mudah alih, tablet, komputer, dalam kedai, dan semua saluran baharu kepada pelanggan runcit besar seluruh dunia. Platform itu membolehkan peruncit memberikan pengalaman terkhusus mudah alih kepada para pelanggan mereka melalui persekitaran yang tangkas dan luwes, membolehkan penyuaian khusus serta memberikan analitik pelanggan merentasi berbilang saluran.
  • Kami turut memeterai persetujuan muktamad untuk pelaburan peringkat awal sebanyak $ 2 juta dalam Airviz, untuk mengambil alih syer minoriti. Airviz merupakan syarikat baharu pemantauan kualiti udara persendirian dan syarikat sampingan Universiti Carnegie Mellon. Pelaburan ini dibuat daripada Dana Inovasi sebanyak $ 500 juta yang dikhususkan untuk pelaburan dalam teknologi baharu pemecah pasaran, dan meletakkan kami dalam kedudukan sebagai kuasa pemacu dalam pasaran pemantauan kesihatan persendirian yang semakin berkembang pesat dengan penyelesaian data besar yang menyediakan pengesanan dan penggambaran pencemaran udara dalam bangunan. Airviz Speck, pemantau zarah halus yang berpatutan, dengan menggunakan teknologi yang sedang menunggu kelulusan paten daripada Universiti Carnegie Mellon, boleh memperkasa individu dan masyarakat untuk memahami serta mengenal pasti bahaya kesihatan yang berkaitan dengan kualiti udara.
  • Usaha strategik kami untuk menggalakkan falsafah pemikiran rekaan dalam organisasi diteruskan. Setakat ini, lebih 25,000 orang kakitangan dalam syarikat telah dilatih dalam pemikiran rekaan. Kami turut mewujudkan kursus latihan pemikiran rekaan untuk kakitangan baharu di Pusat Pendidikan Global Infosys di Mysore. Lebih 22,000 orang pelatih dijangka menjalani latihan ini dalam tahun kewangan 2016. Satu aspirasi penting adalah untuk melanjutkan kemampuan strategik ini kepada para pelanggan kami. Dalam suku tahun ini, kami berjaya melaksanakan lebih 20 penglibatan pemikiran rekaan bersama para pelanggan kami dan maklum balas daripada mereka adalah sangat menggalakkan.

Bercakap tentang penglibatan RWE AG baru-baru ini dengan Infosys untuk pemikiran rekaan, Peter Terium, Ketua Pegawai Eksekutif RWE AG berkata, "Syarikat kami, malahan keseluruhan industri kami, berada dalam situasi perubahan besar-besaran. Melihat kepada skala pemecahan pasaran, RWE telah memilih untuk meluaskan pandangan bagi menginovasi lebih baik dari dalam lagi semasa kami memulakan perjalanan inovasi kami lebih dua tahun lalu. Dalam perjalanan perubahan ini, baru-baru ini juga RWE telah menerima sokongan daripada rakan kongsi jangka masa panjang kami, Infosys. Infosys membantu kami untuk menghidupkan kemampuan mengujakan ini di tempat pengendalian RWE di Lembah Silikon. Interaksi kami dengan Infosys bagi Pemikiran Rekaan sudah pun memberikan nilai hebat dengan meningkatkan kebarangkalian bagi apa yang kami sangka mampu dilakukan. Melalui hubungan unik mereka dengan d.Global dan fakulti yang bersekutu dengan Stanford d.school, Infosys membantu kami mempercepat proses pembelajaran kami dan memperkukuh kreativiti serta usaha untuk meraih kecemerlangan yang sudah menjadi bahagian yang penting dalam RWE. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat perkongsian strategik dan kolaboratif yang semakin meningkat antara syarikat kami di Lembah Silikon dan di seluruh Dunia."

Kami turut bekerjasama dengan beberapa universiti seperti East China Normal University, University of California, Irvine dan University of Wisconsin-Madison, yang merupakan universiti penyelidikan utama dalam bidang seperti pangkalan data selari besar-besaran, data besar, dan pengurusan simpanan. Kami akan bekerjasama rapat dengan semua universiti ini, memanfaatkan kepakaran mereka, melaksanakan projek bersama, dan mengesahkan sistem moden ini bagi kes penggunaan dalam industri dan beban kerja. Kolaborasi ini akan mempertingkat kepakaran dan produk kami (seperti IIP) secara signifikan dalam bidang yang berkembang pantas seperti data besar, kepintaran buatan, pengkomputeran memori dalam, serta simpanan teragih, di samping mempercepat penggunaan inovasi ini dalam kalangan pelanggan perusahaan kami.

Dana Inovasi 

Pada suku tahun ini, Infosys mengumumkan penubuhan 'Dana Menginovasi di India' daripada Dana Inovasi mereka yang bernilai $ 500 juta. Dana Menginovasi di India berjumlah $ 250 juta (INR 1,550 karor) akan dikhususkan untuk pelaburan dalam syarikat-syarikat India baharu yang mempunyai masa hadapan cerah. Syarikat-syarikat ini akan dimasukkan ke dalam ekosistem rakan kongsi strategik sedunia yang sedang kami wujudkan.

Sebagai sebahagian daripada dana Inovasi Infosys, kami mengumumkan pelancaran Inkubator Infosys. Inkubator ini akan membantu mengenal pasti, menggalakkan dan mengembangkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam teknologi inovasi, baharu, dan pemecah pasaran yang boleh membantu perniagaan kami, serta mencipta bidang pertumbuhan masa hadapan. Dengan memandu dan memberi tunjuk ajar kepada perniagaan ini sejak awal, kami berharap dapat diberi giliran pertama untuk memilih inovasi baharu yang kami boleh bawa ke pasaran dan skalakan, seterusnya meningkatkan kemungkinan daya maju serta kejayaan masa panjang untuk syarikat baharu yang terlibat.

Selain Perniagaan

Pada tahun fiskal ini, Infosys memperuntukkan INR 254 karor untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang kebanyakannya dilaksanakan melalui Yayasan Infosys, cabang amalnya.

Untuk suku tahun berakhir 31 Mac 2015, Infosys dan anak-anak syarikatnya mendermakan $ 11 juta dan $ 42 juta kepada Yayasan Infosys serta kepada program Spark-IT.

Sewaktu suku tahun ini, Persatuan untuk Pemesinan Pengkomputeran (ACM) dan Yayasan Infosys mengumumkan Dan Boneh sebagai penerima Anugerah Yayasan ACM-Infosys 2014 dalam kategori Sains Pengkomputeran. Anugerah itu mengiktiraf sumbangan Boneh yang melangkaui kebiasaan terhadap kemajuan kriptografi berasaskan pemasangan dan penggunaannya dalam penyulitan berasaskan identiti. Anugerah Yayasan ACM-Infosys meraikan inovasi terkini dan tercanggih oleh para saintis muda serta pembangun sistem dalam bidang pengkomputeran. Pembiayaan daripada Yayasan Infosys memberikan bantuan kewangan kepada anugerah tahunan bernilai $ 175,000 itu.

Latar Belakang Infosys Ltd 

Infosys merupakan peneraju global dalam khidmat runding, teknologi, khidmat luaran dan perkhidmatan generasi akan datang. Kami membolehkan pelanggan, di lebih 50 buah negara, kekal selangkah di hadapan trend perniagaan yang baru muncul dan mengatasi pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berkembang dalam dunia yang berubah dengan menghasilkan bersama penyelesaian canggih yang menggabungkan maklumat strategik serta kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan berjumlah AS$ 8.25 bilion dan lebih 165,000 orang kakitangan, membantu perusahaan memperbaharui syarikat mereka sambil mencipta saluran baharu untuk menjana nilai.

Kenyataan Selamat

Sesetengah kenyataan dalam siaran media tentang prospek pertumbuhan akan datang kami ini merupakan kenyataan jangkaan tentang jangkaan perniagaan akan datang kami yang bertujuan untuk layak menjadi 'kenyataan selamat' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang mungkin mengakibatkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan sedemikian. Risiko dan ketidakpastian berkaitan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan ketat dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang mungkin memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan gaji di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan ahli-ahli profesional berkemahiran tinggi, lebihan masa dan kos tentang kontrak berharga tetap, berangka masa tetap, kepadatan pelanggan, sekatan ke atas imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, permintaan berkurangan untuk teknologi dalam bidang fokus utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk menyempurnakan dan menyepadukan pengambilalihan berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk kerosakan terhadap kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mana Infosys telah menjalankan pelaburan strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, sekatan perundangan terhadap mengumpul modal atau mengambil alih syarikat di luar India, serta penggunaan tanpa kebenaran harta intelek kami dan keadaan ekonomi umum yang memberi kesan kepada industri kami. Risiko tambahan yang mungkin memberi kesan kepada hasil operasi akan datang kami diterangkan dengan lebih lanjut dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat kami termasuk Laporan Tahunan pada Borang 20-F bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014 dan Borang-borang 6-K untuk suku berakhir 30 Jun 2014, 30 September 2014 dan 31 Disember 2014. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Infosys mungkin, dari masa ke masa mengeluarkan kenyataan jangkaan tambahan secara lisan dan bertulis, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa siaran media ini adalah bertarikh 24 April 2015 dan sebarang kenyataan jangkaan yang terkandung di sini adalah berdasarkan tanggapan yang kami yakin adalah munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan yang mungkin diwujudkan dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan ia dituntut oleh undang-undang.

Infosys Limited dan anak-anak syarikat

Kunci Kira-kira Interim Disatukan Belum Diaudit setakat

(Dalam juta dolar kecuali data syer ekuiti)



31 Mac 2015

31 Mac 2014

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesamaan tunai

4,859

4,331

Aset kewangan sedia untuk dijual

140

367

Pelaburan dalam sijil deposit

-

143

Kebolehterimaan dagangan

1,554

1,394

Hasil belum dibil

455

469

Prabayaran dan aset semasa lain

527

440

Alat kewangan terbitan

16

36

Jumlah aset semasa

7,551

7,180

Aset bukan semasa



Harta tanah, loji, peralatan

1,460

1,316

Muhibah

495

360

Aset tidak ketara

102

57

Pelaburan dalam Sekutu

15

-

Aset kewangan sedia untuk dijual

215

208

Aset cukai pendapatan tertangguh

85

110

Aset cukai pendapatan

654

254

Aset bukan semasa lain

38

37

Jumlah aset bukan semasa

3,064

2,342

Jumlah aset

10,615

9,522

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Kebolehterimaan dagangan

22

29

Alat Kewangan Terbitan

-

-

Liabiliti cukai pendapatan semasa

451

365

Deposit pelanggan

4

6

Hasil tidak diperoleh

168

110

Kewajipan faedah kakitangan

171

159

Peruntukan

77

63

Liabiliti semasa lain

927

792

Jumlah liabiliti semasa

1,820

1,524

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh

25

11

Liabiliti bukan semasa lain

8

54

Jumlah liabiliti

1,853

1,589

Ekuiti



Modal syer- INR 5 ($0.16) nilai tara 1,200,000,000 (600,000,000) syer ekuiti diluluskan, dikeluarkan dan diterbitkan 1,142,805,132 (571,402,566), nilai bersih 5,667,200 (2,833,600) syer perbendaharaan setakat 31 Mac 2015 (31 Mac 2014), masing-masing

109

64

Syer premium

659

704

Perolehan tertahan

10,090

8,892

Komponen ekuiti lain

(2,096)

(1,727)

Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat

8,762

7,933

Kepentingan bukan mengawal

-

-

Jumlah ekuiti

8,762

7,933

Jumlah liabiliti dan ekuiti

10,615

9,522

 

Infosys Limited dan anak-anak syarikat

Penyata Pendapatan Menyeluruh Interim Disatukan Belum Diaudit

(Dalam juta dolar kecuali data syer dan data syer per ekuiti) 



Tiga bulan 

Tiga bulan 

Tahun 

Tahun


berakhir 

berakhir 

berakhir 

berakhir


31 Mac 

31 Mac 

31 Mac 

31 Mac


2015

2014

2015

2014

Hasil

2,159

2,092

8,711

8,249

Kos jualan

1,317

1,318

5,374

5,292

Untung kasar 

842

774

3,337

2,957

Perbelanjaan operasi:





Perbelanjaan jualan dan pemasaran

118

104

480

431

Perbelanjaan pentadbiran 

169

136

599

547

Jumlah perbelanjaan operasi

287

240

1,079

978

Untung operasi 

555

534

2,258

1,979

Pendapatan lain, bersih 

141

139

560

440

Syer dalam keuntungan/(kerugian) sekutu

-

-

-

-

Untung sebelum cukai pendapatan 

696

673

2,818

2,419

Perbelanjaan cukai pendapatan 

198

186

805

668

Untung bersih 

498

487

2,013

1,751

Pendapatan menyeluruh lain Item yang tidak akan dikelaskan mengikut keuntungan atau kerugian:





Ukuran semua liabiliti/(aset) faedah yang ditakrif bersih 

(2)

(10)

(8)

-

Item yang mungkin akan dikelaskan semula selepas itu mengikut keuntungan atau kerugian:





Perubahan nilai adil untuk aset kewangan sedia dijual 

(2)

(3)

14

(17)

Perbezaan pertukaran untuk pertukaran pengendalian asing 

53

228

(375)

(616)

Jumlah pendapatan menyeluruh lain, bersih cukai 

49

215

(369)

(633)

Jumlah pendapatan menyeluruh

547

702

1,644

1,118






Keuntungan diagihkan kepada:





Pemilik syarikat 

498

487

2,013

1,751

Kepentingan bukan mengawal 

-

-

-

-


498

487

2,013

1,751






Jumlah pendapatan menyeluruh diagihkan kepada:





Pemilik syarikat

547

702

1,644

1,118

Kepentingan bukan mengawal 

-

-

-

-


547

702

1,644

1,118






Perolehan per syer ekuiti(*)





Asas ($) 

0.44

0.43

1.76

1.53

Dicairkan ($)

0.44

0.43

1.76

1.53






Syer ekuiti purata berwajaran yang digunakan dalam menghitung pendapatan per syer ekuiti(*)





Asas 

1,142,805,132

1,142,805,132

1,142,805,132

1,142,805,132

Dicairkan 

1,142,833,626

1,142,805,132

1,142,821,470

1,142,805,132


* Diselaraskan mengikut pengeluaran bonus 1:1 pada Disember 2014

NOTA:

  1. Kunci Kira-kira interim Disatukan dan Penyata Pendapatan Menyeluruh interim Disatukan belum diaudit untuk tiga bulan dan tahun berakhir 31 Mac 2015 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 24 April 2015
  2. Lampiran Fakta yang memaparkan metrik operasi syarikat boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com

Siaran Media IFRS-INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/Infosys_INR_press_release.pdf

Lampiran Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/Infosys_Fact_sheet.pdf

Hubungi:

Hubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91 80 3980 1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Hubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91 80 4156 3373
Sarah_Gideon@Infosys.com

John Gallagher
Brunswick Group untuk Infosys, AS
+1 415 316 8060
jgallagher@brunswickgroup.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Earnings Earnings projections or forecasts