omniture

Holcim Mengautomasi Perkhidmatan Logistik dengan Perisian LOGiQ Schenck Process

Schenck Process GmbH
2015-04-28 00:35 187

DARMSTADT, Jerman, 28 April 2015 /PRNewswire/ --

- 18 lokasi simen bagi projek logistik Eropah Timur dirangkaikan dan dipiawaikan

Holcim, salah satu pengeluar simen terbesar dunia, telah mengoptimumkan proses penghantaran berautomasinya serta teknologi penimbangannya di kilang-kilang Eropah Timur dalam langkah untuk menjadi sebuah kilang pintar. Sejak awal tahun ini, perisian logistik LOGiQ oleh Schenck Process telah mengautomasi semua proses dan pengurusan data yang berkaitan dengan perkhidmatan penghantaran untuk 14 lokasi syarikat itu iaitu bermula dari Slovakia ke Bulgaria. Empat lokasi lain kini dalam proses untuk disambungkan dengan sistem automasi penghantaran yang amat mudah didapati itu. Ini termasuklah semua Pengangkutan Luar-, Pengangkutan Dalam- dan AFR oleh trak, kereta api, mahupun kapal laut.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150423/740622-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150423/740622-b )

LOGiQ generasi baharu digunakan oleh pengeluar simen

Bermula dengan proses mengilang hingga ke kilang konkrit atau terus kepada pelanggan: Kunci kejayaan projek pembinaan bergantung kepada penghantaran simen yang lancar. Dengan LOGiQ generasi baharu ini, pengeluar simen dapat merangkaikan, mengurus, dan mendokumenkan semua peringkat intralogistiknya melalui Internet dan teknologi Web 2.0. Ia pantas, cekap, dan paling penting sekali, tidak rentan terhadap manipulasi. LOGiQ memendekkan masa menunggu, memanfaatkan masa dengan sebaiknya dan membantu menjimatkan bahan mentah.

Proses penghantaran berautomasi menghubung saling komponen perkakasan dan perisian baharu dengan yang sedia ada di samping turut bergantung kepada perangkaian kepintaran tempatan. Semua komponen utama modul perkakasan dan perisian daripada portfolio LOGiQ kini digunakan di 18 lokasi Holcim. LOGiQ mengawal sistem pengurusan aliran kerja daripada penerimaan pesanan kepada pencetakan nota penghantaran secara automatik melaui bahasa tempatan pelanggan Holcim. Setiap urus niaga berkaitan tempat penghantaran, pengadun dan penimbang, terminal pengendali, serta ruang punggah dicatat dalam log, disimpan, dan juga diarkibkan. Semua pesanan itu dilaporkan dengan lancar kepada sistem ERP (SAP) tanpa sebarang keciciran.

LOGiQ membangunkan kilang pintar

Pengeluar simen itu telah menetapkan wawasan yang bercita-cita tinggi untuk menyatukan semua proses perniagaan di seluruh Eropah. Dengan bantuan LOGiQ dan pasukan di Schenck Process, fasa di Eropah Timur sudah hampir disempurnakan dengan jayanya. "Kami menuju ke arah yang betul dalam membangunkan kilang pintar," kata Ionut Grosu, Ketua Automasi dan Elektrik, Organisasi Sokongan Rantau Eropah Baru Muncul. Penyelesaian terautomasi ini mengendalikan lebih 10,000 pesanan pengangkutan secara lancar untuk 14 lokasi dalam bulan Januari sahaja, iaitu pada bulan ia mula dilancarkan.

Maklumat Lanjut: http://www.schenckprocess.com/press/product-releases/Holcim-automates-logistics-services-with-Schenck-Process-LOGiQ-software

Wakil Media:
Schenck Process Holding GmbH
Martina Seefeld
Darmstadt, Jerman
T +49-61-51-1531-3128
press@schenckprocess.com

Sumber: Schenck Process GmbH

Source: Schenck Process GmbH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Transportation