omniture

SYSPRO Software Raih Anugerah Stevie(R) Emas melalui Anugerah Stevie Asia Pasifik 2015

SYSPRO Software Pty Ltd
2015-04-28 10:45 105

HONG KONG, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- SYSPRO Software telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Stevie® Emas dalam kategori Penyelesaian Pengurusan Rantaian Bekalan di Anugerah Stevie Asia Pasifik tahunan kedua yang berlangsung hari ini.

Anugerah Stevie Asia Pasifik merupakan satu-satunya program anugerah perniagaan yang mengiktiraf pencapaian di tempat kerja untuk 22 buah negara di rantau Asia Pasifik. Anugerah Stevie dianggap sebagai anugerah perniagaan premier dunia, memberikan pengiktirafan bagi pencapaian dalam program-program seperti Anugerah Perniagaan Antarabangsa untuk lebih sedekad.

Lebih 400 pencalonan daripada pelbagai organisasi di seluruh rantau Asia Pasifik telah dipertimbangkan tahun ini dalam kategori seperti Syarikat Terbaik Tahunan, Eksekutif Terbaik Tahunan dan Laman Sesawang Terbaik Tahunan. SYSPRO Software telah berjaya meraih anugerah bagi kategori Penyelesaian Pengurusan Rantaian Bekalan.

Shaun Butler, Ketua Pegawai Eksekutif SYSPRO untuk rantau Asia Pasifik berkata; "Anugerah ini milik semua di SYSPRO Software yang telah bekerja dengan ketekunan dan komitmen bersungguh-sungguh bagi memahami keperluan serta permintaan para pelanggan Asia Pasifik kami. Pengurusan projek yang amat kompleks dan permintaan bekalan, sambil mengekalkan prestasi teknikal adalah penting bagi memenuhi jangkaan tersebut." Beliau meneruskan; "Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada perniagaan lain yang telah memenangi anugerah Stevie pada 2015."

Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa telah dipilih oleh lebih 50 eksekutif di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam penghakiman pusingan pertama yang berlangsung pada Mac dan April. Panel hakim antarabangsa kedua akan memilih pemenang Stevie Utama daripada kalangan penerima anugerah Emas pada bulan Mei. Para pemenang Stevie Utama akan diumumkan pada bankuet bertarikh 5 Jun di Shanghai.

Latar Belakang SYSPRO Software

Ditubuhkan pada 1978, SYSPRO menyediakan perisian perniagaan dalam premis dan berasaskan awan untuk para pelanggan di lebih 60 buah negara. SYSPRO dan rangkaian penyedia kemudahannya telah memperoleh kepercayaan syarikat dalam pelbagai sektor industri dengan mewujudkan perisian serta perkhidmatan perancangan sumber perusahaan (ERP) yang menggabungkan kemudahan penggunaan dengan keterlihatan maklumat yang beraneka dan juga proses perniagaan.

Latar Belakang Anugerah Stevie®

Anugerah Stevie disampaikan dalam enam program: Anugerah Stevie Asia Pasifik. Dengan memberi penghormatan kepada organisasi pelbagai jenis dan saiz serta mereka yang berada di sebalik organisasi tersebut, anugerah Stevie mengiktiraf prestasi hebat di tempat kerja di seluruh dunia. Pelajari lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com.

Hubungi:

Jo Burnett
Nombor Telefon: +61-2-9870-5555
E-mel: info@au.syspro.com

Source: SYSPRO Software Pty Ltd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards