omniture

Syarikat Teknologi Perubatan Utama Bekerjasama Tubuhkan Persatuan Industri Asia Pasifik Fokus untuk Memajukan Penjagaan Pesakit

Asia Pacific Medical Technology Association
2015-04-28 15:55 227

SINGAPURA, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, syarikat-syarikat utama dalam industri teknologi perubatan mengumumkan mereka telah menubuhkan Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed), yang berfokuskan untuk memajukan penjagaan pesakit. Persatuan tersebut akan menambah baik akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk para pesakit melalui kerjama dengan kerajaan, penggubal dasar, dan pemegang kepentingan lain untuk menghasilkan penyelesaian inovatif dan bersama membentuk masa depan penjagaan kesihatan di rantau ini.

Syarikat-syarikat ahli terdiri daripada Abbott, Baxter, B. Braun, BD (Becton Dickinson and Company). Boston Scientific, Cardinal Health, GE Healthcare, Johnson & Johnson, Medtronic, Philips, Siemens, Stryker dan Zimmer. APACMed ditubuhkan untuk menangani keperluan yang tidak dipenuhi dua pertiga populasi dunia yang tinggal di rantau ini.

"Matlamat kami adalah untuk mewakili kumpulan pelbagai yang terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi perubatan dan persatuan-persatuan industri di rantau Asia Pasifik," kata Vladimir Makatsaria, Pengerusi APACMed. "Ini merupakan kali pertama kami menggabungkan usaha kami untuk memacu akses, inovasi serta kolaborasi bagi tujuan memberi manfaat kepada para pesakit di Asia Pasifik. Kami mengalu-alukan syarikat-syarikat teknologi perubatan dan persatuan-persatuan yang mempunyai wawasan yang sama untuk menyertai kami."

APACMed akan berusaha memberi kesan kepada dasar-dasar yang memajukan akses pesakit kepada penjagaan kesihatan berkualiti. Persatuan ini akan terlibat dalam bidang-bidang utama seperti persekitaran pengawalseliaan, piawaian dan kepatuhan perniagaan beretika, serta akan membantu industri menggalakkan inovasi dan juga pembangunan bakat di rantau ini. Selain itu, ia akan berusaha ke arah pembangunan lestari produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan khidmat kesihatan rantau ini yang belum dipenuhi.

"Dengan landskap bidang kesihatan yang dinamik, kerjasama lebih besar diperlukan untuk menangani cabaran kesihatan bersama dalam cara yang inovatif," kata James Lim Leong Ching, Ahli Lembaga dan Presiden, Asia Besar, BD. " Kami ingin menjadikan teknologi yang moden, inovatif dan andal tersedia untuk para pesakit di Asia Pasifik," tambah beliau.

Bagi merealisasikan wawasan ini, APACMed telah melantik Fredrik Nyberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan itu, untuk bekerja dengan industri dan rakan-rakan kerjasamanya untuk menonjolkan nilai inovasi dalam teknologi perubatan, menggalakkan pengharmonian pengawalseliaan, menggalakkan kelestarian, serta menubuhkan kod etika sukarela.

"Saya gembira dapat menyertai APACMed sebagai CEO," kata Fredrik Nyberg. "Sebagai ahli komuniti khidmat kesihatan global, merupakan tanggungjawab kami untuk memastikan pesakit mendapat akses kepada penyelesaian kesihatan yang paling inovatif dan dapat mengubah kehidupan. Harapan kami adalah APACMed akan menjadi suara yang menyatukan bagi industri peranti perubatan dan diagnostik in vitro di Asia Pasifik."

En. Kevin Lai, Pengarah Eksekutif, Perniagaan Sains dan Pengguna Bioperubatan, Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) Singapura berkata, "Banyak syarikat peranti perubatan utama telah menubuhkan ibu pejabat serantau mereka selain pusat inovasi di Singapura. Kami mengalu-alukan penubuhan APACMed di Singapura dan kami yakin ia akan mengukuhkan usaha industri peranti perubatan dalam memacu inovasi serta pembangunan bakat bagi memenuhi keperluan khidmat kesihatan di rantau ini dengan lebih baik."

Mulai 9-11 Disember, APACMed akan menganjurkan Forum Teknologi Perubatan Asia Pasifik di Singapura. Maklumat lanjut tentang acara ini akan tersedia tidak lama lagi.

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang APACMed, sila lawati http://www.apacmed.org.

Latar Belakang Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed)

APACMed merupakan persatuan industri, yang ditubuhkan untuk mewakili pengeluar dan pembekal inovatif peranti perubatan dan diagnostik in vitro, persatuan-persatuan industri dan lain-lain pemegang kepentingan utama yang terlibat dengan industri teknologi perubatan di Asia Pasifik. Industri ini kian berkembang pada kadar tahunan kira-kira 10% dan dijangka mencecah A.S. $ 71 bilion tahun ini.

Wakil Media

Srikant Ramaswami
Pejabat: +65 6827 6035
Telefon Bimbit: +65 9771 6478
E-mel: sramaswa@its.jnj.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150422/8521502487LOGO

Source: Asia Pacific Medical Technology Association
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements