omniture

DocDoc Bersedia Menjadi Syarikat Pelancongan Perubatan Terkemuka Dunia

DocDoc
2015-04-28 17:00 165

SINGAPURA, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- DocDoc, platform penemuan doktor terbesar Asia, hari ini mengumumkan pemuktamadan pusingan pembiayaan Siri A mereka. Syarikat itu mengumpulkan sejumlah S$11.5 juta bagi mempercepat pertumbuhannya merentasi rantau tersebut dan untuk mengukuhkan kadar penembusan pasarannya. DocDoc memproses ribuan janji temu pesakit setiap bulan dan kini beroperasi di Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Hong Kong, Korea Selatan dan India. Pengumuman ini dibuat semasa InnovFest unBound 2015, iaitu sebuah festival inovasi paling menarik di Asia. DocDoc merupakan salah satu daripada tiga buah syarikat yang akan diperkenalkan pada acara tersebut, hari ini.

"Kami teruja dengan pemuktamadan pusingan pembiayaan Siri A kami dan mengalu-alukan pelabur luar biasa kepada keluarga DocDoc. Khususnya, kami rasa beruntung kerana mempunyai pemimpin begitu berkaliber seperti En. Raymond Choong Yee How, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Leong Financial Group. Kami juga dengan sukacitanya mengalu-alukan SparkLabs Global Ventures (http://www.sparklabsglobal.com/) ke dalam pusingan ini. Kedua-dua kumpulan memberikan nilai hebat kepada DocDoc sambil kami mengukuhkan kedudukan kami dalam rantau ini sebagai syarikat penemuan doktor dan maklumat perubatan terkemuka Asia," kata Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif DocDoc, En. Cole Sirucek. "Menjadi seorang usahawan memang memerlukan usaha keras, dan saya berbangga dengan keseluruhan pasukan di DocDoc. Dedikasi dan komitmen mereka tanpa mengenal erti penat lelah demi meraih kecemerlangan memungkinkan hari ini menjadi kenyataan."

"DocDoc berada dalam kedudukan yang paling sempurna untuk membina syarikat peneraju global dari Singapura. Asia Tenggara kini merupakan pusat dunia untuk pelancongan perubatan, jadi sudah tentulah enjin pencarian doktor yang terkemuka di dunia akan diasaskan di sini. Matlamat kami adalah untuk membantu Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan pelancongan perubatan mereka dengan memasarkan skala, skop, dan kecanggihan kemudahan perubatan rantau ini secara berkesan," tambah Sirucek lagi.

En. Raymond Choong Yee How, Presiden Hong Leong Financial Group berkata, "Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada pelaburan dalam DocDoc ini. Perluasan penggunaan teknologi maklumat akan mengubah bidang penjagaan kesihatan dan kami yakin DocDoc berada dalam kedudukan yang tepat untuk menjadi peneraju, jika melihatkan pertumbuhan dinamiknya dalam serata rantau ini."

En. Jay McCarthy, Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi SparkLabs Global Ventures turut menyatakan, "SparkLabs sangat teruja dapat menyertai pusingan pelaburan kali ini dan untuk bekerjasama dengan kumpulan usahawan berbakat bagi membina syarikat yang luar biasa. DocDoc merupakan sebuah syarikat yang tiba tepat pada masanya sambil pengguna semakin bergantung kepada internet untuk mencari maklumat relevan bagi memilih pakar perubatan mereka. Lebih-lebih lagi, pasukan di DocDoc menunjukkan kemampuan mereka dengan jelas untuk dilaksanakan merentasi berbilang pasaran. Kami menjangkakan ini akan memberi pulangan besar."

Latar Belakang DocDoc:

DocDoc ditubuhkan untuk mengubah pengalaman penjagaan kesihatan pesakit melalui ketelusan dalam proses penemuan doktor.

Kami menyediakan perkhidmatan percuma yang membolehkan pesakit mencari para profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan dan boleh dipercayai serta memahami kepentingan klinikal mereka, subpengkhususan, menilai kelayakan akademik dan pencapaian mereka, dan membuat janji temu melalui mana-mana peranti terhubung internet atau menerusi khidmat bahagian rencam kami.

DocDoc ditubuhkan oleh ahli-ahli profesional veteran daripada industri penjagaan kesihatan dan teknologi serta dibiayai oleh antara pelabur teknologi paling berjaya dalam rantau ini. Antara pelabur kami adalah: 500 Startups (firma modal teroka terkemuka di Lembah Silikon yang diketuai oleh Dave McClure, dahulunya bersama PayPal dan Facebook), serta Michael Brehm (Pengasas Rebate Networks, Pelabur Perniagaan DailyDeal yang telah diambil alih oleh Google, brands4friends yang diambil alih oleh eBay dan juga scoreloop yang diambil alih oleh RIM). Pelabur-pelabur terkemuka lain termasuklah William Hawkins, (mantan Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Medtronic), Koh Boon Hwee (mantan Pengerusi DBS bank, Singtel dan Singapore Airlines), Yoh-Chi Lu (Pengasas dan Pengerusi Biosensors International) serta Hyder Ahmed (Ketua Pegawai Eksekutif Broadpeak Investments).

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.docdoc.com

Hubungi: Angie Soh, Pembantu Tadbir, +65-6690-3348, atau e-mel: service@docdoc.com

Latar Belakang Heong Leong Group:

Hong Leong Group merupakan penyedia utama perkhidmatan kewangan melalui anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu Hong Leong Financial Group Berhad.

Syarikat-syarikat Perkhidmatan Kewangan Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan kewangan berspektrum luas -- perbankan komersial, perbendaharaan, insurans, perbankan pelaburan, pasaran modal, broker saham, dan pengurusan aset di serata Malaysia, Singapura, Tanah Besar China, Hong Kong, Vietnam dan Kemboja. Berpusat di Kuala Lumpur, produk dan perkhidmatan kami diedarkan melalui pelbagai saluran pengedaran.

Wawasan kami adalah untuk menjadi kumpulan perniagaan kewangan bersepadu yang sentiasa memenuhi keperluan para pelanggan kami. Matlamat kami adalah untuk menjadi peneraju dalam industri perkhidmatan kewangan; pemimpin dalam setiap pasaran tempat kami beroperasi.

Latar Belakang SparkLabs Global Ventures:

SparkLabs Global Ventures merupakan dana pelaburan peringkat awal. Kami percaya perniagaan kini sudah menjadi benar-benar sejagat, tetapi kebanyakan pelabur tidak begitu. Usahawan hebat yang membina syarikat yang kukuh dan terulung dalam kelasnya boleh ditemui di mana-mana sahaja. SparkLabs Global merupakan pasukan usahawan dan pengendali yang sangat berpengalaman yang berpangkalan di London, Tel Aviv, Seoul, Singapura, Hong Kong dan Palo Alto, California yang akan memberi tumpuan bagi membantu usahawan kita membangunkan, mengembangkan, membina rangkaian, dan memasuki pasaran lain di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.sparklabsglobal.com.

Hubungi:

Bernard Moon, Pengasas Bersama, +1-650-454-5244
Atau Jay McCarthy, Pengasas Bersama, +65-9363-1699

Logo - http://www.prnasia.com/sa/2013/06/10/20130610183548515466.jpg

Source: DocDoc
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Restructurings/recapitalizations