omniture

Nespresso Bawakan Pengguna Vienna Pengalaman Kedai Kopi Premium Baharu dengan Nespresso Cafe Pertamanya

Nestle Nespresso SA
2015-04-28 23:35 188

VIENNA, 28 April 2015 /PRNewswire/ -- Konsep berbeza termasuk penyelesaian runcit inovatif untuk lebih kemudahan pengguna 

Nespresso, perintis dan rujukan untuk kopi berbahagian seluruh dunia, melancarkan Nespresso Cafe pertama di Mariahilferstrasse yang terkenal pada hari ini, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan katerer makanan premium DO&CO. Konsep butik kafe ini menggabungkan kedai kopi premium dengan perkhidmatan bawa pulang menerusi Nespresso Cube, kemudahan runcit berautomasi untuk pembelian mudah sarung kopi Nespresso, membawakan pengalaman mewah yang eksklusif dan terperibadi kepada para pengguna.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150424/740707-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150424/740707-b )

"Nespresso Cafe merupakan yang terkini dalam perancangan inovasi runcit dan perkhidmatan kami. Ia merupakan perlambangan sebenar jenama kami. Bukan sahaja pengguna dapat mengalami pengalaman Nespresso, mereka juga akan dapat membeli kopi Grand Cru kami melalui butik berautomasi kami, Nespresso Cube," kata Jean-Marc Duvoisin, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Nespresso SA. "Kerjasama kami dengan DO&CO amat melengkapi daripada segi kepakaran mereka menyediakan kepakaran makanan super premium untuk memperkayakan pengalaman tersebut."

Terus berinovasi dalam arena runcit dan perkhidmatan 

Nespresso Cafe menawarkan penggemar kopi dengan peluang unik untuk menikmati pengalaman Nespresso premium dengan rentak mereka sendiri. Gabungan sempurna rekaan estetika dengan teknologi canggih, Nespresso Cafe menampilkan bahan berkualiti tinggi dengan pencahayaan elegan serta muzik lembut untuk menyediakan suasana yang menenangkan dan diolah unik. Pengguna dapat merasai kopi Nespresso Grand Cru dan rangkaian lebih 20 resepi kopi tetap dan bermusim yang menarik, disediakan oleh barista berkemahiran, yang turut bersedia berkongsi pengetahuan luas mereka tentang kopi berkualiti tertinggi Nespresso. Kopi ini disumberkan daripada 1 hingga 2% kopi terbaik dunia yang berpadanan dengan keperluan kualiti dan profil aroma kami yang ketat.

Pelanggan juga boleh menikmati seleksi unik hidangan yang menyelerakan dan manis, seperti salad, makarun dan pastri, yang dihasilkan khas untuk Nespresso Cafe serta disesuaikan pada setiap masa, sepanjang hari.

Nespresso Cafe juga menyediakan pilihan makanan dan minumannya untuk dibawa pulang bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna Nespresso yang sibuk dan keinginan untuk menikmati kopi Nespresso kegemaran mereka sambil bergerak.

Kemudahan runcit yang canggih

Nespresso Cafe turut menampilkan inovasi runcit terkini syarikat itu: Nespresso Cube yang disepadukan, pertama di Austria. Cube itu, yang telah berjaya dilaksanakan di lima buah negara lain pada 2013 dan 2014, merupakan butik berautomasi yang menawarkan 23 kopi Grand Cru atau Edisi Terhad jenama itu serta menyediakan sebarang pesanan berbilang produk terperibadi dalam beberapa saat hasil daripada sistem pengambilan pesanan menggunakan robot yang canggih.

Nespresso Cube mengandungi sehingga 48,000 kapsul, atau 4,800 sarung, kesemua kopi Nespresso Grand Cru serta mampu menyediakan khidmat kepada dua orang pelanggan pada masa yang sama. Sementara Ahli Kelab dapat membeli kapsul tersebut menggunakan kad Nespresso Club mereka, semua pengguna dapat mengakses butik itu dengan hanya menggunakan kad kredit.

Sebagai sebahagian komitmen kelestarian kami, tempat pengumpulan turut disediakan dalam Nespresso Cafe untuk pengguna memulangkan kapsul yang telah digunakan untuk dikitar semula. Lebih 1200 tempat pengumpulan kini tersedia di seluruh Austria.

Nespresso Cafe melambangkan langkah terkini syarikat itu dalam memperkenalkan perkhidmatan inovatif baharu yang disesuaikan untuk kehidupan kontemporari serta kecenderungan beli-belah, dan juga bagi memenuhi keinginan pengguna untuk kemudahan dan pilihan, sambil menyediakan pengalaman premium yang luar biasa.

Nespresso Cafe akan dibuka 7 hari seminggu (Isnin-Jumaat 7pg-8mlm ; Sabtu 8pg-7mlm ; Ahad 9pg-6ptg).

Gambar-gambar boleh didapati di sini (tab 'perkhidmatan'):
http://www.nestle-nespresso.com/media/library/pictures

Latar Belakang Nestle Nespresso SA 

Nestle Nespresso SA merupakan perintis dan rujukan untuk kopi premium berbahagian berkualiti tertinggi. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Nespresso beroperasi di 62 buah negara dan mempunyai lebih 10,500 orang kakitangan. Pada 2014, ia mengendalikan rangkaian runcit global lebih 400 butik eksklusif. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang korporat Nestle Nespresso: http://www.nestle-nespresso.com.

Latar belakang runcit Nespresso

Sejak tahun 2000, Nespresso telah membuka lebih 400 butik di seluruh dunia, menawarkan pengguna dengan jenama unik dan pengalaman kopi premium yang berfokuskan inovasi, kemudahan dan pilihan peribadi. Nespresso memperkenalkan ruang Pemilihan Sendiri dalam butiknya, bermula pada 2010, untuk membolehkan pengguna, yang sudah pun biasa dengan jenama itu, untuk membeli-belah mengikut masa mereka sendiri dan membayar dengan automatik menggunakan teknologi RFID (pengenalpastian frekuensi radio). Pada tahun yang sama, Nespresso memperkenalkan meja 'Pick-Up' untuk membolehkan pengguna yang kesuntukan masa mengambil produk yang dipesan lebih awal dengan mudah. Selain rangkaian butiknya, Nespresso menyediakan pemesanan 24/7 melalui platform e-dagangnya dan Pusat Perhubungan Pelanggannya yang membolehkan pelanggan memesan sebarang produk Nespresso dan menerima nasihat daripada pakar kopi berdedikasi melalui telefon.

Hubungi
Diane Duperret
Pengurus Perhubungan Awam Korporat, Nestle Nespresso
+41-21-796-92-89
Diane.Duperret@nespresso.com

Sumber: Nestle Nespresso SA

Source: Nestle Nespresso SA
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Joint ventures New products/services