SAINT PETERSBURG, Rusia, 29 April 2015 /PRNewswire/ --
Dalam sistem pembayaran menggunakan kad pada masa kini, unsur yang paling lemah dalam sistem tersebut adalah kad pembayaran fizikal itu sendiri. Maklumat yang dikodkan di dalam kad pembayaran adalah hasil kombinasi pita magnetik dan cip elektronik, yang mana keselamatan kedua-dua ciri ini sangat mudah diceroboh melalui pelbagai kaedah elektronik.
Kad pembayaran yang baru dicipta ini merupakan satu keping plastik putih jernih yang tidak mempunyai pita magnetik, cip atau mana-mana komponen biasa lain yang digunakan untuk mengekod maklumat elektronik.
Semasa proses pembuatan kad baharu ini, bahan bersaiz nano, yang mampu menyerap spektrum tenaga dan penyinaran yang luas dalam spektrum yang boleh dilihat, dicampur dengan serbuk polimer. Salah satu daripada bahan-bahan tersebut dikenali sebagai titik kuantum. Pencipta ini juga telah mencipta peralatan untuk tujuan pengeluaran industri titik kuantum, yang tahan pada persekitaran yang agresif.
Dalam proses mencairkan jisim plastik ini, titik kuantumnya disebarkan pada seluruh cecair lebur dalam cara yang rawak dan tidak diulang. Setelah kad baharu ini siap, koordinat ruang bagi setiap titik kuantum didaftarkan dan seterusnya disimpan pada pelayan yang selamat. Apabila kad tersebut diimbas, corak geometrinya dipadankan dengan corak sebenar yang disimpan pada pelayan untuk mengesahkan kad tersebut.
Kaedah perlindungan ini boleh dikelaskan sebagai mutlak.
Walaupun dengan bantuan mikroskop kuasa atom moden, telah dihitung bahawa, apabila kuantiti titik kuantum yang sama disalin pada skala dokumen pembayaran bersaiz kad, tempoh yang diperlukan adalah sangat panjang hingga tidak terhitung lamanya.
Teknologi kuantum seterusnya membuka era baharu bagi melindungi pasport – iaitu dokumen pengenalan negara. Data tentang semua rakyat di dunia dapat disimpan pada pelayan yang selamat dengan mudah, dan ini menyediakan satu lagi langkah maju ke arah penyatuan piawaian serta proses di peringkat global.
Tarikh keutamaan ciptaan itu telah direkodkan oleh pejabat paten A.S. pada 7 November 2014. Penyatuan paten Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memberikan tarikh ini sebagai keutamaan dalam bidang kuasa di 142 buah negara.
Ramai pakar dalam bidang harta intelek telah menyatakan pandangan mereka, ciptaan ini boleh dikatakan sebagai ciptaan terunggul pada abad ini.
Prototaip sistem ini yang berfungsi lengkap telah pun dihasilkan, termasuk peranti membaca dan unit pemprosesan komputer.
Pencipta teknologi ini, Victor Petrik, merupakan salah seorang saintis-pencipta yang paling misteri pada zaman ini. Victor Petrik bertanggungjawab untuk empat penemuan saintifik, dua monograf saintifik dan merupakan pereka kepada banyak ciptaan yang dilindungi oleh paten di 52 buah negara di seluruh dunia.
Sumber: Holding Golden Formula
Khidmat akhbar, Timofey Khrilev, art_pi@mail.ru, +79119299539