SAINT EMILION, Perancis, 1 Mei 2015 /PRNewswire/ --
Le Dragon de Quintus, merupakan lambang penuh magis bagi ladang wain yang hebat ini, dan juga merupakan nama wain kedua Chateau Quintus. Ia dilambangkan oleh sebuah patung yang mengagumkan dan gah, bersesuaian dengan figura mitos sang naga. Patung itu dipasang di tapak yang dahulunya menempatkan Tour de Guet di Quintus.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7510151-chateau-quintus-le-dragon-de-quintus/
Lokasi istimewa hartanah itu berada di atas tanjung tinggi, yang dahulunya menempatkan sebuah menara tinjau untuk melindungi kampung Saint-Emilion, telah mengilhamkan nama ladang wain itu. Ia turut melambangkan kepastian bahawa Quintus mempunyai persekitaran penghasilan wain yang benar-benar hebat, ibarat harta yang perlu dilindungi.
Mitos barat memperihalkan naga sebagai makhluk yang amat bijaksana, pelindung yang dianugerahkan daya penglihatan yang sangat baik. Sebagai penjaga kawasan penghasilan wain yang hebat, berlatar panorama yang terbentang seluas mata memandang, naga merupakan simbol yang telah sebati dalam sejarah estet tersebut. Oleh itu, ia telah dipilih untuk melambangkan Chateau Quintus dan memberikan namanya kepada wain kedua. Sebuah patung naga kini dipasang di tengah-tengah estet tersebut, seolah-olah kembali ke habitat asalnya.
Diilhamkan Putera Robert de Luxembourg, Presiden Quintus SAS dan Domaine Clarence Dillon, serta dihasilkan oleh pengukir patung haiwan terkemuka Mark Coreth, Le Dragon de Quintus telah turun dari langit untuk memerhatikan takdir estet ini sepanjang zaman.
Lambang Quintus juga mengimbau satu lagi haiwan lambang bangsawan yang dekat dengan Saint-Emilion, yang ditampilkan dalam perisai kampung itu: seekor harimau bintang emas yang membawa sebilah pedang perak.
Hampir 4 tahun diperlukan untuk menyiapkan Naga ini, yang berdasarkan saiznya menjadikannya salah satu ukiran gangsa terbesar mewakili tema ini: 4m50 tinggi, lebih 6m lebar, hampir 3m panjang, dengan berat 2 tan. Faundri HVH, terletak di kampung kecil Horni Kalna di persekitaran indah Bohemia Timur, membuat ukiran gangsa menggunakan teknik gantian lilin. Bagi saiz, bentuk dan kedudukan sayapnya, Mark Coreth menggunakan pengalaman beliau sebagai juruterbang untuk membayangkannya.
Andai ia bukan diperbuat daripada gangsa, Le Dragon de Quintus pasti dapat terbang dengan mudah.
"Menghasilkan naga untuk Quintus telah mengambil masa empat tahun yang dipenuhi pengembaraan, bermula perlahan dengan idea serta rekaan, kemudian mengusahakannya kepada hasil akhir. Naga ini tidak dibuat berdasarkan sebarang imej atau tradisi selain imaginasi saya dan Putera Robert. Saya telah mengambil begitu banyak pengalaman yang saya perolehi semasa berkelana dan mengukir hidupan liar di lapangan lalu menggabungkannya ke dalam satu ciptaan."
SUMBER Domaine Clarence Dillon