-- Peneraju Industri dalam Kategori Produk Pelancongan Juvenil Teruskan Pembangunan Jenama dan Inovasi Keselamatan melalui Kerjasama Baharu
CHICAGO dan SEATTLE, 8 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Winona Capital dan Diono hari ini mengumumkan Winona Capital, sebuah firma ekuiti swasta berpangkalan di Chicago, telah melakukan pelaburan mengawal strategik dalam Diono, peneraju bagi produk juvenil yang selamat, inovatif dan berkualiti tinggi. Kerjasama baharu itu akan membolehkan Diono terus membangunkan produk baharu dan inovasi yang menetapkan piawaian untuk keselamatan dalam industri.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150507/214675LOGO
"Diono teruja dengan bab baharu dalam sejarah kami. Kami telah menjadi penginovasi sejak awal lagi, dan kami akan terus membawakan produk hebat untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang menjadikan pelancongan selamat serta mudah," nyata Brad Keller, Presiden Diono. "Melalui kerjasama kami dengan Winona Capital, Diono akan meningkatkan usahanya dalam pembangunan dan pengedaran produk untuk membawakan rangkaian produk yang selamat,bersesuaian dan bergaya dengan lebih luas kepada para pengguna di seluruh dunia."
"Diono telah menunjukkan kepimpinan yang hebat dalam membangunkan produk yang menjaga keselamatan kanak-kanak, dan mereka mempunyai rekod keselamatan yang mengagumkan sebagai hasilnya," kata Jason Starr, Prinsipal di Winona Capital. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Brad dan pasukannya untuk membantu Diono berkembang serta meneruskan misi pelancongan yang selamat untuk kanak-kanak."
ROTH Capital Partners berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Diono dalam urus niaga tersebut.
Latar Belakang Diono
Diono menyediakan untuk keluarga pengalaman pelancongan yang selamat dan menyeronokkan dengan produk yang memenangi anugerah. Dengan lebih sedekad pengalaman, Diono meneruskan warisan kecemerlangan termasuk penerimaan lebih 100 Anugerah Antarabangsa daripada kumpulan industri dan pengguna bagi keselamatan serta rekaan teliti tempat duduk kereta dan juga aksesori pelancongan. Diono beribu pejabat di Seattle dengan enam buah pejabat seluruh dunia di Kanada, Jerman, United Kingdom, Perancis, Hong Kong dan China. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.diono.com
Latar Belakang Winona Capital
Winona Capital menyediakan modal pemerolehan dan pertumbuhan kepada perniagaan barangan dan khidmat pengguna dalam pasaran pertengahan rendah. Winona bekerjasama dengan para eksekutif yang bersemangat dan bertenaga yang berkongsi fokus untuk membina jenama hebat dengan pertumbuhan berterusan dalam ufuk pelaburan jangka panjang. Winona Capital mengurus lebih $300 juta bagi pihak pejabat keluarga dan pelabur institusinya. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.winonacapital.com.