HONG KONG dan MIAMI, 11 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Penyedia IPMI Now Health International (http://nowhealth-bestdoctors.com) hari ini mengesahkan pelabur mereka, The Primary Group, bergantung kepada kelulusan yang berkenaan, telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Best Doctors Insurance, sebuah penyedia insurans perubatan utama dengan edaran di seluruh Amerika Latin, Caribbean dan Kanada.
Urus niaga itu akan mewujudkan cadangan IPMI khusus tahap tertinggi global dengan produk, pengedaran dan geografi komplementari selain prinsip perkhidmatan kualiti yang dikongsi. Operasi proforma itu akan meliputi empat benua, dengan 12 pejabat jualan/perkhidmatan, lebih 100,000 ahli, lebih 300 orang kakitangan dan lebih 5,000 rakan edaran.
Now Health merupakan salah satu penyedia penyelesaian IPMI paling pesat berkembang untuk Ekspatriat Global, Individu Bernilai Bersih Tinggi dan Perusahaan Bersaiz Kecil dan Sederhana di seluruh Asia, Timur Tengah dan Eropah. Pada masa ini, Now Health tidak mempunyai operasi di Amerika. Dengan usia hanya empat tahun dan lebih 130 tahun pengalaman pengurusan IPMI yang kolektif, Now Health telah mempunyai pejabat di UK, Dubai, Hong Kong, Singapura, Shanghai serta Beijing, manakala pejabat di Jakarta dan juga Abu Dhabi akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Best Doctors Insurance yang berpangkalan di Bermuda, dengan beberapa buah pusat perkhidmatan di Miami, Guayaquil (Ecuador) dan Toronto, dimiliki oleh Best Doctors Inc. (Boston, MA) yang mana perniagaan terasnya berfokuskan kepada penggunaan teknologi inovatif untuk menyediakan perkhidmatan pendapat perubatan kedua - membantu syarikat-syarikat korporat utama dan syarikat-syarikat insurans mendapatkan diagnosis serta rawatan yang tepat untuk kakitangan dan juga ahli mereka. Best Doctors Insurance telah menjadi penyedia insurans perubatan utama yang khusus selama lebih 20 tahun, memberi khidmat terutamanya kepada individu Bernilai Bersih Tinggi dan Ekspatriat Global yang tinggal di seluruh Amerika Latin, Caribbean dan Kanada. Ahli-ahli mereka menghargai kebolehan untuk mengakses rangkaian luas kemudahan kesihatan tempatan dan antarabangsa.
"Ini merupakan urus niaga yang sangat saling melengkapi untuk Now Health International dan pelabur kami, Primary Group, memandangkan Best Doctors Insurance akan mengisi ruang besar dalam strategi pasaran membangun global kami. Lama kelamaan, apabila kedua-dua operasi bergabung untuk menyampaikan skala dan kecekapan lebih besar, ahli-ahli, pengedar dan kakitangan kami akan menerima manfaat paling banyak. Kami semua amat teruja tentang kemungkinan yang dibawakan oleh cadangan ini ke pasaran," kata Martin Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif, Now Health International.
Nota untuk Editor:
Apa itu Insurans Perubatan Persendirian Antarabangsa ("IPMI")
Pada awalnya merupakan subset bagi sektor insurans kesihatan persendirian tempatan, IPMI berkembang menjadi segmen nic tersendiri dengan hanya segelintir penyedia yang mampu menyediakan penyelesaian BERGERAK, RENTAS SEMPADAN, BAYARAN BALIK PERUBATAN & PEMINDAHAN untuk individu yang sentiasa melakukan perjalanan di peringkat global serta syarikat-syarikat multinasional. Kebolehan menawarkan pilihan lokasi kepada para pelanggan, pelbagai penyedia perubatan yang berkualiti dan alternatif rawatan pesakit masuk/keluar/harian selain mengurus tuntutan dengan lancar dalam pelbagai mata wang, merupakan perkara asas yang membezakan IPMI daripada sektor insurans kesihatan tempatan awalnya.
Latar Belakang Now Health International
Salah satu daripada pakar penyedia IPMI yang pantas berkembang di peringkat global, Now Health memulakan khidmatnya pada Januari 2011 dan kini mempunyai beberapa cawangan di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Singapura, Indonesia, UK dan Dubai. Now Health memenuhi keperluan Ekpatriat Global, Individu HNW, SME dan Syarikat-syarikat Korporat kecil. Now Health mempunyai ahli-ahli yang berada di lebih 195 buah negara di serata dunia.
Latar Belakang Best Doctors Insurance
Ditubuhkan pada pertengahan tahun 1990an, Best Doctors Insurance memanfaatkan khidmat asalnya sebagai penyedia pakar untuk perkhidmatan pendapat perubatan kedua, menjadi salah satu daripada penyedia insurans kesihatan antarabangsa yang terkemuka di Amerika Latin, Caribbean dan Kanada. BDIL memenuhi keperluan terutamanya untuk keperluan penjagaan kesihatan Ekpatriat Global dan Individu HNW di seluruh rantau ini.
Latar Belakang Best Doctors, Inc.
Ditubuhkan pada 1989 oleh pakar-pakar perubatan Sekolah Perubatan Harvard, Best Doctors bekerjasama dengan lima peratus doktor terbaik, dinilai oleh ulasan rakan sejawat yang adil, bagi membantu orang ramai mendapat diagnosis dan rawatan yang betul. Syarikat penyelesaian kesihatan global yang telah berkembang dengan mempunyai 30 juta ahli di serata dunia ini menggunakan kebolehan teknologi tercanggih bagi memberikan keputusan kesihatan yang dipertingkat di samping mengurangkan kos.