BANGALORE, 12 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Vizury dan adjust hari ini mengumumkan penyepaduan mereka bagi membolehkan pengukuran prestasi dan pencirian untuk kempen penyasaran semula pengguna aplikasi Vizury. Vizury, sebuah firma pemasaran dan penyasaran semula prestasi terulung, membantu lebih 200 jenama seluruh dunia mencapai pulangan pelaburan (ROI) pemasaran mereka. adjust merupakan sebuah platform perisikan perniagaan terkemuka untuk pemasar aplikasi mudah alih, menggabungkan pencirian untuk sumber-sumber pengiklanan dengan analitik termaju serta statistik gedung.
"Pembelian dalam talian hari ini bergerak pantas terhadap saluran aplikasi mudah alih dan dengan itu penyasaran semula pengguna merupakan pendekatan berkuasa bagi jenama untuk mendorong ROI mudah alih mereka. Platform pengukuran mudah alih adjust membolehkan mekanisme pengukuran dan pencirian yang canggih untuk kempen penyasaran semula aplikasi mudah alih kami, memberikan perisikan perniagaan yang hebat untuk para pelanggan kami. Selain itu, jenama yang bersepadu dengan adjust akan dapat memilih penyelesaian penyasaran semula tanpa SDK kami," kata Shiju Mathew, Ketua Produk – Mudah Alih di Vizury.
"Kami percaya pencirian berpusatkan pengguna merupakan kunci kepada pengukuran dan analitik tepat yang penting untuk perniagaan hari ini. Kami berbesar hati dapat memberikan Vizury kapasiti pengukuran dan analitik mudah alih tambahan, serta teruja untuk menyediakan pengukuran aplikasi bernilai dan juga statistik untuk kempen Vizury," kata Simon Kendall, Ketua Komunikasi di adjust.
Penyelesaian penyasaran semula mudah alih Vizury membantu jenama-jenama menarik pengguna yang telah meninggalkan laman sesawang dan aplikasi mudah alih mereka dengan iklan terperibadi pada laman sesawang serta aplikasi mudah alih lain termasuk Facebook.
Latar Belakang Vizury:
Vizury, sebuah firma pemasaran dan penyasaran semula prestasi terulung, membantu pemasar mendapatkan pelanggan menggunakan penyelesaian pemasaran terperibadi merentasi saluran. Ditubuhkan pada 2008, kami bekerjasama dengan beberapa jenama paling terkenal di lebih 40 buah negara merentasi industri seperti pelancongan & hospitaliti, e-dagang, penjagaan kesihatan, kereta dan iklan. Tersenarai dalam Deloitte APAC Tech Fast500 selama dua tahun berturutan (2013 & 2014), Vizury merupakan antara syarikat pertama di Asia yang dinamakan sebagai Rakan Pemasaran Facebook dengan pengkhususan FBX serta Rakan Platform Penyasaran Semula Twitter.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www. vizury.com.
Ikuti Vizury di LinkedIn atau di Twitter @vizuryonetoone .
Latar Belakang Adjust
adjust merupakan sebuah syarikat pencirian dan analitik mudah alih dari Berlin dengan beberapa cawangan di San Francisco, Istanbul, Tokyo serta Shanghai. Platform perisikan perniagaan mereka membolehkan pemasar aplikasi mengenal pasti sumber pengguna mereka yang paling bernilai. Merupakan Rakan Pengukuran Mudah Alih Facebook rasmi, adjust bersepadu dengan lebih 500 rangkaian. Para pelanggan mereka termasuklah Uber, Spotify dan Viacom.
Wakil Media:
Namrutha Ramanathan
+91-9663323583
namrutha.ramanathan@vizury.com
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140612/10100042-a