Di hartanah Conrad Hotels & Resorts, Hilton Hotels & Resorts, DoubleTree by Hilton dan Hilton Garden Inn di seluruh Asia Tenggara
SINGAPURA, 12 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hilton Worldwide hari ini mengumumkan promosi pertengahan tahun "Terokai Asia dengan Potongan Sehingga 30%" yang akan memberikan pelancong lebih banyak dorongan untuk menerokai keajaiban Asia Tenggara bagi menikmati pengalaman istirehat, membeli-belah dan pengalaman menjamu selera. Mulai 11 Mei hingga 30 Jun 2015, tetamu dapat menempah dan berjimat sehingga 30% bagi kadar bayaran penginapan di hartanah Hilton Worldwide yang mengambil bahagian di destinasi bandar dan pantai popular yang terletak di Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka serta Maldives.
Melalui "Terokai Asia", Hilton Worldwide ingin memberi inspirasi kepada mereka yang bercuti untuk melawati destinasi mengujakan di Asia Tenggara dan pulang dengan memori paling indah. Para tetamu boleh menjadi peneroka bandaraya di Thailand dan Singapura, serta menemui khazanah tersorok di pasar vintaj di Bangkok, atau membeli-belah di gedung membeli-belah bertaraf dunia di Orchard Road serta kawasan Marina Bay. Mereka juga boleh menjadi peneroka budaya tempatan dan berlayar melalui perahu sungai di Hanoi, atau menikmati juadah tempatan yang menyelerakan di Malaysia. Daripada percutian romantik hingga percutian keluarga, para tetamu digalakkan memanfaatkan tawaran pertengahan tahun ini untuk berkongsi detik-detik istimewa bersama insan tersayang di pantai-pantai indah di Phuket, Hua Hin mahupun Maldives.
Para tetamu harus membuat tempahan mereka mulai 11 Mei hingga 30 Jun 2015, dan menyempurnakan penginapan mereka antara 14 Mei dan 31 Oktober 2015 di mana-mana hartanah yang mengambil bahagian dalam portfolio Hilton Worldwide di Asia Tenggara. Tawaran istimewa ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari tempahan awal dengan prabayaran yang tidak boleh dipulangkan, dan tertakluk kepada kekosongan.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini atau untuk membuat tempahan, lawati en.hiltonhoteldeals.com/southeastasia.
Latar Belakang Hilton Worldwide
Hilton Worldwide (NYSE: HLT) merupakan sebuah syarikat hospitaliti terkemuka di peringkat global, merangkumi sektor penginapan daripada hotel dan resort mewah serta khidmat penuh kepada suit penginapan panjang dan juga hotel berfokuskan khidmat. Selama 95 tahun, Hilton Worldwide telah berdedikasi untuk meneruskan tradisinya bagi menyediakan pengalaman tetamu yang luar biasa. Portfolio syarikat itu merangkumi dua belas jenama global bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 4,350 hotel diurus, difrancais, dimiliki dan disewa serta hartanah perkongsian masa, dengan lebih 720,000 buah bilik di 94 buah negara serta wilayah, termasuk Hilton Hotels & Resorts, Waldorf Astoria Hotels & Resorts, Conrad Hotels & Resorts, Canopy by Hilton, Curio - A Collection by Hilton, DoubleTree by Hilton, Embassy Suites Hotels, Hilton Garden Inn, Hampton Hotels, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat ini turut mengurus program kesetiaan pelanggan yang memenangi anugerah, Hilton HHonors®. Lawati news.hiltonworldwide.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton Worldwide di facebook.com/hiltonworldwide, twitter.com/hiltonworldwide, youtube.com/hiltonworldwide, flickr.com/hiltonworldwide, serta linkedin.com/company/hilton-worldwide.
HUBUNGI:
Joyce Moo
Hilton Worldwide -- Asia Pasifik
+65-6833-9703
joyce.moo@hilton.com