omniture

Pepsi®, Usher Dan UrtheCast Bekerjasama Bagi Mencipta Kembara Filem Penuh Epik

PepsiCo
2015-05-12 20:00 206

PURCHASE, New York, 12 Mei 2015 /PRNewswire/ -- #PEPSICHALLENGE – Dalam usaha yang pertama seumpamanya, Pepsi® akan menghasilkan dan menerbitkan sebuah filem pendek yang akan turut memasukkan rakaman daripada UrtheCast, sistem video Berdefinisi Ultra Tinggi berwarna penuh yang pertama di dunia yang terletak di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), yang memaparkan pengguna Pepsi dari seluruh dunia dan memanfaatkan kemahiran sutradara kreatif dan penuh seni penghibur yang lapan kali memenangi anugerah Grammy, Usher. Sebagai sebahagian daripada kempen Pepsi® Challenge™ tahun ini, filem pendek cemerlang itu menggabungkan video, muzik, teknologi, dan penceritaan, bersama pengguna Pepsi seluruh dunia yang turut memainkan peranan dalam pengalaman itu.

Video - https://youtu.be/YNgpaMM6Fz4

Video - http://youtu.be/uNBu37YjtFE

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150508/214898

"Pada satu tahap, cita-cita filem pendek ini memang tidak tercapai akal kerana ia merupakan lakon layar asli yang mempunyai rakaman luar angkasa yang sebenar," kata Frank Cooper III, Ketua Pegawai Pemasaran, Penglibatan Pengguna Global, PepsiCo Global Beverages Group. "Tetapi dengan pencipta yang penuh berwawasan, pakar teknologi termaju seperti UrtheCast dan pengkarya ikonik seperti Usher, ia menjadi kolaborasi realistik dan mengujakan merentasi teknologi,filem, muzik serta budaya pop."

Bakal ditayangkan musim luruh ini, filem pendek ini akan dirakam daripada pelbagai lokasi dan perspektif – di Bumi dan di angkasa. Direka bagi menyatukan dan mengilhamkan generasi seluruh dunia sebagai sebahagian daripada #PepsiChallenge, Pepsi akan menjemput pengguna untuk menyertai fenomena filem unik ini. Penggambaran akan dijalankan di lebih 10 buah negara merentasi empat benua yang mana ribuan pengguna akan berkumpul bersama untuk dirakam oleh kamera video HD hak milik UrtheCast – lalu menempa nama mereka secara kekal dan hebat dalam lipatan sejarah sebagai sebahagian daripada pengalaman sekali seumur hidup ini.

Sementara UrtheCast menangkap perspektif yang hebat dari angkasa yang hanya dapat dialami sebilangan orang sahaja, Usher bakal menjemput peminat untuk menangkap imej melalui satu foto yang mereka rasa mempesonakan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melihat dunia dalam pandangan berbeza. Bermula hari ini sehingga 2 Jun, peminat dari seluruh dunia boleh menghantar satu gambar setiap hari ke PepsiChallenge.com. Usher akan memilih gambar yang paling memberi kesan dan akan menjemput individu berbakat tersebut di belakang lensanya bagi bertemu beliau semasa penggambaran filem yang bakal diadakan, manakala gambar yang berjaya akan dipaparkan dalam filem pendek itu. Untuk mengetahui peraturan rasmi pertandingan, termasuk syarat kelayakan dan untuk melihat himpunan imej terbaik dari serata dunia, sila lawati www.PepsiChallenge.com.

"Sepanjang kerjaya saya, saya mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam pengalaman yang benar-benar hebat," kata Usher. "Saya sentiasa cuba melangkaui sempadan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk pergi lebih jauh daripada apa yang mereka sangka membataskan mereka. Saya bertuah kerana mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Pepsi dan UrtheCast untuk menjadi sebahagian daripada filem pendek antara galaksi ini dari angkasa dan teruja untuk merebut peluang dan pengalaman sekali seumur hidup ini."

Dengan pelancaran yang menandakan #PepsiChallenge sebagai topik Twitter #1 paling hangat seluruh dunia, berserta penglibatan oleh duta-duta jenama Pepsi dan tokoh-tokoh antarabangsa, syarikat fesyen, dan selebriti sukan, Pepsi Challenge diteruskan sepanjang 2015 dengan cabaran sedunia dan tempatan tambahan yang direka bagi menggalakkan pengguna seluruh dunia untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dan menjadikan setiap saat - tidak kira kecil atau besar – menjadi epik. Cabaran dikemukakan melalui saluran sosial Pepsi, PepsiChallenge.com serta melalui duta global dan tempatan. Lawati www.PepsiChallenge.com dan saluran sosial Pepsi seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat lanjut serta butiran cabaran.

Latar Belakang PepsiCo

Produk-produk PepsiCo dinikmati oleh pengguna sebanyak satu bilion kali setiap hari di lebih 200 buah negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada tahun 2014, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman pelengkap termasuklah Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah pilihan luas makanan dan minuman lazat, termasuk 22 jenama yang menjana jualan runcit tahunan dengan anggaran lebih $1 bilion setiap satunya. Pada teras PepsiCo adalah Prestasi dengan Matlamat (Performance with Purpose) – matlamat kami adalah untuk menyediakan prestasi kewangan paras tinggi sambil mencipta pertumbuhan mampan dan nilai untuk pemegang saham. Secara amalannya, Prestasi dengan Matlamat bermaksud menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman daripada kudapan sehinggalah kepada makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami terhadap alam sekitar dan mengurangkan kos operasi kami; menyediakan tempat kerja yang selamat dan terangkum untuk kakitangan kami di seluruh dunia; serta menghormati, menyokong, dan melabur dalam komuniti tempatan di tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.

Latar Belakang UrtheCast Corp.

UrtheCast Corp. merupakan sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Vancouver yang sedang membangunkan suapan video HD Ultra Bumi yang pertama di dunia, distrimkan dari angkasa dengan warna penuh. Bekerjasama dengan rakan kongsi aeroangkasa terkemuka seluruh dunia, UrtheCast telah membina, melancarkan, memasang, dan tidak lama lagi akan mengendalikan dua kamera di ISS. Data video dan imej pegun yang ditangkap oleh kamera itu akan dipaut bawah ke stesen bawah tanah di seluruh dunia dan dipaparkan pada platform sesawang UrtheCast, atau diedarkan terus kepada rakan kongsi serta pelanggan. Kamera UrtheCast akan menyediakan video HD Ultra dan imej pegun Bumi yang akan membolehkan usaha pemantauan alam sekitar, usaha bantuan kemanusiaan, acara sosial, tanah pertanian, dan lain-lain lagi. Saham biasa UrtheCast didagangkan di Bursa Saham Toronto dengan singkatan 'UR'.

Maklumat Jangkaan UrtheCast

Siaran ini mengandungi maklumat tertentu tentang UrtheCast yang dianggap sebagai "maklumat jangkaan" yang terangkum dalam maksud undang-undang sekuriti Kanada. Maklumat jangkaan melibatkan kenyataan yang mana suatu tindakan atau acara "akan" berlaku (atau dalam perkataan yang mirip) dan termasuklah kenyataan tentang rancangan untuk mengendalikan kamera pada ISS, produk imej yang diusulkan serta rakan kongsi yang dirancang. Semua kenyataan ini tertakluk kepada risiko tertentu, kebanyakannya berada di luar kemampuan kawalan atau ramalan UrtheCast, dan mungkin akan menyebabkan keputusan sebenar UrtheCast berbeza, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kamera itu gagal berfungsi seperti yang dijangka, atau tidak langsung, serta semua faktor lain yang dibincangkan dalam prospektus ringkas UrtheCast bertarikh 7 April 2014 serta dokumen sampingan prospektus bertarikh 10 April 2015 (bersama dikenali sebagai "Prospektus") yang boleh didapati di bawah profil SEDAR UrtheCast di www.sedar.com. Maklumat jangkaan dibuat berdasarkan andaian tentang risiko, ketidakpastian, dan faktor-faktor lain yang disebut di dalam siaran ini, di dalam Prospektus, dan seperti yang dinyatakan dari masa ke masa di profil SEDAR UrtheCast. UrtheCast tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang sekuriti Kanada. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas kenyataan jangkaan itu.

Source: PepsiCo
Related Links:
Keywords: Beverages Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Music Non-Alcoholic Beverages Retail