omniture

4 Juta Lelaki Gay Dipukul Setiap Tahun

PlanetRomeo
2015-05-13 08:47 366

AMSTERDAM, 13 Mei 2015 /PRNewswire/--

  • PlanetRomeo perkenalkan senarai kedudukan negara global pertama Gay Happiness Index  

PlanetRomeo mengumumkan Gay Happiness Index (GHI) yang menjadi perintis mereka, akan dilancarkan pada 17 Mei 2015 pada Hari Menentang Homofobia Antarabangsa (IDAHOT). Berbeza dengan apa yang dinyatakan pada nama indeks tersebut, situasinya langsung tidak menggembirakan.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743840-a )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743840-b )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743840-c )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743840-d )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743840-e )

Seperti yang telah diketahui, 1/3 daripada semua negara di dunia masih menganggap homoseksualiti sebagai satu jenayah, dan di tujuh buah negara, individu ini boleh dihukum dengan hukuman mati. Tambahan pula, Gay Happiness Index memberikan lebih banyak maklumat. Buat kali pertama, pandangan diberikan terhadap situasi kehidupan golongan gay, bagaimana perasaan lelaki gay dan bagaimana mereka dilayan, dibandingkan pada peringkat negara.

GHI merupakan hasil tinjauan seluruh dunia yang mana 115,000 lelaki gay dari 127 buah negara telah ditinjau. Tinjauan tersebut telah dijalankan dengan kerjasama University of Mainz, Jerman. Jens Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas PlanetRomeo berkata, "Sehingga kini, agak mustahil untuk bertanya secara terus kepada lelaki gay tentang kehidupan peribadi mereka, pada peringkat dunia. Penyebaran Internet, dan capaian platform janji temu gay seperti yang kami jalankan, membolehkan kita mengubah perkara ini."

Lelaki gay merupakan golongan minoriti di mana-mana sahaja. Dengan anggapan 2.5% daripada seluruh masyarakat adalah lelaki gay, terdapat sekurang-kurangnya 175 juta daripada mereka di planet ini. Apabila hasil tinjauan diaplikasikan kepada seluruh populasi dunia, hasil yang dianggarkan adalah mengejutkan:

  • 4 juta lelaki gay merupakan mangsa keganasan fizikal serius pada 2014
  • 13 juta telah dihalau daripada rumah keluarga mereka
  • 41 juta ingin melarikan diri daripada negara asal mereka
  • 66 juta tidak berterus-terang kepada ibu bapa mereka

PlanetRomeo telah mencatatkan satu duluan dengan menjadikan hasil terperinci, pada peringkat negara, disediakan sebagai sumber terbuka dan boleh dimuat turun secara percuma (ghi.planetromero.com). Rancangannya adalah untuk mengulangi tinjauan tersebut pada masa akan datang. "Kami berharap data ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam perjuangan hak asasi manusia untuk golongan LGBT di seluruh dunia," kata Marc van Zijp, Pengurus Projek GHI.

LATAR BELAKANG PLANETROMEO  

Diasaskan pada 2002, PlanetRomeo.com berpangkalan di Amsterdam, Belanda. Dengan 1.8 juta ahli, ia merupakan salah satu rangkaian janji temu terbesar dunia untuk golongan gay/biseksual dan golongan transgender.

Sumber: PlanetRomeo

Source: PlanetRomeo
Keywords: Internet Technology Social Media Web Site Lesbian/Gay/Bisexual Survey, Polls & Research