- 18,000 prosedur Stretta dijalankan sejak pengenalannya, menjadikan Stretta terapi endoluminal paling selamat dan banyak digunakan untuk GERD
- Stretta meluaskan capaian dengan kelulusan kawal selia ditambah di pasaran antarabangsa yang besar
NORWALK, Connecticut, 13 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics Inc. hari ini mengumumkan dua pencapaian penting dalam kemajuan Terapi Stretta untuk GERD di seluruh dunia, yang melibatkan penyempurnaan prosedur Stretta ke-18,000 dan kelulusan kawal selia baharu untuk pasaran OUS di Mexico, India, Afrika Selatan, Australia, Argentina serta Korea Selatan.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150512/215513
Dr. Mark Noar, Pengarah Pusat Kajian Pedih Hulu Hati dan Refluks, Towson, MD, salah satu penerima terawal dan pengamal terbaik Stretta berkata, "Amat memuaskan apabila menyaksikan penghargaan dari seluruh dunia bagaimana Stretta menawarkan kelegaan kepada pesakit yang menghidap GERD kronik. Lebih 37 kajian dari lima buah benua telah mencatatkan dengan jelas bahawa Stretta adalah berkesan dan selamat, dengan kadar komplikasi paling rendah dilaporkan bagi sebarang pilihan bukan ubatan untuk merawat GERD. Manfaat ini bukan sahaja menawarkan nilai kepada pesakit, tetapi juga kepada penyedia khidmat kesihatan serta seluruh sistem khidmat kesihatan." Dr. Noar merupakan pengarang kajian lanjutan 10 tahun bagi Stretta yang diterbitkan dalam jurnal Surgical Endoscopy pada 2014.
Mederi turut mengumumkan penerimaan kelulusan kawal selia baru-baru ini dengan pelancaran produk akan datang di pasaran OUS termasuk Mexico, India, Afrika Selatan, Australia, Argentina dan Korea Selatan. Semasa pelancarannya di Mexico, kes-kes Stretta telah dijalankan oleh Dr. David Aguirre, Pengarah Institut Seni Perubatan, di Doctors Hospital, dan Hospital Angeles Valle Oriente, Monterrey. Program latihan doktor telah diadakan di Hospital General Gea dan Institut Sains Perubatan dan Pemakanan Kebangsaan di Mexico City. Selain itu, Stretta merupakan pembentangan utama di Asociaciona Mexicana de Gastroenterologia - Semana Nacional de Gastroenterologia yang diadakan baru-baru ini di Cancun, Mexico.
"Menawarkan Stretta bermakna kami mempunyai rangkaian penjagaan yang lengkap untuk pesakit yang menghidap GERD kronik," ulas Dr. Aguirre. "Pesakit kini mempunyai pilihan yang berkesan serta selamat yang tidak melibatkan pembedahan dan memberikan kelegaan ketara daripada sebarang simptom. Selain manfaat klinikal, Stretta memberikan penjimatan kos yang signifikan kepada sistem penjagaan kesihatan kita ekoran daripada kos dan kadar komplikasi yang lebih rendah serta penghapusan atau pengurangan penggunaan ubat-ubatan sepanjang hayat yang ketara. Stretta benar-benar membawa perubahan buat kami."
Mederi turut menjangkakan kelulusan yang bakal diperoleh di China, memandangkan Stretta telah pun melepasi fasa pertama bagi keperluan badan kawal selia China, dengan kelulusan akhir dijangka diperoleh tidak lama lagi.
Will Rutan, Ketua Pegawai Eksekutif Mederi menyatakan, kelulusan kawal selia ini menambahkan capaian produk sedia ada secara signifikan. "Minat doktor dan pesakit terhadap Stretta adalah amat tinggi di negara-negara ini," kata Rutan. "Kami yakin tahun akan datang bakal menyaksikan pertumbuhan berterusan Stretta di seluruh dunia."
Negara-negara dan rantau lain yang bakal menerima kelulusan kawal selia untuk Stretta pada 2015 terdiri daripada Brazil, Panama, Costa Rica, Rusia, Mesir, Taiwan dan GCC.
LATAR BELAKANG MEDERI®
Mederi Therapeutics menghasilkan Stretta dan Secca – peranti perubatan inovatif yang menyampaikan tenaga RF bukan ablatif untuk merawat penyakit pencernaan. Kedua-dua Stretta dan Secca terbukti selamat dan berkesan dalam pelbagai kajian, dengan data jangka panjang serta perlindungan insurans yang bertambah. Untuk maklumat lanjut sila ke: www.mederi-inc.com
Hubungi: Julia Brannan
+1 (908) 464-2470
julia@pascalecommunications.com