omniture

Dron Penghalang Burung dan Konsol Permainan Mengilhamkan Masa Hadapan Penerbangan

Airbus
2015-05-13 20:44 216

TOULOUSE, 13 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Idea-idea pelajar dalam perlumbaan terakhir merebut hadiah bernilai €30,000 dalam pertandingan dwitahunan Airbus Fly Your Ideas

Kulit sayap yang menggunakan getaran semulajadi untuk memberi kuasa sistem dalam penerbangan, dron yang membawa burung ke tempat perlindungan selamat "birdport", serta sistem inframerah berilhamkan konsol permainan yang mengesan halangan semasa "taxiing", merupakan antara idea-idea daripada pelajar universiti yang disenarai pendek oleh Airbus dalam pertandingan Fly Your Ideas.  Lima peserta akhir kini bersaing untuk merebut hadiah utama bernilai €30,000.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-a)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-b)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-c)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-d)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-e)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/743521-INFO)

Semua idea rintis ini mengatasi persaingan daripada 500 penyertaan lain dalam cabaran pelajar global dwitahunan Airbus ini.  Bekerjasama dengan UNESCO, Airbus mencipta Fly Your Ideas untuk mengilhamkan generasi penginovasi seterusnya dengan memberi mereka peluang untuk mengalami persekitaran mengujakan yang ditawarkan oleh industri penerbangan.

Kepelbagaian merupakan pemacu idea inovasi serta prestasi dan peserta akhir tahun ini mewakili himpunan yang paling majmuk dalam sejarah pertandingan ini.  Ianya melibatkan lapan warganegara daripada sembilan buah universiti.  Profil peserta-peserta berasal dari  latarbelakang bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.  Tahun in juga merakamkan peratusan penyertaan pelajar wanita yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sebagai respons terhadap isu penting dalam bidang penerbangan, semua idea yang dikemukakan mesti merangkumi salah satu daripada enam cabaran yang dikenalpasti oleh Airbus untuk mengalak penyelesaian masa depan yang mampan yang mana pertumbuhan, efisiensi dan kecekapan manusia menjadi tunmpuan industri penerbangan yang pesat.

Dalam perebutan menjadi juara pertandingan dan memenangi hadiah utama, lima pasukan peserta akhir dari Brazil, China, Jepun, Belanda dan United Kingdom kini menuju ke Hamburg, Jerman, untuk membentangkan idea-idea mereka kepada Airbus dan pakar industri pada 27 Mei.  Pemenang tempat kedua dan seterusnya akan berkongsi hadiah bernilai €15,000.

Para pesaingnya ialah:

Kulit penuai tenaga 'Good vibrations' - Pasukan 'MULTIFUN', Universiti Teknologi Delft, Belanda

MULTIFUN mementingkan getaran yang bagus. Idea pasukan ini adalah menyaluti sayap kapal terbang dengan kulit komposit yang mengumpul tenaga daripada getaran semulajadi atau lentur pada sayapnya. Gentian piezoelektrik mengumpul cas elektrik daripada pergerakan sekecil mana pun semasa penerbangan, menyimpan tenaga yang dijana dalam panel bateri yang disepadukan dalam fiuslaj dan menggunakannya untuk memberi kuasa kepada sistem kuasa tambahan dalam penerbangan, seperti sistem pencahayaan dan hiburan. Ini mengurangkan kesan tenaga kapal terbang semasa penerbangan malahan boleh menggantikan keseluruhan sumber kuasa untuk operasi pendaratan.

'Birdport' berpandukan dron - Pasukan 'BIRDPORT', Universiti Tokyo, Jepun

BIRDPORT mengusulkan penggunaan sekumpulan dron atau UAV (kenderaan udara tanpa manusia) untuk mengalih burung daripada lapangan terbang ke habitat selesa yang berhampiran. Dron itu menggunakan taktik pemisahan, penjajaran, dan jeleketan bagi memanipulasi kawanan burung dan mengalihkan burung tersebut ke Birdport, yang mana kicauan burung dan umpan digunakan untuk mencipta habitat semulajadi serta selamat untuk burung yang berada di kawasan itu. Idea itu direka bagi mengurangkan pelanggaran burung dengan kapal terbang secara ketara dan bagi mempertingkatkan ketersediaan kapal terbang.

Sistem panduan inframerah berilhamkan konsol permainan  Pasukan AFT-BURNER-REVERSER, Universiti Politeknik Barat Laut, China

AFT-BURNER-REVERSER menggunakan teknologi pengesanan pergerakan daripada konsol permainan dan menggunakannya kepada sistem panduan kapal terbang untuk digunakan semasa "taxiing". Model itu menggunakan inframerah dan maklumat visual untuk memberi amaran kepada juruterbang serta kru darat tentang halangan berisiko tinggi. Ini direka bagi mengurangkan masa penyediaan kapal terbang antara penerbangan dan juga kos kerosakan.  Ianya berpotensi menjimatkan jutaan dolar bagi syarikat penerbangan setiap tahun.

Troli sampah lebih pantas - Pasukan RETROLLEY, Universiti São Paulo, Brazil

RETROLLEY telah menangani isu mengurangkan sampah semasa penerbangan dan mengurangkan masa yang diambil untuk mengutip serta mengasingkan sampah selepas penerbangan, lalu mempercepatkan masa operasi syarikat penerbangan terutamanya untuk penerbangan jangka masa pendek. Troli rekaan khusus pasukan itu direka bagi mengasingkan dan mengitar semula sampah secara pintar dengan mengurangkan pengutipan jumlah kerajang, kertas,  plastik serta penakung cecair sisa. Dengan berbuat demikian, berat peralatan dalam dapur kapal terbang boleh dikurangkan sehingga 30 kg.  Ini akan mengurangkan penggunaan bahan api dan menawarkan lebih banyak ruang dalam penerbangan bagi menikmati jamuan ringan.

Operasi daratan tanah wayarles dan lebih mesra alam - Pasukan BOLLEBOOS, City University London, UK

BOLLEBOOS mempersembahkan sistem WEGO rintis mereka yang mengumpul tenaga semasa "taxiing". Bahagian pemancar di darat, yang terletak di bawah kapal terbang dalam landasan, memindahkan kuasa elektrik secara beraruh kepada penerima yang diletakkan di antara roda depan kapalterbang. Ini menyediakan sumber tenaga mampan bagi memberi kuasa kepada operasi daratan lalu mengurangkan perlepasan karbon sebanyak separuh.

Charles Champion, Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan Airbus berkata: "Saya mengucapkan tahniah kepada lima pasukan itu kerana berjaya sampai ke peringkat akhir cabaran Fly Your Ideas kami. Pertandingan ini memang sangat sukar dan mereka patut berbangga kerana dapat sampai ke tahap ini. Idea yang ditunjukkan kepada kami menggambarkan generasi seterusnya boleh membawa pemikiran baharu kepada industri kami dan membantu membentuk masa hadapan penerbangan. Itulah matlamat Fly Your Ideas Airbus."

Flavia Schlegel, Penolong Ketua Pengarah Sektor Sains Semula Jadi UNESCO, berkata: "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Airbus untuk Fly Your Ideas. Kepelbagaian merupakan kunci dalam memacu inovasi, dan pertandingan itu memberi pelajar lelaki dan wanita yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza serta berasal dari pelbagai tempat di dunia, peluang untuk menawarkan kepakaran tersendiri mereka dan untuk mengalami masa hadapan industri penerbangan. Kami mengucapkan selamat berjaya kepada semua peserta akhir dalam pusingan akhir pertandingan ini."

Pasukan yang berjaya akan diumumkan dalam sebuah majlis di Hamburg pada 27 Mei.

Fly Your Ideas merupakan sebahagian daripada The Future by Airbus, wawasan pengeluar pesawat terbang itu untuk penerbangan udara yang mampan menjelang 2050.

Bagi mendapatkan butiran lanjut dan untuk menonton video reaksi peserta akhir semasa mendengar kejayaan mereka, lawati http://www.airbus-fyi.com

Nota untuk Editor 

Fly Your Ideas Airbus merupakan pertandingan global dwitahunan, yang dianjurkan dengan kerjasama UNESCO, yang mencabar pelajar untuk menginovasi bagi masa hadapan penerbangan. Penyertaan merupakan peluang yang unik untuk pelajar menguji apa yang mereka pelajari dalam bilik kuliah serta makmal, dengan bekerjasama bersama pasukan profesional Airbus bagi menangani cabaran dunia sebenar yang dihadapi oleh industri penerbangan. Ia menawarkan pelajar peluang untuk mengaplikasikan kreativiti mereka dalam persekitaran pembelajaran luar biasa yang akan melengkapi mereka bagi pasaran kerja yang sangat berdaya saing. Pelajar boleh memilih daripada enam subjek: Kecekapan, Pengalaman Penumpang, Tenaga, Perkembangan Mampu Milik, Perkembangan Lalu Lintas, Kemesraan Masyarakat.

SUMBER  Airbus

Source: Airbus
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Education Passenger Aviation Travel